Biar Allah Suapkan Nasi…

Di hening malam, angin sepoi-sepoi bahasa, di tepi jendela ada seorang anak muda sedang mendongak kepala ke langit, merenung dan memikirkan nasib diri. Tiba-tiba si anak muda disapa oleh satu suara, suara yang cukup dikenalinya, suara seorang senior.
“Termenung panjang nampak,fikir apa tu?”
“Owh,akhi Kamal. Saya tengah fikirkan masa depan saya,”
“Fikirkan masa depan?”
“Ye,saya fikir saya nak sambung master tapi…Saya tak taw la macamana nak sambung,nak minta sponsor ape dengan result yang macam ni..”
“Awak bimbang ke?”
“Agak la..Sape tak bimbang,nanti takley kahwin,”
“Kenapa nak bimbang sedangkan Allah sudah tetapkan rezeki kamu kan?”

Terdiam si anak muda, merasakan dirinya seolah-olah diberi satu penampar keras di pipi. Dia tidak berpuas hati,hati kecilnya ingin melawan,pantang mengalah sebelum ajal!

“Akhi takpa la,sekarang pun dah sambung Master,boleh la cakap camtu. Dulu masa degree result abang pun lawa sebab tu boleh sambung master..”

“Kenapa perlu bimbang jika Allah janjikan rezeki telah ditetapkan? Kamu meragui Allah?Kamu tidak percaya kepada Allah atau kasarnya, kamu Islam?Apa yang perlu kita buat ialah dakwah,berjuang demi Islam,bimbangkan ummat bukan bimbangkan rezeki kita.”

Tajam benar panah yang digunakan oleh akhi Kamal,terdiam terus si anak muda, tak mampu membuka mulut lagi. Jika hujah dikeluarkan, bimbang Islamnya diragui jadi berdiam adalah pilihan yang paling baik. Nekad di hati,dia tidak akan tanya lagi Akhi Kamal tentang masa depan.Sebenarnya,ingin saja hatinya membalas kenapa akhi yang seorang itu sibuk beramal sedangkan syurga neraka itupun telah ditetapkan oleh Allah,tapi dia sedar status juniornya dan dia sedar siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan akhi Kamal, dia hanyalah seorang muslim yang masih terumbang-ambing menjaga solatnya di surau sedangkan Akhi Kamal adalah imam besar di surau.

Persoalan saya kepada anda semua,adakah anda setuju dengan kenyataan yang diberi oleh Akhi Kamal dalam cerita di atas?

Baiklah,saya berikan hujah Akhi Kamal supaya anda lebih jelas apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Akhi Kamal dalam cerita di atas. Yang dimaksudkan oleh Akhi tentang rezeki telah ditetapkan ialah berdasarkan hadis ke-4 daripada 40 hadis yang disusun oleh Imam Nawawi seperti yang di bawah:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari

kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدءالخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643).

Hadis di atas adalah benar,apa yang diberitahu oleh Akhi Kamal juga benar dan sesiapa yang tidak mempercayai hadis di atas bererti tidak mempercayai Rasulullah dan sesiapa yang tidak mempercayai Rasulullah beerti dia tidak mempercayai Allah Ta’ala. Selepas ruh kita dihembus ke dalam jasad,malaikat telah tulis rezeki kita. Maknanya, dengan apa kita membesar, buncit atau kuruskah kita, lapar atau kenyangkah kita,semuanya telah ditulis oleh malaikat sejak dari kita belum lahir lagi.Jadi,apa yang akan berlaku selepas ini, contohnya seperti Master yang dibimbangi oleh anak muda itupun pada hakikatnya telah tertulis.

Mudahnya begini,saya telah menulis sebuah cerpen cinta,Naim si Budak Agama. Anda baca cerpen itu dan anda hayati watak Naim dalam cerpen itu. Pada satu plot,anda ingin mengubah plot itu jadi lebih menarik tapi sebenarnya saya telah tulis kesemua plot cerita itu sampai habis. Dalam erti kata lain, tiada makna anda berusaha untuk mengubah sesuatu jika semuanya telah tercatat untuk anda. Tuntasnya,kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku tanpa mengubah apa-apa atau tanpa berusaha. Kerana apa? Kerana rezekit kita sudah ditetapkan oleh Allah, BIARLAH ALLAH SUAPKAN UNTUK KITA!

Adakah ini yang anda faham berdasarkan hadis di atas? Adakah kefahaman anda sama dengan Akhi Kamal? Tepuk dada kuat-kuat, tanya iman cepat-cepat.

Saya tidak nafikan hadis di atas,hadis di atas adalah hadis yang sahih dan saya sedang berusaha menghafal dan memahaminya. Apa yang saya nafikan adalah kefahaman kita tentang hadis di atas. Saya adalah seorang yang sangat pentingkan Rasional dalam sesuatu perkara tapi saya bukanlah Rasionalis yang menolak Al-Quran dan Hadis,jadi saya mengkaji hadis di atas. Saya meneliti ayat-ayat al-quran, saya bertanya kepada ustaz,naqib dan kawan-kawan yang arif dalam bab ini dan akhirnya,saya ketemu jawapan yang paling munasabah atau dalam konteks kesukaan saya,jawapan yang Rasional.

Berdasarkan buku Kupas Tuntas Masalah Takdir karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, qadar terbahagi kepada 2 iaitu Muallaq dan Mubram. Muallaq adalah qadar yang masih boleh diubah tapi telah ditetapkan dan Mubram yang pasti dan telah ditetapkan. Dalam kes Akhi Kamal,qadar yang dibicarakan bukanlah qadar Mubram tapi qadar Muallaq iaitu yang boleh diubah tapi telah ditetapkan. Pelik bunyinya tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk terangkan apa itu qadar Muallaq kepada anda semua sehingga anda faham,Insya Allah.

Dalam satu usrah,saya persoalkan kepada naqib saya,seorang yang berjawatan tinggi di Malaysia, kenapa kita masih berusaha sedangkan rezeki telah ditetapkan? Bukankah itu pembaziran namanya? Dia tersenyum dan menjawab, “sebelum pakcik terangkan pasal ni, pakcik nak ingatkan supaya jangan terlampu fikirkan qada’ dan qadar kerana ianya milik mutlak Allah, jangan selalu cari logik nanti jadi Rasionalisme, ustaz Harun Din di dalam bukunya juga mengingatkan kita supaya tidak mengkaji isu qada’ dan qadar secara terperinci kerana akal yang dhaif ini tidak mampu merungkainya,ianya milik mutlak Allah. Baiklah,katakan awak panjat pokok, di puncak sana, awak berdiri di atas sebatang dahan. Tiba-tiba,dahan itu patah dan awak akan terjatuh,apa yang akan awak buat?”

“Er,saya akan cari batang-batang lain untuk dipegang,”jawab saya.

“Eh,kenapa? Bukankah sudah ditetapkan samada awak luka atau tidak,mati atau hidup? Kenapa awak still nak cari dahan untuk bergayut?”

Betul! Jika kita tahu ada sebuah kereta meluru laju ke arah kita, pasti kita akan lompat ke tepi untuk selamatkan diri kita. Ya,kita berusaha untuk tidak mati.Sebaliknya,jika kita tunggu Allah ‘suapkan ke dalam mulut kita’, tunggulah di situ,moga-moga kereta yang dipandu itu tiba-tiba melompat dan melepasi kita.

Dalam konteks rezeki pula,memang betul Allah sudah tetapkan rezeki seseorang banyak mana tapi hakikatnya apa yang ditetapkan oleh Allah itu adalah satu julat tertentu. Analoginya seperti kita diberi sejuta ringgit dan diletakkan di tengah-tengah bandar. Terpulang kepada kita ingin guna duit banyak mana, ingin beli apa dan ingin makan apa,semuanya bergantung kepada kita. Cuma, kalau inginkan makanan sedap,terpaksalah berletih dahulu untuk mencari dan servey restoran yang sedap-sedap, inginkan rumah yang mewah, terpaksalah menahan birokrasi perbankan yang merugikan dan sebagainya.

Katakan rezeki untuk Ali minimum seteguk air sehari dan maksimum, kekayaan melebihi Bill Gates.Terpulang kepada Ali untuk pilih hidup yang bagaimana, jika dia tidak berusaha dan asyik menganggur di rumah, paling-paling kurang pun,dia akan dapat minum seteguk air. Tapi jika dia berusaha dan berusaha, mungkin dia akan dapat RM1 juta sehari dan jika dia berusaha lebih keras,mungkin dia mampu untuk capai rezeki maksimum yang Allah tetapkan untuknya iaitu kekayaan melebihi Bill Gates. Semuanya bergantung kepada apa? Diri sendiri!

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 11:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita ubah nasib kita sendiri,itulah janji Allah. Tapi Allah tidak berhenti di situ sahaja, Allah ingatkan di akhir ayat ini bahawa tidak ada sesiapun yang dapat menolong dan melindungi kita melainkan diri Nya. Hebat mana pun usaha kita, cerdik mana pun otak kita, kita tidak mampu menyempurnakan proses perubahan itu melainkan Dia izinkan, itulah kata kuncinnya.

Untuk membiarkan Allah menguruskan rezeki kita di dunia dan kita tumpukan hidup kita di akhirat semata-mata adalah salah. Di dalam satu ayat quran, Allah ingatkan kepada kita supaya kejarlah Akhirat tapi jangan lupa dunia. Rasulullah juga tidak pernah lupa untuk menyuruh umatnya berusaha di dunia,berdasarkan satu hadis yang bermaksud jika kamu inginkan dunia, tuntutlah ilmu. Jika kamu mahukan akhirat,tuntutlah ilmu dan jika kamu mahukan kedua-duanya,juga tuntutlah ilmu. Saya tidak fokus pada tuntut ilmu tapi kenapa Rasulullah jadikan dunia dan akhirat itu sebagai misi hidup di dunia, itu harus difikirkan supaya kita menjadi manusia yang berfikir dan berusaha,bukan menunggu Allah suapkan ke dalam mulut kita.

Apa-apa pun,kita mesti ingat bahawa Allah tidak akan suapkan sesuatu ke dalam mulut kita dengan senang-lenang, mesti ada tenaga dan usaha harus dikorbankan deminya. Selamat berusaha!

Advertisements

4 thoughts on “Biar Allah Suapkan Nasi…

  1. Alhamdulillah, dpt memahami dgn lbh jelas…trima kasih.

    p/s: Euforia cam terasa je…writer trsilap taip kot. Nk tulis akhi akmal, trtulis akhi kamal. Hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s