Dakwah Bukan Rejoice

Dalam Surah Al-Imran Ayat 110, Allah berfirman yang maksudnya, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan daripada golongan manusia;Yang menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.” Berdasarkan ayat 110 Surah Al-Imran itu, apa yang dapat kita faham tentang umat yang terbaik adalah melakukan 3 perkara yakni menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.Jika diteliti balik,ketiga-tiga syarat itu sebenarnya bagaikan 3 dalam 1, lakukan 1 perkara anda akan dapat 2 yang lain.

Anda menyeru manusia ke arah kebaikan, dalam masa sama anda telah lakukan pencegahan terhadap maksiat dan anda juga beriman kepada Allah. Mana tidaknya,kalau anda mampu menyeru manusia ke arah kebaikan, bukankah itu tandanya anda mempunyai iman di dalam hati dan apabila anda menyeru manusia ke arah kebaikan maknanya anda menyuruh manusia tinggalkan keburukan,bukankah itu mencegah kemungkaran? Ya,inilah Rejoice 3 dalam 1.

Sewaktu saya mula-mula menceburi bidang dakwah dan memahami ayat ini,itulah yang saya fikir. Jika saya lakukan 1 daripada 3 perkara itu,saya sudah membuat 2 yang lain dalam sedar atau tidak. Dan ketika itu juga,ada seorang pakcik memberi ceramah tentang azan dan menurutnya azan adalah dakwah yang paling baik kerana azan mengajak manusia menyembah Allah dan dalam masa sama mencegah manusia lakukan kemungkaran.

“Syaitan lari tergedek-gedek,terkentut-kentut bila dengar laungan azan,”gurau pakcik itu lagi.

“Kalau awak tidak percaya bahawa azan mampu mencegah kemungkaran, cuba awak pergi kelab-kelab malam dan ketika orang sibuk berjoget, awak pergi ke tengah dan laungkan azan. Kompom sume orang lari!Inilah kuasa azan,”Ujarnya lagi.

Saya bersetuju dengannya bahawa azan adalah cara dakwah yang paling baik tapi saya mula terfikir apakah benar jika kita lakukan 1 daripada 3 syarat tadi kita sudah melakukan ketiga-tiga syarat yang diperuntukkan oleh Allah. Kalau begitu, kenapa Allah tidak tetapkan hanya satu syarat sahaja? “Kamu umat yang terbaik dari golongan manusia yang menyeru ke arah kebaikan,”kenapa ayat tersebut bukan sebegini? Saya yakin bahawa Allah tidak menurunkan sesuatu ayat tanpa sebab. Apa yang diturunkan Nya,semuanya telah diatur dan dirancang oleh Nya seperti oleh kataka perkataan Malam dahulu sebelum Allah katakan perkataan Siang. Ini selari dengan kajian sains yang mengatakan bahawa malam dahulu baru siang.

Jadi,apabila Allah meletakkan ketiga-tiga syarat untuk kita digelar umat yang terbaik,maknanya ketiga-tiga syarat adalah tersangat penting. Dalam erti kata lain, dakwah itu bukan sahaja mengajak manusia melakukan kebaikan tetapi juga mencegah manusia melakukan kemungkaran dan beriman kepada Allah.

“Malas aku nak dakwah kat si Mat kaki clubbing tu,baik aku dakwah si Arif mat surau. Lagi senang dan bila aku wat camtu,kedua-dua settle. Ajak orang lakukan kebaikan settle,cegah kemungkaran pun settle.”

“Nak ajak orang lakukan kebaikan,aq segan.Ye la,aq pun tak alim sangat. Nak cegah orang lakukan keburukan,ish,nanti makan penampaq x pasai2. Em,aq solat je la then aq niat nak jadi tunjuk kat dorang supaya dorang ikut aku. Ni pun dakwah kan dan merangkupi ketiga-tiga aspek dakwah.huhhuh.”

Ya,inilah situasi-situasi yang kita akan jumpa apabila kita menganggap dakwah itu Rejoice. Kalaulah betul apa yang kita anggap iaitu bila ajak ke arah kebaikan kita boleh tinggal cegah kemungkaran, saya persoalkan kenapa Rasulullah lakukan ketiga-tiga? Rasulullah tidak pernah membebankan umatnya jadi kalau aspek beban,baik Rasulullah lakukan satu sahaja,bukankah itu meringankan beban? Tak, Rasulullah lakukan ketiga-tiga nya.

Rasulullah menyeru manusia menyembah Allah, Rasulullah melarang manusia melakukan riba dan Rasulullah solat malam sehingga tapak kakinya pecah kerana lama berdiri. Ketiga-tiga baginda lakukan tanpa tertinggal. Semuanya kerana untuk menjadi umat yang terbaik,bukan pilih 1 daripada 3 syarat tapi kita lakukan ketiga-tiga syarat yang diperuntukkan kepada kita.

Kawan-kawan,dakwah itu hukumnya wajib jika anda Islam. Mungkin ramai yang rasa tidak bersalah pabila tidak melakukan dakwah tapi rasa diri bagaikan dalam api neraka apabila tinggalkan solat walhal kedua-duanya adalah penting, solat penting dan dakwah juga penting.Malah,kalau kita teliti sirah Rasulullah,perintah berdakwah lagi awal diturunkan berbanding perintah solat. Jadi, untuk mengembalikan Islam gemilang di mata dunia,marilah sama-sama kita berdakwah; Menyeru manusia ke arah kebaikan, Mencegah manusia daripada kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s