Antara Dua Kisah

Kisah 1

Petang itu, selepas solat zohor, saya dijemput oleh seorang teman untuk menuju ke tapak program. Saya diminta untuk menjadi AJK dalam sebuah program kepimpinan (dakwah) yang melibatkan pelajar-pelajar universiti sekitar Shah Alam. Objektif program untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang komitmen mereka kepada agama.

“Lapar?”

“Eh tak lah, dah makan dah tadi” (walaupun sebenarnya memang lapar : orang melayu memang macam tu kan?)

“Ye ke? Kami rasa tak sempat nak berhenti makan ni. Kitorang pun belum makan lagi. Ada roti kat belakang tu buat alas perut!”

Saya tersenyum.

Dalam hati rasa sebak, kerana saya tahu, untuk menguruskan program ini, tentu sahaja daripada pagi lagi mereka perlu berkejar-kejar fotostat bahan, membeli barang dan sebagainya, hingga makan pun tak sempat.

Kami tiba agak lewat daripada yang dijangka. Selesai memunggah barang-barang dari kereta, kami mengemas tempat dan menyediakan ruang untuk para peserta solat asar. Peserta tiba agak lewat, dan selesai solat asar mereka diberikan taklimat ringkas tentang perjalanan program selama 3 hari 2 malam ini.

Rata-rata peserta menunjukkan wajah ceria. Namun dari mata mereka saya dapat melihat garis-garis kepenatan yang cuba diselindung di sebalik senyum mesra. Saya tahu ada antara mereka yang baru sahaja tiba dari kampung, terus menaiki teksi, berkumpul dan menaiki bas ke tapak program. Sedangkan, jika mereka mahu, mereka boleh sahaja memilih untuk tidak datang ke program, menghabiskan saki baki cuti yang jarang-jarang diperoleh, berehat santai di rumah, dan hanya menghantar sms kepada penganjur program,

‘Maaf bang, tak dapat datang, ada hal keluarga!’

Pada waktu malam, sesi ceramah bermula. Hampir setengah jam ceramah berjalan, seorang AJK telah lena di bahagian belakang dewan. Dalam hati terdetik juga rasa risau, kalau peserta terlihat dan memandang negatif kepadanya. Baru berniat nak mengejut beliau, tiba-tiba saya terdengar perbualan AJK di sebelah :

“Ish, tengok tu! Pergilah kejut abang xxx tu”

“Ish jangan kejut, biarkan dia tidur. Dia kerja shift malam, semalam. Lepas tu dari pagi lagi sibuk bekejar ke sana ke sini, nak uruskan tempat penginapan. Daripada semalam lagi dia tak tidur, biarlah dia rehat sekejap”

Sekali lagi hati saya dilanda sebak.

Malam itu, selepas semua peserta tidur, para AJK bermesyuarat sehingga jam 2.30 pagi. Masing-masing dengan wajah yang letih. Masing-masing dengan masalah tersendiri. Namun semuanya tetap bersemangat, untuk menjayakan program, mendidik ummat mendekatkan diri kepada agama.

Akhirnya program tamat.

Saya rasa sungguh letih, mengantuk dan terlalu rindukan katil saya.

Selesai memunggah semua barang program masuk ke dalam kereta, kami menuju pulang. Dalam hati saya terfikir.

Mengapa agaknya, para penceramah kami, sudi mengorbankan masa bersama keluarga di hujung minggu cuti begini untuk bersama kami? Meninggalkan anak dan isteri sendiri, untuk bersama dengan anak siapa-siapa entah. Kalau nak kata kerana duit, kami tak bayar sesen pun pada penceramah, sekadar cenderamata kecil sebagai kenang-kenangan. Jadi kerana apa? Adakah kerana mereka memang sangat lapang, tidak tahu hendak berbuat apa dengan masa-masa mereka, lalu datang ke program kami berhempas pulas menyediakan slide dan bahan ceramah untuk mengisi masa lapang?

Mengapa agaknya, para AJK sudi bersengkang mata menghabiskan masa dan tenaga menjayakan program? Sedangkan pada masa yang sama assignmen berlambak untuk disiapkan. Ada yang perlu menyiapkan final project untuk semester akhir. Ada yang perlu minta cuti daripada tempat kerja. Ada yang sedang menghadapi peperiksaan. Adakah mereka juga sekadar ingin mengisi masa lapang?

Kemudian, selepas beberapa ketika tiba di rumah, saya mendapat sms, salah seorang AJK kami kemalangan dan retak kakinya.

Innalillahiwainnalillahirajiun…

Ini kes kemalangan yang kesekian kali terjadi kepada teman-teman dakwah saya ini. Dulu, seorang pelajar UNISEL kemalangan, juga ketika dalam perjalanan menguruskan aktiviti dakwah, sehingga beliau terpaksa menangguhkan pengajian selama satu semester. Baru sebentar tadi saya mendapat emel, pelajar UiTM kemalangan sehingga retak tangannya, dan kemungkinan perlu menangguhkan pengajian satu semester. Ditambah dengan berapa banyak lagi kemalangan kecil dan besar, yang mengorbankan banyak wang, masa dan keupayaan mereka, sepanjang meniti jalan dakwah ini.

Namun mereka semua tidak pernah kesal, kecewa atau marah dengan jalan dakwah ini, jauh sekali menjadikannya alasan untuk tidak lagi bergiat aktif menghidupkannya. Malah AJK yang retak kakinya itu, masih lagi istiqamah menghadiri mesyuarat dan program, walaupun dengan bertongkat.

.

Kisah 2

Saya melangkah masuk ke rumah. Beberapa rakan serumah, dan teman-teman dari rumah lain sudah sedia berkumpul di ruang tamu, berbual-bual kosong. Alhamdulillah, semuanya teman-teman seusrah saya. Maka saya mengeluarkan handphone dari kocek, dan membaca dengan kuat sms yang baru diterima dari senior sebentar tadi, memaklumkan tarikh pertemuan bagi minggu ini.

Pelbagai respon. Namun satu yang mencuit hati,

“Mal, camne nak bagi alasan terbaik, nak ponteng usrah?”

Saya terkedu.

Adakala berdiam diri itu lebih baik.

.

Kesimpulan :

Bacalah kisah-kisah di atas. Ada nama, watak, istilah-istilah, yang digelapkan, diolah, ditambah dan dikurangkan, namun insiden-insiden yang berlaku adalah benar-benar belaka.

Ambillah pengajaran mengikut acuan masing-masing!

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hadid: 16)

5 thoughts on “Antara Dua Kisah

  1. erm..agk same kisah nie dgn hdup ku~
    cme nye ak(unisel) xcident pth tlg blkg, dak poli xcident mslh lutut n dak uitm pth kaki…tarbiyah dr ALLAH…tdk eriman seseorg jika x di uji..Alhamdulillah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s