Aku Bermimpikan Rasulullah

Imam As-Syafie berkata, “Aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Wahai Syafie, adakah engkau tahu siapa aku?” Lalu aku menjawab, “Aku daripadamu dan engkau daripadaku, Ya Rasulullah.” Maka Junjungan Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas). Ketika gementar aku, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah zahirku dan terpancarlah ilmu dari batinku.”-Huna Madrasatu Muhammad S.A.W.

Itu kisah Imam Syafie yang diceritakan dalam khutbahnya dan dikumpulkan dalam satu kitab diberi nama Huna Madrasatu Muhammad S.A.W.

Ketika Imam Al-Ghazali ditanya kenapa beliau mengutip hadis-hadis yang tidak popular di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin,lantas beliau menjawab bahawa beliau tidak akan mengutip walaupun satu hadis melainkan ianya sudah disahkan sahih oleh Rasulullah sendiri.Jom kita fikirkan maksud cerita ini.Rasulullah wafat 632 Masihi dan Imam Al-Ghazali hidup 1038 Masihi.Ya,maksudnya Imam Al-Ghazali bermimpi berjumpa dengan Rasulullah dan bertanyakan hadis-hadis kepada Rasulullah.

Ustaz Harun Din juga ada menceritakan pengalamannya bermimpi berjumpa dengan Rasulullah. Menurut beliau dalam ceramahnya, dia bermimpi 2 kali berjumpa dengan Rasulullah. Kali pertama dia bermimpi,dari jauh dia melihat Rasulullah sedang tawaf Ka’bah. Walaupun dari jauh dan tidak kenal,hatinya yakin bahawa itulah Rasulullah. Kali kedua dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah,Rasulullah berada di dalam khemah dan dia sedang memegang sepatu Rasulullah.

“Alangkah bertuahnya kau wahai terompah,kau disarung dan dipakai oleh Rasullah,”katanya pada terompah.

Kemudian,Rasulullah keluar dan dia menyarung terompah itu ke kaki Rasulullah dan dia terjaga dari tidurnya. Dia terus mengambil wudhu’ dan memanjatkan setinggi-tinggi pujian kepada Allah kerana menemukannya dengan Rasulullah.

“MENEMUKANNYA DENGAN RASULULLAH”…Bukankah Ustaz Harun Din sekadar bermimpi dan bukannya bertemu dengan baginda?

“Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menjelma sepertiku. (HR Muslim dari Abi Hurairah)

Banyak lagi hadis yang menerangkan kebenaran mimpi berjumpa baginda. Ya, sesiapa yang bermimpi berjumpa dengan Rasulullah,maka itu adalah benar kerana syaitan tidak boleh menyamar sebagai Rasulullah,pasti dia akan terbakar.

Mimpi berjumpa dengan Rasulullah menjadi rebutan oleh setiap orang dan mimpi berjumpa dengan Rasulullah bukan dianugerahkan kepada para ulama’ dan Alim sahaja,anugerah ini juga diberikan kepada orang kebiasaan malah diberikan juga kepada orang kafir.

Seorang paderi yang bernama Iselyus Uda menceritakan bahawa pada Oktober 1980, di antara sedar dan tidur,tangannya ditarik oleh seseorang. Lalu dia menoleh kebelakang dan alangkah terpesonanya dia pabila melihat seorang manusia yang tersangat tampan,berjanggut rapi dan berpakaian serba putih. Lalu dibawanya saya merentasi padang pasir,walaupun cuaca panas terik tapi saya seolah-olah dilindungi awan tebal menyebabkan saya lansung tidak terasa panas. Kemudian saya dibawa ke satu tempat dan di dalamnya kelihatan manusia berpusu-pusu mengelilingi satu bangunan berbentuk kubah hitam.

Kemudian saya dibawa ke satu tempat yang lain,tempat yang lebih teduh(berbumbung). Saya bertanya akan apakah nama tempat ini dan beliau menjawab bahawa inilah Masjid Nabawi.Sebagai seorang paderi,saya kenal akan nama-nama tempat ibadah agama lain kerana inilah yang dijadikan modal ketika berceramah di gereja.Di tengah-tengah bangunan itu,ada gumpalan tanah yang tinggi,lalu saya bertanya apakah itu dan beliau menjawab bahawa itulah kubur Nabi Muhammad,kubur Rasul Umat Islam.Selepas terjaga dari tidurnya,paderi itu(Iselyus Uda) menceritakan mimpinya kepada keluarganya dan tidak lama selepas itu,mereka pun memeluk Islam.

Ya,mimpi berjumpa Rasulullah bukan sahaja diberikan kepada umat Islam tapi juag kepada orang kafir.Mimpi berjumpa dengan Rasulullah ada 3 versi;

1-Walaupun tidak diberitahu siapa dia tapi kita yakin dengan sepenuh hati kita bahawa dia adalah Rasulullah.Contohnya seperti mimpi Ustaz Harun Din tadi.

2-Walaupun diberitahu bahawa dia adalah nabi,tapi kita(si pemimpi) yakin itu bukan nabi. Sebagai contoh,anda bermimpi berjumpa dengan seorang dayak, berambut kerinting,memakai cawat dan mengaku bahawa dia adalah nabi.

3-Orang itu memperkenalkan dia adalah nabi tapi dalam keadaan yang meragukan.Contoh,anda bermimpi berjumpa dengan baginda di atas kapal Titanic.(Mana ada kapal Titanic masa Rasulullah hidup,jadi diragukan)

Memang anugerah ini dapat secara nasib tapi hakikatnya kita boleh berusaha untuk mendapat anugerah ini.Saya ada seorang kawan,menurutnya,abangnya selalu bercakap tentang Rasulullah. Apa yang dibuat mesti mengikut Rasullah, pertuturan hariannya tidak lepas daripada memuji Rasulullah. Satu malam dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah,dia tersangat gembira tapi gembiranya tidak lama apabila dia kemalangan dengan lori sewaktu keluar membeli nasi untuk Tok Guru(pondok) nya. Yang menghairankan semua orang, semasa kemalangan dan darah sedang mengalir,dia tersenyum dan mengucap dua kalimah syahadah dengan sempurna. Bila dibedah oleh doktor,doktor melaporkan bahawa semua organ dalaman badannya telah hancur. Lalu,bagaimana dia masih hidup dan mengucap dua kalimah syahadah?

Seorang kawan saya juga,seorang ‘kaki tidur surau’ dan ‘kaki qiamullail’ pernah bercerita bahawa satu hari dia bermimpi bahawa dia sedang berada di padang pasir di tengah malam. Di hadapannya,ada sekumpulan manusia sedang mengelilingi unggun api. Tiba-tiba,datang seorang wanita berpurdah lari menuju ke arah seorang lelaki sambil menghunuskan pisau. Semua lelaki lain kecuali lelaki yang ingin dibunuh itu berdiri cuba melindungi lelaki yang ingin dibunuh perempuan dan ketika itu lelaki-lelaki yang berdiri tadi menjerit, “selamatkan Rasulullah,selamatkan Rasulullah.” Lalu dia terjaga dari tidurnya.

Benar atau tidak,tiada siapa dapat mengesahkannya tapi apa yang penting, kita yakin dengan hadis nabi yang berbunyi, “barang siapa yang bermimpi berjumpa denganku,maka aku berjumpa dengannya.” Jadi,sempena Maulidul Rasul pada tahun ini,marilah sama-sama kita berselawat,mengingati dan mengambil pengajaran daripada kisah hidup baginda. Moga-moga, contoh teladan yang ditunjukkan Rasulullah,benar-benar dipraktikkan oleh kita.

http://www.youtube.com/v/7Qdd605GhVk&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s