formula dari Allah

Aminah : Saya rasa, hati saya bermasalah la. Saya rasa tak suka sangat dekat seorang ni dan saya tak boleh nak maafkan kesalahan-kesalahan dia. Walaupun kadang-kadang dia tak buat jahat pada saya, tapi bila dia buat jahat pada rakan-rakan saya, saya rasa sakit hati sangat dengan dia, macam mana ek?

Siti : Tak boleh macam tu. Setiap orang buat salah, awak fikirlah kesalahan awak  dekat orang lain pun banyakkan sebelum ni. Mungkin dengan cara kita memaafkan orang lain, orang-orang lain yang pernah kita aniayai akan turut terbuka hati untuk memaafkan kita kan.

Aminah : Tapi saya memang tak boleh la. Kalau orang buat jahat kat saya sekali, saya akan buat jahat pada dia tiga kali.

Siti : Kalau macam tu, awak hutang dia lebih la. Dia kene minta maaf dekat awak sekali je, tapi awak kene minta maaf pada dia 3 kali.

Aminah : Arh..sape suruh dia jahat sangat dan pentingkan diri…orang lain pun ada perasaan jugak…dia la yang kene minta maaf.

Siti : Tak pe la…anggaplah sebagai kifarah kejahatan kita pada orang lain sebelum ni…awak buat baiklah pada dia, bagi hadiah ke, mungkin hati kita akan lebih terbuka untuk maafkan dia.

Aminah :Takde maknanya…nak maafkan pun susah…ni nak bagi hadiah….muri2(mustahil)…

Siti : dengar ni…

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.(surah Fussilat : 34)

Aminah : Ala…kalau kita buat baik je pada dia, mana dia nak sedar kesalahan dia. Boleh tak, saya tak nak buat apa-apa dan hanya bersabar je dalam beberapa waktu lagi?

Siti : Terpulang…tapi formula ni bukan saya yang cipta…formula ni Allah yang bagi sebagai panduan hidup kita, untuk kita gunakan dalam berhadapan dengan ningen kankei no mondai(hablumminannas).

Aminah : hmmm….

Formula dari Allah

Kadang-kadang apabila berhadapan dengan masalah, kita kurang merujuk al-Quran. Kalau rujuk pun, kita seakan kurang yakin dengan solusi yang diberikan. Sedarkah kita bahawa segala yang tercatat di dalamnya adalah kalam Allah untuk kita? Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang kita, selain Yang Menciptakan kita semua?

Ningen kankei no mondai

Hidup ini tidak lari daripada ujian. Lebih-lebih lagi apabila kita memilih untuk hidup bermasyarakat, tidak menjadi kera sumbang seorang diri, kita pasti akan berhadapan dengan ujian dalam perhubungan sesama manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan antara kita semua. Namun dalam menangani masalah ini sebaik-baik perkara yang boleh kita lakukan adalah…

1.Berbaik sangka

Berbaik sangkalah kepada sesiapa sahaja yang telah secara sengaja atau tidak mengguris hati dan perasaan kita. Tak semua orang punya sensitiviti yang sama. Cara didikan dan persekitaran juga berbeza membuatkan tak semua yang kita rasa tidak elok dilakukan, tidak elok juga bagi orang lain. Contohnya, bagi Aminah, bercakap dengan bahasa kiasan itu, lebih mudah diterima hati sedangkan Siti berpendapat, dengan berterus terang barulah orang tidak tersalah tafsir maksud yang hendak disampaikan. 2 cara yang berbeza, dan 2 penerimaan yang berbeza daripada setiap orang. Jadi, untuk mengelakkan sebarang persengketaan dan salah faham, lebih baik kita bersangka baik kepada orang lain yang mungkin punya citarasa tersendiri.

2.Berbuat baik

Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW,

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (riwayat Ibnu Abi Dunya)

Maka dengan itu berbuat baiklah kepada semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang pernah berbuat salah kepada kita. Kerana sesungguhnya itu lebih baik untuk diri kita.

3.Belajar memaafkan orang lain

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah an-Nur : 22)

“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah at-Taghaabun : 14)

Orang yang paling baik adalah mereka yang mudah memaafkan orang lain. Betapa besarnya ganjaran memaafkan orang lain sehingga ada salah seorang sahabat baginda SAW yang masuk syurga kerana amalan memaafkan orang sebelum tidur pada seiap malam.

Saya akui tak mudah sebenarnya untuk kita mengorbankan perasaan sendiri, menahan marah, membersihkan hati dari sifat tidak suka kepada orang dan lain-lain. Namun, selagi terdaya, berusahalah.

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(surah asy-Syura : 43)

Segala usaha anda menyelamatkan persaudaraan ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Hentikan persengketaan, berilah maafmu dan buka akaun baru. Jagalah nilai persaudaraan antara kita sesama muslim. Setidak-tidaknya, fikirlah bahawa dia juga saudaramu, dia juga adalah salah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang sangat baginda cintai. Tegakah kita membenci orang yang sangat dirindui baginda SAW?

Kerisauan saya

Dalam kesibukan menyiapkan diri untuk ke Jepun, saya dilanda kerisauan mengenangkan masalah ningen kankei no mondai ini. Harapannya biarlah rakan-rakan seperjuangan yang membacanya mengambil iktibar daripadanya sebelum kita melangkah kaki ke bumi sakura. Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita akan bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia pada masa akan datang. Belajarlah menerima kekurangan orang lain.

Juga belajarlah untuk menjadi peribadi yang menyenangkan orang lain. Berbuat baiklah, bersangka baiklah pada saudara-saudara kita, walau seburuk manapun perangai mereka di pandangan kita. InsyaAllah, dengan kebaikan yang kita hulurkan, ramai yang akan terkesan dan berlembut hati dengan kita.

Tidak rugi mengalah dan memaafkan orang lain. Niatkan kita berukhuwwah keranaNya. Kita memaafkan juga keranaNya. Semoga ujian ningen kankei no mondai ini dapat kita hadapi dengan rasional. Semoga dengan kesabaran kita, Allah tingkatkan keimanan kita kepadaNya, insyaAllah.

6 thoughts on “formula dari Allah

  1. hontou ni arigatou gozaimashita…
    sy terima artikel ni sb nasihat utk diri sy bg memaaf kan dia..dgn ape yg dia wat pada sy..mungkin sume tu ade hikmah nye..skang ni..hanya redha ngan ape yg berlaku..insyaAllah..lembut lah hati sy nati utk memaaf kan dia..mou ichi do arigatou..(^_^)

  2. orang biasa:org wat jht dkt kte,kte wat jht lek dkt dye…

    orang luar biasa: org wat jht dkt kte, kte wat baik dkt org tu…(akhlak nabi muhammad saw)

  3. Thanks to Allah yang menyuluh hati-hati kita…sy cuma menyampaikan je…

    Btw, untuk menjadi lebih baik, kite bukan sahaja patut memaafkan dan berbuat baik kepada sahabat kita, tapi juga menyedarkan dia tentang kesalahannya.Mungkin boleh slow talk, cakap elok2 atau sms ke tentang beberapa perbuatan atau tingkah lakunya yang tidak berkenan di hati kita dan rakan-rakan dan beri dia peluang untuk berubah.InsyaAllah, itu lebih baik untuk kita dan dia.

    Sebagai orang yang ditegur pula, terimalah teguran secara positif. Lihatlah ia sebagai peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik. Janganlah kita menutup pintu hati sendiri dan membenci orang lain pula. Bersyukurlah kerana masih ada yang menyayangi dan mengambil berat tentang kita. Malah sanggup untuk membetulkan kita di saat orang lain mengeji segala kesalahan kita.

    Segalanya tidak mudah, tapi tidak mustahil untuk kita lakukan..

  4. komen ni merapu sikit, heheh..
    suka baca artikel-artikel kat sini, sebab boleh tahu vocab japanese sikit-sikit..
    selama ni hanya tahu ‘aishiteru’ saja..
    ;p

    thanks azzariyat.com’s team!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s