Apa salah Wardina?

“ Semua artis Malaysia tidak boleh dijadikan ikon!!”

Itulah kenyataan yang disuarakan oleh seorang pelakon yang sedang mengalami fasa perubahan dalam hidupnya, Wardina Safiyyah. Ketika menjadi panel undangan program bual bicara di KB Mall baru-baru ini, Wardina dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya bahawa semua artis Malaysia tidak layak dijadikan ikon. Kenyataan beliau sudah tentu mengundang perhatian ramai penggiat seni tanah air. Jika difikir secara logik, memang patut semua artis Malaysia melenting dengan kenyataan ‘berani mati’ itu kerana mereka berada dalam golongan yang dikritik. Ambil contoh mudah, jika pekerja Restoran Sidah dengan selambanya kata pelajar JAD sombong dan kurang ajar, sebagai salah seorang pelajar JAD, sudah pasti saya marah kerana saya termasuk dalam golongan pelajar JAD dan bagi saya bukan semua pelajar JAD sombong dan kurang ajar.

Begitu juga tindakan sesetengah artis yang menentang keras kenyataan Wardina kerana kata mereka bukan semua artis Malaysia jahat dan tidak bermoral. Sebagai seorang pemerhati industri hiburan, malah hampir setiap hari saya membuka laman web yang memaparkan gosip-gosip artis, saya 95% menyokong kenyataan Wardina itu. Saban hari, ada saja cerita kurang baik tentang artis Malaysia. Isu pakaian seksi sudah jadi perkara biasa, seakan-akan kita hidup didunia Hollywood, apatah lagi dengan masalah arak dan lakonan yang melampau-lampau aksinya. Jika dilihat dari akar umbi, sememanganya artis Malaysia tidak layak langsung dijadikan ikon. Renung balik apa makna ikon, ikon adalah orang yang boleh dijadikan contoh teladan yang mana apa yang dia buat memberi pengaruh positif kepada kita.

Jika individu itu seorang wanita yang berpakaian seksi, merokok dan minum arak, dimana pengaruh positif yang boleh kita jadikan teladan? Mungkin benar, tidak boleh kita salahkan semua artis Malaysia, mungkin silap Wardina kerana beliau melabelkan semua artis Malaysia tidak bermoral dan tidak layak dijadikan ikon kerana ada juga artis yang tinggi nilai moralnya. Dalam kemelut yang berlaku, ramai artis yang memberi hujah mereka menentang keras kenyataan Wardina, saya tertarik dengan kenyataan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. Kenyataan beliau ringkas, padat dan benar-benar menunjukkan beliau orang yang berilmu. Saya petik sedikit kenyataan beliau dalam satu akhbar sisipan baru-baru ini.

“ Apa yang dituturkan Wardina wajar direnung bersama dan tidak wajar dijadikan kontroversi. Ini kerana apa yang dituturkan itu adalah benar dan perlu dilihat sebagai teguran yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda: “ Berkata benarlah walaupun  benda itu pahit”. Apa yang Wardina cakap itu benar walaupun dia terpaksa berdepan dengan bantahan atau rungutan yang tidak sepatutnya daripada insan seni lain. Matlamat dia mahu artis berubah daripada orang yang tidak boleh menjadi idola kepada mungkin satu hari nanti boleh menjadi ikon kepada masyarakat. Apa yang dituturkan itu jujur dari hati. Sepatutnya ulasan atau teguran seperti itu perlu dihormati. Kalau ada artis yang marah dengan teguran itu, ia bukan atas kehendak mereka tetapi kehendak syaitan yang tidak pernah serik menyesatkan manusia. Jangan mudah melatah, sebaliknya renungkan kata-kata itu sedalam-dalamnya dan lihatlah ia sebagai nasihat. Saidina Ali a.s pernah berkata : “Lihatlah apa yang dikata, jangan dilihat orang yang berkata”. Bermakna lihatlah isi kandungan serta initipati nasihat itu.”

“ Berkata benarlah walaupun  benda itu pahit”

Ya, memang pahit untuk menyatakan kebenaran. Kadangkala terasa beratnya hati untuk menegur rakan yang buat salah kerana pahitnya kebenaran itu. Sepanjang kehidupan di JAD, ramai insan yang saya kenal menghadapi situasi yang sama dengan Wardina. Niat mereka untuk menegur kea rah kebenaran tetapi niat mereka disalaherti. Ada yang menulis article di Azzariyat menegur tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan, ada yang menegur cara pemakaian rakannya, tapi apa yang mereka dapat? Pastinya kata-kata pedih yang dihambur oleh orang yang ditegur. Hakikatnya, pahitnya untuk kita telan kebenaran tetapi siapa yang sanggup menelannya insyaAllah dia hamba yang disayang Allah s.w.t.

6 thoughts on “Apa salah Wardina?

  1. memang dari awal dah dapat rasa yang wardina akan dihentam balik tapi inilah fitrah dalam berdakwah,thumbs up for her! bagi saya Wardina layak dijadikan ikon,kita perhatikan dari awal perlibatan beliau dalam dunia seni hinggalah sekarang, perubahan demi perubahan beliau lakukan dan inilah yang dinamakan hijrah dan kaizen!

  2. setuju sangat dengan wardina.artis kini tak wajar dijadikan sebagai ikon.kadang-kadang rasanya artis kita cuba merubah kita sedikit demi sedikit.misalnya bertudung kini seolah-olah menjadi trend di kalangan artis.tapi cara mereka bertudung tak langsung seperti yang dianjurkan dalam ajaran kita.dan yang menyedihkan trend mereka menjadi ikutan remaja malah sebahagian besar masyarakat kita kini.

  3. kadang-kadang, orang yang ‘melenting’ bukan kerana tak tahu mereka salah, tapi tidak mahu dan tidak mencuba langsung untuk memahami apa kesalahan mereka. jadi, susahlah untuk berubah/hijrah.

    muda belia contohnya, selalunya akan mengambil jalan ‘dah terlambat’,’impossible laa nak ubah’, ‘susah laa nak ubah, dah memang macam ni sejak dulu!’..

    padahal, belum cuba belum tahu. kalau nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, memang sampai bila-bila pun SUSAH! peringatan untuk diri saya terdahulunya dan kalian, usaha dulu, baru kita tahu kemampuan kita untuk berubah.

    p/s: jangan asyik ‘impossible’ saja.. kata belajar kat oversea, ambik la kata-kata mat salleh tu sikit, ‘nothing is impossible’, kan?

  4. wardina adalah dikalangan yang terbaik….insyaalallah dia akn di tolong oleh allah jika niatnya kerana allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s