Taadud jemaah benarkah suatu rahmat?

Pertama sekali, saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercerita tentang ini. Berkecimpung dalam medan dakwah pun baru setahun jagung. Namun beberapa pengalaman peribadi sepanjang penglibatan dalam medan ini mengajar saya beberapa perkara. Akhirnya, saya turut merasakan bahawa taadud jemaah itu sebenarnya suatu rahmat daripada Allah SWT.

Tercetus Idea

Baru-baru ini saya diziarahi oleh sempai(senior) dari Jepun yang banyak menceritakan pengalaman dakwahnya di Jepun. Di samping itu, kami duduk bersama dan muhasabah kembali tanggungjawab yang tergalas di bahu kita semua hari ini, iaitu tanggungjawab menyebarkan agama ini.

Sempai bercerita tentang seorang professor di universitinya yang sangat baik, dan sangat berakhlak Islam cuma aqidahnya sahaja yang menolak bahawa dia seorang Islam. Dan betapa sempai itu terasa bahawa sukarnya untuk mengubah aqidah prof tersebut dan menjadikannya seorang Islam. Seakan tergambar di akhirat kelak yang prof ini akan menuduhnya tidak menyampaikan Islam, sedangkan mereka dekat sekali.

Tersedar kembali, betapa beratnya amanah yang kita semua pikul. Mereka di sekeliling kita yang melakukan maksiat, tetapi kita tidak melarang atau mencegahnya, maka di akhirat kelak golongan inilah yang akan kembali menyalahkan kita. Kita yang tahu sedikit ini, tetapi tidak menyampaikan apa yang kita tahulah yang menjadi penyebab kepada kemaksiatan mereka. Gerun mendengarnya. Bayangkan di saat anda selangkah lagi menghampiri pintu syurga, ada seorang hamba Allah berkata,

“Dia ni dulu tengok je aku buat maksiat, tapi tak buat apape pun. Manalah aku tahu perbuatan aku tu satu dosa. Dia ni lah yang menjadi punca kejahilan aku..”

Lantas kita pun terus dicampakkan ke neraka. Berat tak tanggungjawab kita? Besar tak amanah yang Allah bagi?

Rahmat taadud jemaah

Dengan memikirkan bahawa saya seorang ataupun sesuatu jemaah sahaja, tidak mungkin mampu untuk mencapai dan menyampaikan dakwah kepada seluruh alam saat ini, maka saya merasakan betapa besarnya rahmat Allah SWT yang mewujudkan kepelbagaian jemaah, dan dalam konteks kita, di Malaysia.

Untuk menegakkan hukum hudud, kita ada PAS.

Untuk tarbiyah yang berterusan, kita ada JIM dan ISMA.

Untuk tarbiyah golongan yang bermasalah, dan mengimarahkan masjid, kita ada tabligh.

Untuk menyedarkan orang ramai tentang isu Palestin, kita ada Aman Palestin.

Untuk tarbiyah pakcik-makcik di kampung, kita ada pendakwah-pendakwah bebas.

Untuk tarbiyah golongan remaja, ada kelab-kelab dan persatuan remaja di universiti.

Untuk masyarakat, kita ada media-media Islam seperti TV9, astro oasis dan sebagainya.

Dan banyak lagi yang tak tersebut di sini. Wujudnya kepelbagaian ini, memungkinkan kita semua untuk bergerak menyampaikan dakwah dalam kapasiti yang kita ada dan akhirnya menyuburkan dakwah ini, menyampaikan Islam ini ke seluruh pelosok Malaysia khususnya. Juga memepercepatkan proses dakwah itu sendiri.

Akhir kata

Saya tidak mengatakan pendapat saya ini sahaja yang betul. Cuma ingin diraikan kepelbagaian jemaah ini agar tidak timbul sebarang isu pada masa akan datang. Mungkin pendapat kita berbeza mengenai hal ini, keyakinan kita pada tarbiyah yang mana-mana pihak sumbangkan juga berbeza. Namun, janganlah sampai perbezaaan pendapat kita ini melebarkan jurang dan menjadi punca keretakan ukhuwah antara kita semua, sesama muslim, juga sesama rakan dai’e yang memperjuangkan dan menyebarkan Islam ini.

Dan janganlah kita bertindak menghukum kumpulan-kumpulan tertentu adalah salah. Semuanya adalah benar selagi mereka bergerak dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Tunaikan tanggungjawab kita pada orang sekeliling. Mereka di sekitar kita ini adalah amanah Allah kepada kita, mereka inilah yang akan meminta pertanggungjawaban daripada kita di akhirat kelak.

Bergeraklah dalam kapasiti yang kita ada untuk menyampaikan Islam ini. Teruskan bergerak dan menyampaikan Islam ini mengikut manhaj dan jemaah yang kita yakini. Berdoalah agar suatu hari nanti kita semua dapat kembali bersatu di bawah pemerintahan Khalifah.

Semoga Islam ini akan tertegak kembali dan memimpin dunia semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s