Bayi Yang Comel…?

Comel tengok bayi (baby) ni tersengguk-sengguk kan? Sejak kecil lagi dah berlatih, macam mana lah agaknya bila dah besar nanti? Macam ini lah agaknya kelakuan pelajar-pelajar JAD sewaktu kecil, hingga terbawa-bawa ke dalam kelas.

Saya ada anak saudara, berusia 2 tahun. Ramai juga pelajar JAD mempunyai anak saudara yang masih kecil (bayi) bahkan ada juga yang adik-adiknya masih berusia 5 tahun ke bawah. Bayi-bayi ini, mungkin memiliki pelbagai latar belakang, rupa paras, warna kulit, namun satu persamaan mengikat mereka; mereka comel! Setuju?

Apa perasaan anda apabila melihat wajah-wajah tidak berdosa ini?

Tenang?

Fikir sekali lagi…

Bayangkan anda duduk seharian dengan mereka. Mereka akan memerintah anda sesuka hati mereka. Baru sahaja anda hendak duduk atau berehat, atau baru nak melelapkan mata, mereka akan meminta macam-macam benda.

Nak air milo.

Nak susu.

Nak aiskrim.

Kemudian nak memandikan mereka satu hal juga. Berlari berkeliling rumah untuk menangkap mereka, belum kira nak pakaikan baju dan lampin. Adakala dengan tidak semena-mena, mereka menangis, meraung tanpa mengira masa, hatta jam 2,3 pagi sekalipun. Makin dipujuk, makin kuat mereka menjerit.

Bagaimana perasaan anda?

Masih lagi tenang?

Saya tidak! Duduk seminggu dua bersama kakak saya, membuatkan saya cukup kagum dengan kesabaran seorang ibu. Jadi mana-mana anak yang berniat nak melawan mak bapak bila dah remaja patut melihat bagaimana seorang ibu membesarkan anda di kala bayi dahulu.

Namun demikian, walaupun kerenah mereka adakala menimbulkan kemarahan, kerunsingan dan kegelisahan pada diri anda, anda pasti tidak sanggup memukul mereka bukan? Dan saya memaksudkan memukul sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. Hanya mereka yang hilang sikap perikemanusiaannya sahaja yang sanggup mendera kanak-kanak dengan kejam.

.

Duhai Malaysia,

Hari ini saya cukup runsing; bahkan saya percaya anda semua patut runsing. Saya masih lagi ingat kisah adik Nurul Huda Gani (10 tahun) yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gelang Patah, Johor.

Satu Malaysia gempar dengan kejadian itu.

Kemudian, masa terus merakamkan rekod-rekod jenayah rogol dan bunuh kanak-kanak, ibarat kita sedang berpesta darah. Reda seketika kes tersebut, kita berpesta kes bunuh bayi pula. Bayi yang baru lahir dibuang dalam tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya.

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya Isnin lalu dengan melemaskan anaknya dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat, bagi melindungi hubungannya bersama dua lelaki daripada terbongkar.

Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan pecah.

.

Kemuncak kekejaman yang saya tidak boleh terima ialah membakar bayi hidup-hidup.

KUALA KRAI: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir bukan saja dibuang ke dalam tong sampah, malah mayatnya dibakar sehingga melecur seluruh tubuh.

Bayi malang itu ditemui tiga sekawan yang juga pekerja kontrak pengangkut sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), kira-kira jam 10 pagi semalam.
Mayat bayi itu tergolek keluar dalam longgokan sampah sarap ketika seorang daripada pekerja mengheret tong sampah plastik itu di Jalan Zainal Abidin, di sini.

.

Namun baru-baru ini, saya kira lebih kejam lagi, kita dihadapkan dengan siri kegiatan membunuh kanak-kanak, yang telah sempurna sifat, yang telah pandai bergelak ketawa, yang telah pandai bersuara, yang menjadi sumber kebahagiaan kebanyakan kita apabila melihat mereka tersenyum.

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau…..

……tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek………..

Dan malam ini, berita di televisyen menyayat hati saya,

Harevarran, 18 bulan, mati selepas enam tulang rusuknya patah selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai akibat dipukul dan dipijak kerana menangis oleh suami penjaganya yang juga seorang kelindan lori, malam kelmarin.

.

Mari buat eksperimen,

Cuba anda bayangkan. Ambil seorang budak (3 tahun ke bawah) dan anda tampar dia dengan sederhana kuat. Pasti dia menangis.

Cuba anda tampar dia dengan sekuat hati. Pasti dia meraung!

Dan apakah sebenarnya perasaan manusia-manusia yang memukul bayi-bayi ini, berulang kali, menampar, menyepak, memijak, sehingga meninggal dunia? Tidak tersentuhkah hati mereka tatkala mendengar raungan bayi-bayi ini?

.

Duhai sahabat,

Siapa mereka ini? Yang membunuh dengan sebegitu kejam sekali?

Mereka ini tinggal setanah dengan kita, menghirup udara yang sama, sama berpanas sama berhujan. Mereka ini bangsa kita, 1 Malaysia.

Apakah jaminan anak-anak anda tidak terlepas dari perbuatan kejam ini? Jika begini keadaannya sekarang, bayangkan 20 tahun lagi?

Lantas apakah pantas kita duduk berpeluk tubuh?

Masih lagi terbuai dengan masalah-masalah bercinta, putus cinta, bercinta semula dan putus semula berulang-ulang kali dalam sebulan dengan orang yang sama?

Bermalas-malasan menghadiri usrah.

Tidak mahu mendengar ceramah dan kuliah agama.

Merasa berat untuk berdakwah.

.

Inilah salah satu daripada seribu sebab, mengapa anda harus bangkit dan mengubah masyarakat, kembali kepada Islam. Salah satu alasan, mengapa anda perlu meluangkan sedikit daripada masa anda yang terluang untuk mendalami agama, dan menyampaikannya kepada orang lain.

Inilah perjuangan kita, mengembalikan kalimah Allah ini, agar tertegak di bumi-Nya.

Biar nanti agama ini menang di tangan kita, atau kita hancur kerananya.

“Demi Allah, wahai bapa saudaraku, andai kata mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini (Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan perkara itu atau aku hancur kerananya!”

Salam perjuangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s