Cicakman VS Getah dan Superman VS Kriptonite

Ayuh fikirkan,kenapa Cicakman alah dengan getah Posman dan Superman sensitif dengan Kriptonite ? Sedangkan Cicakman bukan setakat boleh pegang Kriptonite, malah boleh tidur dengannya.Begitu juga dengan Superman,bukan setakat tidur dengan getah tapi seluar dalam yang dipakainya itu pun ada getah.Persoalannya kenapa sebegitu?

Jawapannya kerana setiap manusia mempunyai potensi jasad yang berbeza-beza. Ada yang mampu menarik kapal terbang dengan kelopak mata,ada yang mampu pecut sepantas kilat,ada yang mampu menjawab soalan peperiksaan tanpa sebarang ulangkaji dan ada yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Semua manusia berbeza,tiada seorangpun yang sama perangainya walaupun pada kaca mata manusia, muka mereka tidak ubah seperti pelanduk 2 serupa.

Allah, Tuhan yang menciptakan kepelbagaian ini sangat memahami bahawa kita sangat berbeza. Allah tahu Nizam perangainya suka berblog,Mus perangainya suka mengarang cerpen. Allah tahu segala-gala tentang kita, bukan setakat apa yang kita buat tapi apa yang kita ingin buat pun Allah tahu. Bukankah Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita sendiri?[Qaf:16]

Lantas Allah juga mengetahui keupaayan hamba-hamba Nya. Allah tahu berapakah, bagaimanakah beban yang boleh ditampung oleh seseorang kerana Dia pencipta orang itu. Analoginya mudah, katakan anda mencipta sebuah robot untuk mengangkat kotak yang beratnya 100 Newton, berapakah berat yang boleh ditampung oleh robot itu? Ya,mestilah tidak lebih daripada 100 Newton, mestilah anda tahu sebab anda yang menciptanya bukan? Soalan kedua,adakah robot itu tahu berapa berat yang mampu ditanggungnya? Tidak,robot itu tidak tahu.

Dalam analogi di atas,pencipta itu adalah Allah dan robot itu adalah kita. Allah yang mencipta kita, jadi hanya Dia lah yang tahu berapa beban yang mampu kita tanggung dan pada hakikatnya,kita tidak tahu apa-apa tentang diri kita. Kita tidak tahu sepantas mana kita boleh berlari, sedalam mana kita boleh berenang dan setinggi mana kita boleh melompat. Kita tidak tahu apa-apa tentang diri kita.

“Cerah,Allah kan tahu keupaayan kita kan?”Tanya seorang Junior.

“A’a,la yukallifullah…(ila akhir ayat),”jawab saya,dalam hati masih kabur apakah soalan yang akan diajukan oleh Junior yang seorang ini.

“Abis tu,macamana dengan orang yang bunuh diri?Diorang bunuh diri sebab tak mampu tanggung beban la kan?”Soal dia lagi.

“Oh,cengginilah. Masa exam,kompomlah Sensei(lecturer) bagi soalan yang kita semua tahu kan? Maksud aq,apa yang kita dah belajar,tu lah yang akan keluarkan? Tapi,kenapa masih ada yang fail?” Tanya saya balik.

“Em…Maybe sebab dorang dah taknak jawab kot or diorang taktaw nak jawab camne..”

“Betul,diorang taktaw jawab or diorang dah taknak jawab. Padahal,soalan tu bley jawab kan?”Soal saya lagi.

“A’a,sebab tu ada yang manten(markah penuh)..”

“Begitu juga dalam situasi ni,Allah bagi satu masalah kepada kita yang mana kita mampu untuk menanganinya dan Allah bagi kita pilih samada untuk tanganinya atau biarkan masalah tu jadi lagi masalah.Orang yang bunuh diri,bukan dia tidak mampu tapi dia pilih untuk bunuh diri,dia pilih untuk lari daripada masalah. Faham?”Soal saya kepadanya,saya ingin tahu dia faham atau tidak.

“aa,souka(begitu ke)?..Faham,faham..”Dia memberi respon yang positif tapi saya agak keliru dengan reaksi muka yang ditunjukkan,dia betul-betul faham atau buat-buat faham,harap-harap dia faham.

Betul,ujian Allah itu seperti ujian peperiksaan. Pensyarah akan keluarkan soalan-soalan yang mampu dijawab oleh pelajar-pelajarnya cuma persoalannya sekarang,bergantung kepada pelajar itu sendiri samada untuk jawab atau tidak. Maksud soalan-soalan yang mampu dijawab itu ialah soalan-soalan yang dikeluarkan daripada apa yang telah dipelajari oleh pelajar itu di dalam kelas atau di dalam buku rujukannya. Jika subjek Matematik maka soalan-soalan itu mestilah berkaitan dengan Matematik,pasti bukan soalan Sains atau Perakaunan.

Dan kalau diperhatikan juga,bukan semua pelajar memberi tumpuan sepenuhnya ketika pensyarah sedang mengajar,kalau beri tumpuan pun,bukan semua yang beri tumpuan itu menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah. Maksudnya,di dunia ini,ada yang Islam dan ada yang bukan Islam. Yang Islam pula,ada yang beriman dan ada yang tidak beriman. Maka,apabila diuji oleh Allah,ada yang berjaya melepasinya,ada yang separuh jalan dan ada yang dari awal telah mengaku kalah.

Maka dapat disimpulkan bahawa kejayaan bagi setiap ujian itu bergantung kepada pilihan kita sendiri dan pilihan ini sifatnya adalah menyeluruh. Kerana apa? Kerana dalam hidup ini,telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah As-Syams bahawa pilihan itu ada 2 macam,baik dan buruk. Baik dan buruk bukanlah sesuatu yang boleh dicapai oleh akal orang Islam sahaja,orang bukan Islam pun mampu membezakan yang mana baik dan buruk.

Jadi,apa yang dapat kita fahami bahawa melepasi ujian Allah itu bukanlah satu anugerah khas buat umat Islam sahaja,tapi anugerah ini adalah untuk semua orang asalkan kita sendiri memilih untuk berjaya. Jom jadi orang Berjaya dan katakan tidak pada Jisatsu(Bunuh Diri).

“Lelaki itu adalah manusia yang tidak akan mengaku kalah sebelum berperang,”-Mochizuki Kotaro (drama Jepun:Samurai High School) =P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s