Kebebasan Yang Mutlak?

Sewaktu perjalanan pulang dari Sungai Congkak,saya ternampak sebuah papan iklan di tepi lebuh raya. Di papan iklan tersebut,ada gambar 3 orang dan di bawahnya tertulis ‘Freedom For Us’. Puas saya berfikir apakah mesej yang cuba disampaikan tapi jelas saya hanyalah manusia yang jahiliah dan dhaif,saya tidak faham mesej yang cuba disampaikan. Namun,pemikiran saya kali ini membawa saya kepada satu pemikiran yang lain iaitu apakah itu hakikat kebebasan.

50 tahun dahulu,Jepun datang ke tanah Melayu dengan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ dan orang Melayu ketika itu menyambut kedatangan Jepun dengan tangan yang terbuka dengan hasrat bahawa Jepun akan membawa kebebasan kepada kita. Namun, janji-janji yang ditabur adalah janji-janji palsu,janji sang Munafiq. Orang Melayu terus dijajah dan didera di tanah sendiri.

Kemudian British datang dengan harapan baru,Malayan Union namanya. Di bawah gagasan Malayan Union,orang Melayu akan diberi kebebasan,daripada tanah jajahan akan ditukar kepada tanah naungan British. Ada pembesar yang menyambut pembentukan Malayan Union dan segolongan besar menentang dan akhirnya,Malayan Union gagal dikukuhkan di tanah Melayu. Rentetan daripada itu, berlaku lah peristiwa paling bersejarah buat negara kita. Pada 31 Ogos 1957, bersaksikan mereka yang hadir di Stadium Merdeka,laungan Merdeka bergema menandakan tanah Melayu sudah mendapat kebebasan.

Kini kita bebas membuat apa sahaja di atas bumi kita. Kita bebas menggali minyak dan menjualnya, kita bebas mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi,kita bebas membangunkan ketenteraan tanpa sebarang ancaman fizikal.Tapi,bila kita teliti balik,bebas mana pun kita, kita masih terikat dengan Amerika. Dalam erti kata lain,kita masih belum bebas.

Apakah bebas yang sebenarnya?

Bebas daripada jajahan Portugis?Adakah ini anda kira bebas?

Bebas daripada arahan British,adakah ini yang anda kira kebebasan?

Bebas daripada mereka yang bermata sepet dan berkulit putih,apakah ini kebebasan yang anda cari?

Tiada siapapun yang mampu memberi kita kebebasan yang sempurna sepertimana Allah memberi kita kebebasan. Allah menyuruh kita membuat pilihan,Islam atau bukan Islam. Pilihan itu berasaskan baik dan buruk,baik dan buruk pula bukan mampu dilakukan oleh umat Islam sahaja tapi juga buat yang bukan Islam. Semuanya kenapa? Kerana Allah memberi kita kebebasan.

Allah memberi kita kebebasan beragama. Kita berhak untuk memilih agama yang kita rasakan benar dan kita juga boleh memilih agama yang menentang Allah sendiri.Dia tiupkan roh ke dalam jasad kita,Dia hidupkan kita maka sudah menjadi kewajipan untuk kita menyembah Nya tapi Dia beri kita kebebasan,kebebasan yang mutlak. Dengan kebebasan ini,kita boleh menentang Nya walaupun hakikatnya Dia adalah pencipta kita.

Firaun yang terkenal dengan sifat angkuh dan bongkaknya,mengaku bahawa dia adalah tuhan. Ketika dia mengaku dia adalah tuhan, Allah tidak menghancurkannya secara serta merta tapi apabila dia ingin membunuh utusan Allah,barulah Allah turunkan bala kepadanya. Mana tidaknya,sudah lah agama Allah pun tidak mahu ikut,ingin bunuh pula utusan Allah. Memang melampau dan sungguh melampau.

Saya bukan menyeru anda supaya menentang Allah,tidak. Tapi apa yang saya ingin sampaikan ialah betapa kasih dan sayangnya Allah kepada manusia. Walaupun manusia cuba menghina Nya,Dia tidak turunkan bala melainkan manusia itu benar-benar melampau seperti Firaun.

Tuntasnya, inilah kebebasan yang mutlak. Kebebasan yang mutlak hanya ada pada Allah sahaja, hanya Dia sahaja yang mampu memberi manusia kebebasan yang mutlak.Dengan memahami apakah itu kebebasan mutlak,moga-moga kita fahami betapa pemurah Nya Allah memberi kita hak untuk memilih. Kita bebas membuat pilihan,baik atau buruk tapi kita mesti ingat bahawa setiap perbuatan itu akan ditanya oleh Allah kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s