Jom Pelihara ‘Ikan Jerung’

Orang Jepun amat menggemari ikan segar. Dengan ikan segar, mereka dapat menikmati sushi dan sashimi yang enak. Namun, dalam keadaan populasi orang Jepun yang semakin meningkat, bekalan ikan segar daripada pesisiran pantai negara Jepun tidak lagi mampu menampung permintaannya yang tinggi. Oleh itu, untuk menggandakan hasil tangkapan, nelayan-nelayan Jepun terpaksa belayar jauh ke tengah lautan. Ertinya di sini, lebih jauh perjalanan, lebih banyak masa yang diambil untuk mereka pulang ke pelabuhan. Masalah yang timbul ialah ikan-ikan yang ditangkap tadi sudah tidak segar lagi. Masalah ini ialah masalah besar kepada orang Jepun sendiri kerana mereka tidak menyukai rasa ikan yang tidak segar.

Justeru, bagaimanakah syarikat perkapalan nelayan Jepun mengatasi masalah ini? Ya, seperti yang dilakukan di Malaysia, mereka juga membekalkan kotak ais di dalam kapal nelayan. Walaubagaimanapun, lidah orang Jepun masih dapat membezakan kesegaran ikan yang dibekukan dengan yang betul-betul segar dari laut.

Oleh sebab itu, mereka memikirkan cara lain untuk memastikan kesegaran ikan yang ditangkap. Kaedahnya, kapal-kapal nelayan dibekalkan pula dengan tangki ikan. Ikan-ikan yang baru ditangkap dilepaskan hidup-hidup di dalam tangki tersebut. Malangnya setelah beberapa ketika, ikan-ikan tersebut menjadi kurang aktif jika dibandingkan dengan ikan-ikan di laut kerana ruangan tangki yang sempit walaupun masih lagi boleh bernafas. Sekali lagi, orang Jepun masih boleh membezakan kesegaran ikan yang bebas di lautan dengan ikan yang terkurung di dalam tangki. Mereka lebih menyukai ikan yang aktif kerana bagi mereka, isi ikan tersebut lebih sedap.

Jadi anda rasa, bagaimanakah cara seterusnya yang mereka fikirkan? Jawapannya ialah mereka masih menggunakan tangki, tetapi sedikit penambahbaikan telah dilakukan. Mereka memasukkan ikan jerung kecil di dalam tangki yang telah diisi dengan ikan-ikan yang baru ditangkap.

Anda mesti terfikir, adakah ikan-ikan tersebut tidak dimakan oleh ikan jerung kecil?

Ya, ia dimakan namun bilangannya tidak banyak. Apakah fungsi ikan jerung kecil itu sebenarnya? Fungsinya ialah mengekalkan keaktifan ikan-ikan yang baru ditangkap kerana ikan-ikan tersebut akan terus berenang dengan aktif untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh ikan jerung kecil tadi. Akhirnya, orang Jepun dapat menikmati rasa ikan yang betul-betul segar seperti yang mereka kehendaki.

Hidup Yang Meletihkan

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)

[90:4]

Begitulah juga dengan hidup kita pada hari ini. Bagi golongan yang masih menuntut di institusi pengajian, kehidupan di kolej atau universiti kadang-kadang menjadikan kita letih. Kita letih menghadap buku-buku tebal dan pelbagai jenis tugasan. Keletihan itu kadang-kadang mengundang perasaan bosan atau lebih teruk lagi, malas. Sebuah kata mutiara:

“Malas itu racun paling berbisa sedangkan rajin itu ialah ubat paling mujarab.”

Manakala bagi golongan yang sedang bekerja, kesibukan bekerja itu adalah suatu yang pasti. Dari pagi sudah bertolak ke tempat kerja dan mungkin petang baru pulang ke rumah. Barangkali denga kerja yang bertimbun-timbun membuatkan kita kurang aktif, letih, lemah dan tidak bermaya sebagaimana ikan-ikan di dalam tangki yang sempit tadi. Sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dalam kehidupan yang sempit dipenuhi dengan kesibukan dunia. Setiap hari kita mungkin melakukan perkara yang sama dan mudah menjadi jemu.

Justeru, untuk memastikan kita sentiasa aktif dan bermotivasi tinggi, wajar jika kita memelihara ‘ikan jerung’ dalam kehidupan kita. Akhirnya nanti kita dapat menikmati ‘sashimi’ dan ‘sushi’ yang segar dan enak bukan? Mari kita sama-sama fikirkan apakah spesis ‘ikan jerung’ yang wajar kita pelihara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s