Kepada Siapa Anda Mengadu?

Mila: Anna, kau nak buat apa malam ni?

Anna: Macam biasa la. Mungkin baca buku yang saya pinjam dari Kak Kila. Kenapa? Ada apa-apa perancangan ke?

Mila: Tak ada la. Saja tanya. Tak letih ke asyik baca buku je. Exam kan baru je habis. Kita enjoy la!

Anna: Saya tak merancang nak buat apa-apa pun lepas exam ni.

Mila: Bagus la kalau macam tu. Jom ikut aku. Petang ni kita habiskan drama korea 1. Lepas tu kalau tak ngantuk lagi, kita tengok pula drama jepun 2. Nak join tak?

Anna: Tak apa la, saya da tak suka nak tengok cerita-cerita macam tu. Nanti bila da seronok sangat tengok, tertinggal solat. Tak apa la saya tak berminat. Lain kali saja ok? Saya pergi dulu. Assalamualaikum.

Hiburan sentiasa menjadi tempat pertama di hati remaja. Pendidikan pula sentiasa harapan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Orang-orang koporat sentiasa terkejar-kejar pangkat, darjat dan harta. Mereka mencintai semua ini umpama kehidupan mereka tidak lagi bermakna tanpa hiburan, pendidikan pangkat dan sebagainya. Mereka mengagungkan semuanya umpama benda itulah yang memberi mereka nyawa di muka bumi ini. Mereka jadikan harta dan segala perkara yang membawa kebahagiaan kepada mereka sebagai ‘Ilah’ mereka.

‘Ilah’? Apa itu? Telah jelas Allah menerangkan ciri-ciri ‘Ilah’di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 165 dan 166, yang bermaksud,

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya (niscaya mereka menyesal). (Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti berlepas tangan dari orang-orang yang mengikuti, dan mereka melihat azab, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus.

Di sini, boleh kita lihat, ‘Ilah’ ialah sesuatu tempat untuk seseorang itu berharap, sesuatu benda yang dicintai melebihi cinta seseorang itu kepada Penciptanya, sesuatu perkara yang ditakuti, dan sesuatu perkara yang diikuti oleh seseorang.

Tatkala apa yang dihafal tetap tidak diingat,kepada siapa kita mengadu?

Tatkala mendapat keputusan peperiksaan yang tidak diingini,kepada siapa kita menangis?

Tatkala perginya orang tersayang dalam hidup kita,kepada siapa kita merintih?

Teramat lucu bila seekor lembu yang kelaparan mengadu kepada lembu yang lain tentang masalahnya,apakah lembu yang mendengar itu mampu menyelesaikan masalah lembu yang lapar,walhal lembu itu sendiri mempunyai masalah yang lain. Itulah kita, tatkala insan yang kita gilai dikebas orang lain,kita ajak kawan kita masuk ke dalam bilik,kita kunci pintu rapat-rapat lalu kita lauhkan segala kesedihan kita kepadanya. Tatkala mendapat result yang teruk dalam peperiksaan,kita pergi berjumpa dengan kawan-kawan yang lain dan minta dia tambah markah kita,logik? Lansung tidak masuk akal.

Begitu juga bila lembu itu lapar,kalau dia mengeboh kepada tuannya sebagai tanda kelaparan,ada kemungkinan tuannya bagi atau tidak. Kalau lembu itu selalu memberi isyarat kepada tuannya,belum sempat suara dibunyikan tuannya dah berikan dia makanan. Tapi kalau lembu itu jarang-jarang mencari tuannya,hatta kebulur sekalipun tuannya kemungkinan besar tak memberi apa-apa. Bukan tuannya zalim tapi tuannya tidak kenal apakah isyarat yang cuba diberikannya. Begitu juga dengan Allah,kalau kita selalu merintih,mengadu dan memohon pada Nya,insya Allah apa yang dipohon,apa yang dipinta akan senang dimakbulkan kerana Allah kenal siapa kita dan apa yang kita mahu,tapi kalau kita jarang-jarang merintih kepada Allah,adakah Allah kenal kita?

Allah masih kenal kita. Allah tidak zalim. Dia adalah Maha Karya Cinta,Dia mencintai kita melebihi cinta kita kepada kekasih kita, melebihi cinta Muhammad pada Khadijah,mengatasi cinta Sulaiman kepada Balqis dan meninggi daripada cinta Zulaikha kepada Yusuf. Cinta Allah kepada kita tidak pernah kenal erti benci walaupun kita melakukan larangannya. Dia marah tapi Dia tidak benci kepada kita,malah Dia pohon kepada kita supaya bertaubat agar tiada sebab untuk Dia masukkan kita ke dalam neraka kelak.

Maka atas sebab itulah,marilah kita sama-sama berfikir. Selama ini,apa dan siapa ‘Ilah’ kita? Adakah hati kita membenarkan apabila mulut kita mengatakan Ilah ku ialah Allah. NamaNya sajakah yang bermain-main di fikiran dan lidah kita? Dia sajakah yang menjadi tempat kita mengadu domba? Dan Dia sajakah yang kita ikut-ikut cara hidup yang telah ditunjukkan? Ayuh, mari kita sama-sama fikirkan.

Advertisements

One thought on “Kepada Siapa Anda Mengadu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s