Kering Kontang Ujian Mendatang

“em,aq agak pelik senanye..”Ujar saya kepada Akmal dan mad’u-mad’u semasa di dalam air Sungai Congkak.

“Ape yang peliknya?”Soal Akmal sambil menggosok-gosok kapur baruh di tangannya,ingin benar dia melihat buih terhasil daripada tindakannya itu.

“ye la,air sungai ni datang dari atas bukit dan sentiasa mengalir,kenapa dia x kering ek?”Tanya saya kepada semua orang sebelum menyelamkan muka ke dalam air sungai yang teramat sejuk pukul 7 pagi.

“Haa,korang rasa camne?”Tanya Akmal kepada semua anak buahnya.

“Mungkin sebab hujan kot..”Jawab Hafiz.

“Kalo hujan..Tak mungkin,sekarang tak hujan pun air masih mengalir laju.” Saya menafikan jawapan Hafiz.

“Air dari mata air?”Azree menyampuk,mencuba nasib.

“Tapi takkan tak habis? Dari dulu sampai sekarang?”Balas Akmal.

Akhirnya,persoalan ini berkesudahan dengan tiada jawapan yang tepat. Pada pendapat saya,air sungai berpunca dari mata air yang berada jauh nun di atas bukit sana dan mata air itu kandungannya malar disebabkan kitaran air yang berlaku.Tapi siapa yang ada alasan saintifik,boleh kongsikan.

2 hari lepas,11 Mac,tarikh saya dan 78 orang pelajar lain graduat dari Unisel, selain gambar kami di akbar Berita Harian dan Utusan,ada satu berita yang menarik minat saya. Tajuknya ‘Air Terjun Kota Tinggi Kering’. Puas saya mencari berita itu di internet tapi tidak dijumpai,mungkin ada pihak yang cuba menyembunyikan hakikat itu supaya pelancongan di Malaysia terus mendapat sambutan.

Kes Air Terjun kering merupakan kesan ke-1 terbesar akibat kemarau yang melampau. Kesan pertama yang dikenalpasti ialah pokok-pokok hiasan di tepi jalan raya mati kekeringan dan kesan ke-2 hutan di Pahang terbakar akibat kepanasan. Kemarau kali ini memang dasyat,mungkin inilah yang disebut Fenomena El-Nino.

Suatu ketika dahulu di Indonesia. Kemarau yang dikatakan terlampau panjang sehingga dalam setahun hujan tidak turun menyebabkan penduduk di sana mengadakan satu ritual memanggil hujan. Anak gadis dikorbankan kepada dewa hujan sebagai habuan tapi hujan tetap tidak turun. Seorang demi seorang dikorbankan sehingga tiada lagi anak gadis yang lawa di tempat itu. Tiba-tiba datang seorang lelaki,berjubah,tampan dan segak,menghalang penduduk di situ mengadakan ritual sedemikian. Katanya, “berikan aku masa memohon hujan dari Tuhan ku iaitu Allah yang satu.” Lalu dia solat dan berdoa dan seusai doa dipanjatkan,hujan pun turun dengan lebat. Akhirnya penduduk di situ memeluk Islam. Siapakah pemuda itu? Kalau anda kenal dengan Wali Songo,inilah orang yang bertanggungjawab ke atas ilmu dan perangai kesemua Wali Songo,Tuk Bantal nama jolokannya.

Mencabar benar musim kemarau kali ini tapi jujurnya,saya tidak hairan dengan perubahan cuaca atau klimaks yang berlaku di Malaysia. Memang betul ramai yang melakukan maksiat maka ini adalah balasan Allah tapi jika dikaji dari sudut geologi,walaupun Malaysia bercantum dengan dataran besar, kedudukan kita mengalami sedikit perubahan pergerakan kerak bumi di atas mantel namun sedikit itu pada hakikatnya mampu mengubah pokok durian kepada pokok sakura.

Pagi semalam, 12 Mac, kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan Solat Sunat Istisqa'(solat minta hujan) dan Allah benar-benar merahmati majlis itu apabila sebaik sahaja Imam(TGNA) membaca Al-Fatihah,manik-manik hujan mula membasahi bumi Serambi Mekah.Ini bukan disebabkan TGNA mengimami solat tapi kerana cara inilah yang dianjur oleh Islam seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud:


Hadis riwayat Imam Abu Dawud. Daripada Aishah r.a, dia berkata:”Orang-orang mengeluh kepada Rasullah kerana lambatnya hujan. Baginda memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang ( untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang di tentukan. Menurut Aishah ketika matahari naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda :”Kamu semua mengeluh sebab keringnya negerimu, sedang Allah sudah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan mengkabulkan permohonanmu itu”. Selanjutnya baginda mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap kiblat, selendangnya di terbalik letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Pada saat itu Allah menampakkan segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan dengan izin Allah.

Berhentilah mengeluh dengan kepanasan ini kerana ini hanyalah ujian daripada Allah,menguji samada kita beriman atau tidak. Kemarau bukanlah satu bentuk ujian yang baru kepada umat manusia tapi adalah satu bentuk ujian yang lama. Zaman nabi Yusuf pun ujian kemarau diberikan,ketika nabi Muhammad pun kemarau berlaku dan akhir nanti,kemarau pun akan berlaku lagi. Maka,janganlah kita cepat berputus asa dengan ujian ini kerana tiada perkataan putus asa dalam kamus hidup seorang Muslim.Sebaliknya, perbanyakkan doa kepada Allah agar kita tabah menempuh ujian yang hebat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s