Ulasan buku: Supaya Gelisah Bernilai Ibadah


Buku ini merupakan pandangan sisi tokoh agama terkemuka dan disegani ramai, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ditulis oleh Dr. Ibrahim Fiqhy. Buku ini diulas dalam bentuk motivasi dimana ia mampu memberi motivasi kepada insan-insan yang dilanda kesedihan. Tidak dinafikan, setiap insan didunia ini diuji dengan kesedihan, bergantung kepada diri sendiri untuk menghadapinya. Ada yang mengambil jalan mudah sebagai penyelesaian kepada sesuatu kesedihan. Ada pula orang yang beruntung, yang berjaya menghadapi kesedihan hidup dengan tenang dan penuh sabar. Namun jarang sekali kita menjadi orang yang beruntung. Buku ini dinukil penuh teliti, ringkas dan setiap perkataan yang ditulis mampu menusuk ke dalam jiwa pembaca seakan-akan penulis sedang ‘bercakap’ dengan pembaca buku ini. Buku ini sesuai untuk semua lapisan manusia. Membaca buku ini boleh menjadikan kita manusia yang bijak menangani kegelisahan. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan kedai-kedai buku di sekitar PKNS dengan harga Rm15.00. Semoga kita menjadi insan yang diredhai den semoga kesedihan yang kita alami mampu membawa kita lebih mendekati Allah s.w.t.

Semoga tangisan kita bernilai ibadah disisi Allah.

” Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka sendiri yang mengubahnya.” – Ar-Ra’du : 11-

Advertisements

One thought on “Ulasan buku: Supaya Gelisah Bernilai Ibadah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s