Cinta Tikar Sejadah

Saya bukanlah peminat drama Melayu, Jepun apatah lagi Inggeris. Mungkin minat setiap dari kita berbeza. Saya lebih gemar aktiviti membaca daripada menonton tv sebenarnya. Namun drama yang disiarkan di astro Oasis ini menarik hati saya untuk menontonnya. Ya, sebuah lagi drama Islamik yang cuba diketengahkan dalam masyarakat hari ini, dan nampaknya mesej yang ingin disampaikan juga santai dan sangat terkesan bagi saya.

Tidaklah terlalu mengikuti drama ini, namun setiap kali berpeluang menontonnya, saya akan meluangkan masa di hadapan televisyen. Ceritanya berkisarkan seorang anak yang dilahir dan dibesarkan di France, akhirnya dihantar pulang ke Tanah Air untuk tinggal bersama datuknya, demi mengembalikan Islam di dalam dirinya. Dan di dalam sebuah episod yang disiarkan malam tadi, dialog(diubah sedikit, tak ingat dialog sebenar) yang amat menarik hati saya adalah,

“Atok, saya nak jadi macam atoklah..tapi macam mana ek?”

“Nak jadi macam atok?Senang je…makan banyak, pastu tak payah bersenam…jadilah macam atok…haha”

“haha…atok ni..”

“Ye la..kamu nak jadi macam atok tu, jadi macam mane?”

“hm…nak jadi macam atok bila kolam ikan atok kene racun…atok tenang je…”

“ooo…tu sebab yang tu bukan kolam ikan atok..”

“ye ke?habis tu siape punya?saya punya ke?”

“huhu…tu semua Allah yang punya…Allah bagi kita pinjam sekejap…bila-bila Allah nak ambil balik, kita kene pulangkanlahkan…sebab bukan hak kita pon…”

“ha?”

“Macam ni…kita semuakan hamba…bila Allah suruh kita buat, kita kenelah buat…bila Allah larang, kita tak boleh la buat…bila Allah bagi pinjam dan nak ambil balik…kita kene redhalah kan…semuanya sebab kita ni hamba je atas dunia ni…”

Segalanya Hanya Pinjaman

Dialog yang ringkas rasanya, beserta mesej yang mudah untuk difahami tetapi sangat sukar untuk diterjemahkan dalam hidup ini. Kadang-kadang kita terlupa bahawa segala yang kita ada hari ini hanyalah sekadar pinjaman daripadaNya.

Kekayaan, kejayaan, Ilmu, rupa paras, anggota badan, udara, malah segala-galanya adalah kurniaan dan pinjaman dari Allah untuk kita semua. Kadang-kadang sukar untuk kita menerima hakikat kehilangan sesuatu yang amat berharga bagi kita, sedangkan hakikatnya tiada yang akan kekal menjadi milik kita kerana segala yang kita ada hari ini adalah milikNya jua.

Hikmah dari Result

Daripada Suhibul Raumi berkata, sabda Rasulullah SAW,

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Ya, kadang-kadang kita juga terlupa tentang keajaiban orang yang beriman. Keimanan mereka kepada Allah menjadikan mereka sentiasa beroleh kegembiraan walaubagaimanapun ujian yang mendatang. Saya pasti, kita semua tidak terpisah daripada diuji dan diduga setiap ketika. Terutama sekalli di musim result dikeluarkan ini, adik-adik JAD juga baru mendapat result, begitu juga adik-adik yang menduduki SPM 2009 yang lalu. Kepada yang berjaya dengan cemerlang, tahniah diucapkan. Sentiasalah bermuhasabah dan memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih berjaya selepas ini, berjaya di dunia juga akhirat.

Kepada yang kurang berjaya, tetapkan hati dan keyakinan anda kepada Allah SWT. Sentiasalah bersangka baik denganNya. Tiadalah Allah menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. Dan tiadalah keburukan itu berlaku, melainkan dengan tangan-tangan kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah Asy-Syuura:30)

Jujur dalam muhasabah

Saya juga dapat merasakan, tidak ramai di antara kita yang mampu untuk menerima hakikat bahawa kegagalan itu sebenarnya berpunca daripada tangan, yakni diri kita, perbuatan kita sendiri. Kerana saya juga begitu. Setiap kali diuji, saya akan tertanya-tanya, apakah salah yang telah aku lakukan sehingga diuji sebegini rupa?Ya, hakikat seorang manusia yang alpa dan sering tidak bersyukur, kita kadang-kadang tumpas dengan ego kita sendiri mungkin. Sentiasa merasakan bahawa kitalah di pihak yang benar.

Mungkin kita telah berusaha sehabis baik.

Mungkin kita telah cuba untuk berkelakuan baik.

Mungkin kita telah cuba untuk berakhlak baik.

Mungkin kita telah cuba untuk berpakaian dengan baik.

Mungkin kita telah cuba untuk menjaga ikhtilat dengan baik.

Namun akhirnya, kita kecundang juga. Di sinilah ujian yang sebenarnya buat kita. Samada kita masih mampu untuk terus bersangka baik pada Allah atau sebaliknya. Samada kita dapat terus memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang baik, atau berputus asa dan melakukan yang sebaliknya.

Tetapi, apa yang ingin saya ingatkan pada diri saya, juga semua pembaca, jujurlah dalam memuhasabah diri kita.Hanya kita, dan hati kita yang tahu siapa sebenarnya kita. Sejauh mana pun kita cuba untuk menolak segala keburukan yang datang dari kita sendiri, hakikatnya kita sendiri yang tahu, bahawa ada kesilapan kita di mana-mana yang cuba kita nafikan.

Mungkin dalam kejayaan sebelum ini, ada rasa riya’ dan takbur dalam hati.

Mungkin dalam usaha berkelakuan baik, ada niat untuk menarik perhatian orang yang diminati.

Mungkin dalam usaha berakhlak baik, ada tersembunyi rasa ingin dipuja kebaikan diri.

Mungkin dalam usaha berpakaian dengan baik, ada niat mempromosi diri.

Mungkin dalam usaha menjaga ikhtilat, dilebihkan rasa agar terus dihormati.

Mungkin juga dari percakapan kita yang mengguris hati, perhubungan dengan ibubapa yang tidak baik, mahupun umpatan-umpatan kepada para guru yang mengajar dan berbagai-bagai lagi yang kita cuba nafikan selama ini, menjadi punca kita diuji Allah dengan kegagalan ini.

Namun, positiflah dengan segala ujianNya. Alhamdulillah hari ini kita disedarkan kembali dan dapat kembali meneliti dan memuhasabah diri sendiri dengan sejujurnya. Jujurlah pada diri, dan betulkan kembali segala niat yang terpesong, akhlak yang buruk, juga tingkah laku yang tidak menyenangkan. Inilah peluang yang Allah berikan untuk kita kembali memperbaik diri, maka hargailah ia!!

Allah bukan sahaja menyedarkan kita atas segala kesilapan yang kita cuba nafikan dulu, malah turut mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu kerana ujian juga sebahagian daripada kifarah dosa. Bersyukurlah kita dipilih untuk diujiNya, dan bergeraklah memperbaiki diri. Bangkitlah dari kegagalan semalam!!

Bak kata pelajar terbaik JAD tahun ini,

“Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya!!”

http://www.youtube.com/v/v-b4ngUMBJc&hl=en_US&fs=1

One thought on “Cinta Tikar Sejadah

  1. pelajar JAD terbaik tahun ni tu gagal time bile? masa tadika ke?? huhu…

    neway, semoga semua termuhasabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s