Dia hina isteri Nabi !!

Suatu ketika dahulu,  industri hiburan  pernah gempar seketika apabila dramatis Rosnah Mat Aris pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur kutukan kepada isteri Nabi Muhammad S.A.W, Saidatina Siti Khadijah. Saya sendiri menonton rancangan itu dan membaranya hati Allah saja yang tahu apabila mulut lantang dramatis itu memberi ‘hujah’ seakan-akan dunia ini milik dia. Dia hina isteri Nabi junjungan kita! Dia hina wanita mulia yang dijanjikan syurga!  Siapa dia nak hina insan mulia seperti Khadijah? Ini yang saya kurang setuju dengan golongan artis,  apabila timbul cerita si artis wanita tua nak kahwin jejaka muda, satu dunia dicanang,

” Nabi kita dulu pun macam tu juga. Nabi lebih muda dari Siti Khadijah semasa mereka berkahwin. Jadi apa salahnya kalau saya buat macam tu juga.”

Itulah komen ‘standard’ dari si artis wanita tua untuk membela diri. Apa yang buat saya pelik, bab-bab kahwin ni, boleh pula mereka ikut Nabi sedangkan dari segi berpakaian, langsung tak ikut apa yang Islam syariatkan. Bukan saya mahu mengeji golongan artis, tetapi kadang-kadang mereka guna agama Islam sebagai ‘jalan selamat’ untuk  lari dari kontroversi.

Dewasa ini, banyak kisah pelik yang kita dengar. Seorang lelaki sanggup menikahkan anak perempuan di bawah umur dengan rakan sejemaahnya kerana ‘hujah-hujah’ rakannya itu berjaya meyakinkan dia untuk menyerahkan anak perempuannya kepada rakannya itu. Kerana apa? Kerana dia percaya dengan hujah-hujah orang yang dianggap lebih berilmu tentang agama Islam. Akhirnya ia memakan diri apabila rakan yang dipercayainya menyalahgunakan kepercayaan yang diberi untuk kepentingan diri sendiri.

Seorang ustazah lulusan ijazah dari sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya ketika suaminya berada di Mekah. Pelik bukan? Tapi itulah hakikat dunia. Dunia ini dugaan kepada setiap manusia, silap langkah terpesonglah kita. Malanglah kita apabila menjadi fitnah pada agama sendiri. Apabila ustazah sendiri ditangkap khalwat, mana orang ramai nak letak rasa hormat mereka pada golongan ini.

TERINGAT KISAH LALU

Teringat saya tentang kisah saya dulu. Sewaktu mula-mula melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, mungkin kerana kesilapan diri yang tidak pandai mengawal masa, keputusan peperiksaan saya jatuh mendadak sehingga saya tersenarai dalam 10 orang pelajar yang perlu menghadiri sesi motivasi. Ketika itu hampir saja saya tarik diri dari aktiviti dakwah kerana rasa malunya diri saya pada Allah s.w.t dan rakan-rakan apabila menjadi fitnah pada agama sendiri.

” Ni nama budak-budak usrah ni.”

” Tu la. Sibuk sangat nak berdakwah, belajar entah kemana.”

Hati mana yang tahan dengan kata-kata begini. Namun menyedari hakikat, apa yang terjadi bukanlah salah jalan dakwah yang dipilih, tetapi salah diri sendiri yang gagal menghayati Islam dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

HAYATI ISLAM

Sempat berbicara dengan ustaz ketika melawat sekolah baru-baru ini. Topik yang dibincangkan adalah tentang ustazah yang ditangkap khalwat baru-baru ini. Betul juga kata ustaz saya, apabila seseorang itu belajar tentang ilmu-ilmu Islam tak semestinya dia seorang yang baik kerana apa yang mengukur akhlak seseorang adalah penghayatannya tentang Islam. Apa erti kita menganut Islam? Apa erti shahadah yang sering kita ucapkan dalam solat sepanjang hidup kita? Semua itu perlu penghayatan.

MUHASABAH DIRI

Tiba masa untuk kita sama-sama muhasabah diri. Kenapa kita berada dalam golongan umat Islam? Apa erti kita menjadi orang Islam? Kenapa kita solat? Kenapa kita bayar zakat? Kenapa kita puasa? Bagaimana kita hendak mengaplikasikan erti syahadah dalam kehidupan kita? Semua itu perlu ilmu untuk dihayati. Siapa kita, apa pangkat kita, itu semua bukan persoalan kerana hanya penghayatan terhadap Islam yang membezakan kemuliaan seseorang disisi Allah s.w.t.

6 thoughts on “Dia hina isteri Nabi !!

  1. @cerah : ade ke program realiti imam muda? sudah disiarkan ke belum? bila waktu siarannya? harap2 lebih dapat sambutan daripada Akademi Fantasia yang semakin membosankan itu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s