Realiti Tidak Seperti AF

Menjadi seorang kanak-kanak memang seronok. Mereka boleh membayangkan apa-apa saja yang mereka mahukan. Tanpa memikirkan keadaan dan kehidupan sekeliling. Mereka boleh menjadi seorang guru yang baik, garang dan sebagainya. Mendidik anak bangsa. Mereka juga boleh menjadi seekor ikan yang ganas mahupun yang comel. Mereka juga seorang doktor yang merawat pelbagai jenis penyakit. Merekalah juga seorang askar yang mempertahankan keselamatan negara. Mereka juga boleh menjadi seekor burung. Terbang tinggi di angkasa raya. Ya, mereka adalah segalanya, mereka adalah apa yang mereka fikirkan.

Namun realiti kehidupan tidak semudah yang difikirkan. Ingin melangkah setapak kehadapan saja memerlukan kekuatan yang sepenuh jiwa untuk mengharungi cabarannya. Apatah lagi untuk merangkak, berjalan, mahupun berlari. Sukar dibayangkan bagaimana pengorbanan yang harus ditempuhi untuk mencapai segala yang diinginkankan. Dalam kesempitan masa untuk terus melangkah kehadapan, ramai orang masih mampu untuk membayangkan kehidupan ini dengan pelbagai perumpamaan.

Orang cakap hidup ini umpama sekuntum bunga, kadangkala berseri-seri dan harum untuk tarikan umum. Kadangkala layu, pudar warnanya hingga tak mahu ditatap lagi.

Orang cakap hidup ini umpama roda. Sekejap kita akan berada di tempat yang teratas dan sekejap lagi kita pula akan berada di tempat yang paling bawah.

Orang pun selalu cakap hidup ini umpama karya tulisan yang di tulis mengikut kehendak tuannya. Ada yang gembira, ada yang sedih. Penuh dengan gelak tawa dan perasaan hati.

Orang juga cakap hidup ini laksana lukisan. Penuh dengan warna-warni yang mencorakkan sesebuah lukisan itu. Umpama kehidupan yang berwarna-warni dengan pelbagai corak yang di lukis oleh tuannya.

Suka, duka, pahit, manis kehidupan adalah apa-apa yang anda semua boleh bayangkan. Tak kira usia tua, muda mahupun kanak-kanak. Tetapi apa-apa yang anda bayangkan dengan realiti kehidupan , selalu bercanggah. Sebenarnya, anda adalah khalifah yang memerintah. Tetapi dalam masa yang sama anda juga adalah hamba yang perlu untuk tunduk sujud kepada Pencipta.

Hidup ini tidak pernah lari dari tanggungjawab.Semenjak kita kecil,kita digalas dengan tanggungjawab untuk mendapat 5 A dalam UPSR,bila kita meningkat dewasa,kita digalas pula dengan tanggungjawab untuk mendapat 10 A+ dalam SPM dan bila kita betul-betul dewasa,beban suami dan anak-anak pula mengambil alih beban-beban terdahulu.Tuntasnya,semakin kita lari dari tanggungjawab,semakin banyak ia datang kepada kita.

Jadi,apa yang perlu kita buat bukanlah melarikan diri,sebaliknya bersedia menerima apa-apa jenis tugasan atau tanggunjawab yang digalas. Bayangkan bos anda datang kepada anda dan berkata, “awak mesti pastikan setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini menggunakan produk kita,mereka wajib meninggalkan Sony,Panasonic dan tidak lupa Pansonic.”Susah benar tugasan itu,mana tidaknya,produk anda adalah produk baru dan manusia selama ini telah berpegang teguh dengan produk Sony,masakan mudah-mudah mereka ingin bertukar dari produk Sony kepada produk anda.

Tapi itulah yang Rasulullah buat.Baginda terima tanggungjawab yang diberikan dengan tenang dan sabar.Selepas baginda yakin dengan statusnya sebagai seorang Rasul,lalu dilafazkan, “sudah berlalu waktu tidurku.”Baginda berusaha bersungguh-sungguh meyakinkan manusia dengan produk Bos nya dan disebabkan apa yang baginda yakin,percaya dan laksanakan,akhirnya Islam berkembang pesat di atas muka bumi Allah.

Ya,konsep yang sama dengan kanak-kanak.Kita adalah apa yang kita fikir dan apa yang kita lakukan.Bezanya,kanak-kanak merealisasikannya dalam alam fantasi,baginya semua patung-patung Ultraman yang dibeli bapanya hidup dan berdialog dengannya tapi kita Ultraman itu tetap kaku tidak bergerak dan kitalah yang bertanggungjawab menggerakkan Ultraman itu. Itulah bezanya dewasa dan kanak-kanak.

Hakikat hidup anda bukan angan-angan, tapi semuanya  kenyataan yang perlu untuk  anda semua tempuhi. Fikirkan anda telah duduk di atas kerusi Space Shooter di Genting Highland,lagi beberapa saat kerusi itu akan dilepaskan ke angkasa.Apa pilihan anda sekarang?Turun kerusi itu atau bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini,yang mana anda pilih? Untuk anda berjaya mengatasi ketakutan anda,fikirkan anda sudah tidak mempunyai pilihan lain selain bersedia diri anda ditembak ke angkasa tapi jika anda ingin terus menjadi sang penakut,silakan turun dari kerusi tersebut dan bersorak kepada orang lain di luar kawasan keselamatan.

Begitu juga dengan kehidupan ini,Allah berikan kita pilihan. Allah jadikan Syurga dan Neraka sebagai asas pilihan dan kita berhak memilih mana-mana pilihan yang kita sukai. Inilah kebebasan namanya. Namun disebabkan kasih dan sayang Allah,Dia beritahu kita bahawa memang Dia beri kita pilihan tapi Dia beri lagi kita cadangan untuk kita memilih agar pilihan itu menepati kehendak Nya.

Jadi,apa yang perlu kita ingat dalam hidup ini,tidak kisahlah menjadi bunga,roda atau lukisan yang penting kita kena tahu,setiap pilihan kita itu mempunyai kesan dan kesan itu kita tanggungnya sendiri.Kita masuk Syurga,kita sendiri dan kita masuk neraka,itupun kita sendiri.Semoga dengan membaca artikel ini,kita bermuhasabah diri kita,moga detik selepas ini lebih baik dari sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s