Resepi : Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum…

Azzariyat kembali dengan 1 menu baru yang mudah untuk dicuba oleh kita semua. =)

InsyaAllah mampu membangkitkan selera dan menawan hati sesiapa yang melihat apatah lagi makan.

Bagi sesiapa yang ada pengalaman buruk membuat kek, kek tidak naik, tidak menjadi dan sebagainya, tidak perlu bimbang. InsyaAllah kek ini mudah untuk disediakan, dan senang untuk jadi, malah sedap pula dimakan.

Namun yang penting, ikhlaskan niat membuatnya, sedap dan menjadi bukan untuk riak, kerana segalanya dari Allah SWT jua.

Boleh cuba untuk tawan hati anak buah, jiran tetangga, ibubapa juga kaum keluarga.

Bahan 1(dipukul kembang)

1 cawan gula

3 biji telur

1 camca the esen vanilla

Bahan 2(digaulkan)

1 cawan minyak masak

1 cawan susu cair

½ cawan susu pekat

Bahan 3(diayak 3kali)

1½ cawan tepung gandum

1 sudu the baking powder

½ sudu the soda bikarbonat

1 cawan serbuk koko

Cara :

  1. Campurkan bahan 3 dan bahan 2, kaca sehingga rata.
  2. Masukkan bahan 1 yang telah dipukul kembang dan kacau hingga rata.
  3. Kukus selama 1½ jam di dalam bekas yang disapu minyak.

Bahan Topping

½ cawan serbuk koko

¾ cawan susu pekat

1 sudu the esen vanilla

4 sudu makan minyak masak

Cara :

  1. Kacau rata bahan dan masak secara double boiling
  2. Ratakan di atas kek.

Selamat mencuba! Semoga yang makan semakin dekat dengan kita, semoga Allah permudahkan urusan kita menyampaikan Islam ini kepada mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s