Apa Yang Tinggal Untuk Diwariskan?

Video ini panjang bagi setengah-setengah orang. Mungkin ada yang menolak untuk mendengar kerana ia dalam bahasa inggeris.

Namun video ini cukup menginsafkan saya, dan membuatkan saya menarik nafas panjang, terduduk muhasabah mengenang apa lagi yang tinggal untuk diwariskan…

Tontonlah dahulu dengan hati yang tenang, kemudian sama-sama kita bincangkan hikmah yang tersirat dan tersurat.

http://www.youtube.com/v/-WNHBxIhtAU&hl=en_US&fs=1&

Sepanjang jalan memperjuangkan agama yang penuh cabaran ini, adakala (bahkan selalu) cabarannya datang dari kalangan saudara sendiri. Adakala kita tidak sedar, kita menjadi sebahagian daripada golongan yang memecahbelahkan rumpun-rumpun agama yang kian terungkai ini.

Kita menjadi teruja dengan secebis ilmu yang kita ada, untuk terus berdebat mempertahan pendapat. Bertikam lidah berbalas hujah dengan sesama saudara, sehingga kita sendiri tidak jelas mengapa sebenarnya kita berbahas. Ego membawa niat kita tersasar daripada memenangkan Islam kepada memenangkan diri sendiri.

Isunya bukan siapa benar siapa salah.

Isunya bagaimanakah dengan perbalahan kita itu memanfaatkan Islam?

Itu yang harus kita renung-renungkan sebelum lidah pantas mencanai kata.

Asasnya adalah sikap kita dalam mendepani kritikan, perbezaan pendapat, perbezaan fikiran dan sebagainya. Atau lebih islamik lagi jika kita sebut akhlak kita dalam menguruskan perbezaan.

Biarlah apa-apa pun yang kita hendak dan bakal lakukan, pertama niatnya kerana Allah. Kedua caranya perlulah menjurus ke arah merealisasikan matlamat pertama.

Bersatulah wahai saudaraku!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s