Jepun : Utopian Vision

Seminggu di Jepun sebagai seorang yang bermukim sangat berlainan keadaannya dengan keadaan seminggu yang setahun lalu sebagai seorang pelancong. Sebagai seorang yang bermukim,tektik untuk hidup(survival) sangat diperlukan.Jutaan terima kasih buat senior-senior yang sedia membantu kami selaku orang baru di Jepun. Berbalik kepada topik asal,apakah itu Jepun : Utopian Vision, apakah itu Utopian Vision? Mengikut Prof.Umar Faruq,seorang pensyarah politik di Universiti Hiroshima selama 17 tahun,Utopian Vision bererti menganggap sesuatu itu bersifat sempurna dan apabila kita mengaitkan Jepun dan Utopian Vision,kita seolah-olah mengakui bahawa Jepun tidak mempunyai apa-apa kelemahan.

“日本の社会は人間の社会ですよ!”(masyarakat Jepun adalah masyarakat manusia!)

Prof menolak mitos-mitos yang mengatakan bahawa masyarakat yang sempurna kerana orang jepun juga adalah manusia dan saya juga mengakui apa yang ditegaskan oleh Prof adalah benar. Sememangnya kita semua secara sedar atau tidak telah mengakui bahawa bangsa Jepun mempunyai sifat yang paling baik di atas muka bumi ini. Mereka adalah bangsa yang menepati waktu,mereka adalah bangsa yang berpegang pada janji,mereka adalah bangsa yang tidak pernah mengaku kalah dan mereka adalah bangsa yang sangat maju.Itu semua kita tidak boleh nafikan,jika anda tidak percaya,sila datang ke Jepun dan saksikan sendiri dengan mata anda.Tapi sebagai mahluk yang bernama manusia,mereka tetap mempunyai kelemahan.

Jadi saya cuba mencari,mana kurangnya Jepun. Mula-mula saya perhatikan manusia di stesen keretapi yang penuh sesak dengan harapan,dalam ribuan manusia yang ulang-alik di sini,pasti ada kelemahan yang akan saya jumpa. Semasa berdiri di tangga bergerak (escalator),satu perkara yang mengejutkan saya apabila orang jepun membahagikan escalator itu kepad a2 bahagian,satu bahagian (kebiasannya belah kiri) untuk mereka yang tidak bergerak(baca:malas) dan satu bahagian lagi untuk mereka yang ingin berjalan atau ingin bergerak pantas. Saya cuba mencari papan tanda yang memberi arahan sedemikian tapi saya gagal menemuinya.Maksudnya,mereka membahagikan bahagian itu mengikut kehendak mereka sendiri bukan arahan atau peraturan.

Hebatnya orang jepun dalam mematuhi peraturan,jika anda berada di lintasan zibra(hitam putih untuk menyeberang jalan),walaupun tiada kereta tapi lampu isyarat untuk pejalan kaki merah,mereka akan tunggu sehingga hijau. Kalau di Malaysia,kalau lampu isyarat merah dan ada kereta sekalipun,pejalan kaki tetap melintas jalan tanpa segan silu.

Di atas keretapi pula,mereka tidak akan duduk di tempat duduk khas orang tua,mengandung dan ibu yang membawa anak walaupun orang-orang itu tiada di situ.Kalau kita lihat bagaimana mereka mematuhi masa,mesti kita pelik bagaimana bas pun mampu menepati waktu yang ditetapkan.Tidak logik sebuah bas yang mempunyai jumlah penumpang yang berbeza-beza dan jenis penumpang yang mempunyai keperluan berbeza dan mempunyai masalah trafik mampu menepati waktu tapi mereka mampu. Sungguh mengagumkan mata yang memerhati.

Saya pun mula berfikir,bagaimana sebuah bas mampu menepati waktu yang ditetapkan.Di atas bas saya berfikir,saya ternampak sehelas poster yang ditampal di cermin menghadap laluan masuk ke dalam bas.

“マナ。ルール守ってください”(Jaga perangai dan peraturan)

Siapa yang tertengok pasti terbaca dan bacaan ini dalam sedar atau tidak mampu membentuk diri mereka,inilah psikologi. Seperti iklan Milo di setiap sudut jalan,hari-hari kita melihatnya sehingga kita menyangka setiap air coklat adalah Milo.Pernah anda ke kedai makan dan memesan air coklat? Jawapan pelayan hanya dua, “maaf encik,kami tiada air coklat” atau “air milo ke?” Kaedah yang diterapkan sama, dalam tidak sedar,tulisan yang selalu kita baca akan membentuk fikiran kita.

Bukan poster itu sahaja,bahkan ke mana-mana sahaja anda pergi,baik ke stesen keretapi ataupun atas bas sendiri,mesti ada larangan-larangan yang dibuat,baik dari segi tulisan malah dari segi pengumuman.Disebabkan hari-hari mereka didedahkan dengan peraturan, mereka secara tidak lansung telah mengikut peraturan itu dan bila manusia secara general mengikut dan mematuhi sistem yang dibuat, sistem itu akan sempurna.

Itulah yang cuba Islam sampaikan kepada kita.Islam mengajar kita supaya mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan supaya sistem Islam menjadi sempurna.Perhati dan hayati bagaimana sahabat-sahabat dan mereka selepasnya,mereka betul-betul menghayati dan mengamalkan Islam sehingga Islam menjadi Ustaziyatul Alam.

Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz,seorang pelancong dari Eropah datang melawat kandang biri-biri dan dia terkejut bila ternampak di dalam kelompok biri-biri itu ada seekor serigala. “Pelik benar tempat ini(baca:negera),di tempat saya serigala pantang nampak biri-biri,pasti dimakannya tapi di sini serigala dan biri-biri hidup bersama-sama.” Inilah kesan yang berlaku jika Islam diamalkan dari seorang hamba kepada raja,dari serendah-rendah amalan senyuman kepada berpolitik.

Kenapa orang Islam pada hari ini tidak mampu mengawal dunia seperti dulu kala? Jawapannya mudah,kerana kita tidak mengikut dan mengamalkan sistem yang dibuat oleh Allah. Islam ialah sebuah sistem yang dibuat oleh Pencipta kita,yang tahu baik dan buruk untuk kita,maka sistem itu sememangnya sempurna untuk kita amalkan. Masalahnya bukan sistem tersebut tapi masalahnya pada kita ,kita tidak mengamalkan sistem yang dibuat.

Bayangkan bangsa Jepun yang mengamalkan sistem yang dibuat oleh manusia pun mampu menggenggam dunia,inikan pula sistem yang dibuat oleh Tuhan kepada manusia.Logiknya,sistem yang dibuat oleh Tuhan lagi hebat dari manusia kerana Tuhan yang mencipta manusia,manusia yang mencipta sistem. Maka kalau Tuhan yang cipta sistem,pasti sistem itu lagi hebat dari sistem yang dibuat manusia.

Lantaran itu saya seru kepada diri saya dan pembaca sekalian,marilah kita mengamalkan sistem Islam,baik manusia ada di sekeliling kita ataupun tidak,supaya sistem yang sempurna itu lengkap dan menampakkan kesempurnaannya.

One thought on “Jepun : Utopian Vision

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s