Facebook – Bolehkah Kita Menggunanya?

Cerah: Facebook tu apa?

Akmal:Eh, bukan ko pernah guna ke?

Cerah: Oh, Facebook…Aku ingatkan apa. Aku ada tapi sekarang dah tak guna dah. Dengar cerita yang buat Facebook ni orang Yahudi. Tambah pulak dana dari facebook tu disumbangkan kepada orang Yahudi. So, aku tak guna dah la sekarang…


Berdasarkan perbualan dua orang senpai (senior) di atas (rekaan semata-mata) masih ramai di antara kita yang masih tertanya-tanya tentang hukum penggunaan Facebook. Tambahan pula, Facebook adalah sebuah laman interaksi sosial yang cukup terkenal dalam kalangan budak JAD dan sensei  (pensyarah). Berbalik semula kepada persoalan tadi, bolehkah kita menggunakan Facebook?

Dalam menentukan hukum menggunakan Facebook, beberapa isu perlu diperhatikan.

Bolehkah  Menggunakan Produk Ciptaan Yahudi?

Umat Islam dibenarkan menggunakan produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi perkara itu dalam ruang lingkup halal. Nabi Muhammad s.a.w sendiri seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih, telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran (al–rahn) dengan seorang Yahudi, Aisyah r.h.a berkata: “Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi Baginda s.a.w.”(Riwayat Al-Bukhari)

Apa pula yang dimaksudkan dengan “menyumbang kepada bangsa Yahudi atau keganasan Yahudi”? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada si penjual Yahudi juga adalah sebahagian bentuk sumbangan kewangan kepada Yahudi namun sama sekali tidak bermasalah di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ramai yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Tidak semua jenis sumbangan kewangan kepada Yahudi boleh dikategorikan sebagai dosa dan haram seperti jual beli secara halal tadi.

Cuma persoalannya di sini, adakah sumbangan atau tindakan itu akan menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Tatkala itu, ia bnar-benar boleh mnjadi isu hukum namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandaran kepada latar belakang peribadi si pengasas? Ia satu persoalan yang perlu diselesaikan secara adil dan memerlukan  bukti yang jelas, bukan dengan andaian itu dan ini.

Dana untuk Yahudi?

Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin? Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjaajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala tu barulah hukum harus berubah menjadi haram menurut sepakat ulama.

Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah, majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut, kecuali bagi mereka yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan). Oleh sebab itu, pengguna Facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka tidak berjual beli dengan Facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik Facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberikan keuntungan kepada pemilik Facebook, ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct’ membantu Facebook, tambahan pula tidak jelas sumbangan kepada keganasan Yahudi.

Kesimpulan

Selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah harus untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook, Malah jika ia banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia digalakkan. Jikalau terdapat unsur syubhah sekalipun, telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Penjelasan hukum ini dipetik daripada artikel Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, Ruangan Muamalat, Majalah Solusi

7 thoughts on “Facebook – Bolehkah Kita Menggunanya?

  1. amat berminat dengan post nih..boleh tak saya ambil untuk dipamerkan di blog saya yg tak seberapa…

    will put credit to azzariyat.com

  2. facebook=bukan berkonsepkan pay pre click
    facebook=pay pre view

    camne tuh?tgk je dana da trsumbang..huhu
    ade programmer yg wat kajian,server facebook ni laju smcm je bnding dgn server lain…2-3 akaun group islam yg aktif pon dinyahaktifkan..camna tuh?

  3. Jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

    Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s