Semua susah

Ini kali pertama saya menulis article Azzariyat di bumi Jepun. Kehidupan disini seperti yang dijangka, lebih sukar dari kehidupan di Malaysia. Tidak kira dari sudut mana sekalipun, semuanya seakan begitu sukar untuk ditempuhi.

Satu jam mencari makanan halal

Sampai sahaja di Tokyo, makanan yang disediakan  di dewan makan Hachioji Seminar House seperti sukar untuk ditelan, mungkin kerana lidah melayu ini belum boleh menerima makanan Jepun, menyebabkan ramai juga yang keluar mencari makanan di supermarket. Berbekalkan sebuah buku yang diberi oleh senior yang mana buku itu mengandungi senarai bahan-bahan yang tidak boleh dimakan, kami mencari makanan di supermarket selama satu jam. Hasilnya kami membawa pulang satu jenis roti dan sekotak air yang sudah dipastikan kehalalannya oleh senior. Ada makanan yang memang tidak boleh dimakan, ada pula makanan yang diragui kehalalannya. Terasa begitu sukar untuk mencari makanan sehingga mengambil masa berjam-jam hanya untuk memeriksa kandungan bahan dalam makanan.

Tandas OKU jadi sasaran

Mengambil wuduk di bumi sakura ini juga menjadi satu cabaran. Orang Jepun tidak suka lantai tandas yang basah, mereka juga mesti marah apabila tengok orang angkat kaki ke atas sinki. Sekadar berkongsi satu cerita pendek, suatu hari di Tokyo ketika menunggu proses mendaftar masuk ke negara Jepun, saya ke tandas bersama beberapa rakan lain untuk mengambil wuduk. Seperti biasa, apabila sampai bahagian kaki, saya menadah sedikit air lalu saya basahkan kaki saya. Maka agak banyak air yang jatuh ke lantai, setelah selesai berwuduk, saya bersiap-siap untuk keluar dari tandas tersebut. Ketika sedang bersiap-siap, seorang makcik ( orang Jepun) masuk ke dalam tandas dan mengambil tisu untuk lap air yang saya tinggalkan tadi. Saya dengan rasa malu dan bersalah terus memberitahu makcik tersebut bahawa saya akan lap air tersebut. Saya ceritakan kisah itu kepada seorang senior dan senior saya kata orang Jepun memang begitu, mereka tidak suka lantai tandas basah. Maka cara paling selesa dan selamat untuk berwuduk adalah di tandas orang kurang upaya (OKU). Tandas OKU disini ada bilik tersendiri dan tiada orang lain yang akan memandang pelik ketika kita berwuduk. Maka saya temui disini cara paling selesa dan mungkin paling selamat untuk berwuduk iaitu di tandas OKU.

Mencari tempat solat

Rakan saya pernah meminta kebenaran polis untuk solat di kawasan stesen keretapi di Tokyo tetapi tidak dibenarkan. Kami solat dikawasan tertutup di museum baru-baru ini juga menimbulkan kekecohan kerana ada pelawat yang memanggil polis apabila melihat kami menunaikan solat di kawasan itu. Sukar sekali mencari tempat solat. Berbeza sekali seperti di Malaysia. Kalau di Malaysia, tempat solat mesti di lapik sejadah, kalau keluar ke shopping complex sekalipun, pasti ada surau untuk kita menunaikan solat. Tapi disini, dekat shopping complex susah nak cari tempat untuk solat apatah lagi nak cari surau. Cara paling mudah adalah solat di fitting room. Masuk saja kedai baju, ambil beberapa helai baju, masuk ke dalam fitting room, letak kompas untuk cari arah kiblat dan terus solat.

Terlalu banyak kesukaran yang perlu ditempuhi disini, tetapi ia benar-benar  meningkatkan rasa tawakal kita dan rasa pergantungan kita kepada pertolongan Allah. Bagaimana nak berwuduk, bagaimana nak solat dalam waktu-waktu tertentu diberikan rukhsah dalam Islam. Jadi tidak ada alasan untuk kita meninggalkan perintah Allah walau dimana kita berada dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Semoga kesusahan yang kita hadapi di negara orang tidak menjauhkan kita dari Allah malah meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah kerana Allah sentiasa ada untuk membantu kita. Semoga kesukaran hidup yang ditempuhi di negara orang ini dapat  ‘memandu’ kita kea rah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s