Anda Bahagia?

http://www.youtube.com/v/mYVN9EG1u38&hl=en_US&fs=1&

Dunia ini penuh dengan falsafah dan perjuangannya yang tersendiri. Sejarah tidak pernah sunyi merakamkan bagaimana manusia mencipta, berpegang seterusnya berjuang untuk mempertahankan apa yang mereka percaya. Terus sejarah juga tidak pernah sunyi menceritakan kepada kita, bagaimana kisah-kisah ini, adalah unjuran daripada mereka yang mencari kebahagiaan.

Bahagia untuk diri mahupun orang lain.

Kini juga, diasak dengan segala ideologi dan fahaman, serta didorong semangat kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat, manusia makin berani mengemukakan pelbagai falsafah dan pengertian mereka tentang rahsia-rahsia hidup. Meski adakala falsafah itu dituduh sampah, dunia ini masih meraikan kelahiran pelbagai pegertian dan erti hakikat kemanusiaan saban hari.

Pernahkah anda tanyakan pada diri, apakah itu bahagia?

Apakah bahagia dalam diri anda?

Berbaloikah ia untuk dikejar? Setinggi mana nilainya dalam hidup anda?

Bahagiakah anda?

Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah,

Anda hidup,

Untuk pemikiran yang benar dan kukuh,

Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,

Persoalan alam yang lampau,

Persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya,

Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir,

‘Dari manakah aku datang?’

‘Ke manakah aku akan pergi?’

‘Kenapa aku dijadikan?’

‘Adakah aku hidup kembali?’

Hanya jalan itu, tak ada yang lain

Sudah puas kita melihat natijah insan-insan yang bertuhankan hawa nafsu,

Segala tindakan melulu,

Tanpa langsung berasaskan wahyu,

Oh!! Hanyalah jalan itu, tak ada yang lain…

Rosak diri, rosak jiwa,

Resah sini, resah sana,

Tak sudah-sudah penyelesaian masalah tak ke mana

Lalu…

Bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,

Terusir segala keraguan yang degil,

Terdidiklah fikiran yang waras,

Terciptalah akhlak yang mulia,

Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng,

Kepada jalan yang benar dan lurus,

Hidupmu akan dikurniakan nilai,

Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina,

Supaya matamu memandang di segala ufuk,

Ke arah cita-cita yang tinggi,

Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat,

Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fanaa’

Kau tudung bumimu dengan langit,

Dan para malaikat menjadi saksi,

Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia,

Itulah asas, itulah tiang serinya,

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik…

Dengan nama-Nya

Sambil melaungkan kalimah tauhid-nya

Maka yakinlah, yakinlah…

Sesungguhnya dialah orang yang

Berbahagia…

[adaptadi dari puisi nukilan Syeikh Qaradhawi]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s