Ayah Pin Berdakwah Di Facebook…

Lihat gambar di bawah:

Ajaran sesat bukanlah perkara baru di Malaysia atau tidak disedari. Antara ajaran sesat yang wujud ialah ajaran empat sahabat, cerang melilin, husin ali, tarikat aurad islamiyah, tarikat zikrullah, al-arqm dan banyak lagi (yang saya tidak berminat untuk lanjutkan di sini). Yang terbaharu ialah ajaran sesat ayah pin.

Nampaknya, ayah pin juga semakin maju kerana dia juga sudah ada facebook. Namun, berhati-hatilah dengan kesesatan yang cuba disebarkannya melalui facebook. Seharusnya, ada tindakan yang diambil terhadapnya kerana telah menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w di wall post nya serta menyebarkan ajaran sesat. Mari kita lihat kesesatan serta hujah melulu yang cuba disebarkannya:

1

Hukum boleh bernikah dgn kanak-kanak adalah hukum jahiliyah yg Muhammad bawa masuk dlm Islam. Berkata Al-Mutawaffi dlm kitabnya Al-Mujabbar: Brgsiapa berhukum pd zmn jahiliyah dan Islam redo dgn hukum itu maka jadilah ia HUKUM ISLAM. Hukum Islam memang tidak bertamadun membenarkan kanak-kanak kecil menikah, rendah tamadun mcm jahiliya

2

Berita di Kelantan budak 10 tahun dikahwinkan. Tok ayah x terkejut kerana Muhammad kawin dgn Aisyah pd umur aisyah 6 tahun dan menggaulinya pd usia 9 tahun. Bygkn lelaki berusia 50 tahun mlakukn seks dgn budak 9 thun. Sgt tidak brmoral nabi umat Islam ini. Inilah bukti rendahnya moral Islam yg diajar oleh Muhammad. Tinggalkan agama tidak brtamadun ini

Penjelasan untuk: kesesatan yang disebarkan dan kemusykilan ayah pin sendiri dalam hukum hakam Islam

Nabi Muhammaad Seorang Pedophile?
http://www.iLuvislam. com
effysaiful
editor: kasihsayang

Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan ‘Pedophile’ bererti
‘an adult who has sexual desire for children or who has committed the
crime of sex with a child..’. Ia bermaksud ‘seorang dewasa yang
mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang
melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. ‘

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta
memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi
merupakan seorang ‘pedophile’, berdasarkan fakta bahawa Nabi
mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun..

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa
umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang
digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan
beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan
yang memuaskan hati semua pihak.

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang
diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada
masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan
sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit
panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis,
jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan
kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu
mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan
sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami
isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di
serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah
menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia
dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan
seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah
menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi
s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak
merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan
sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya
menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia
hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang
undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab
ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada
kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin.
Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6
tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke
Madinah.. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi
berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab..
Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan
dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan
seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan
pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab
menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu
tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban
atau kejanggalan. . Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar
menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun
dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat
di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan
di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun. Begitu juga di
sebahagian kawasan di India dan Afrika. Malah di Tanah Melayu ketika
dulu, ramai di kalangan nenek kita yang berkahwin seawal umur 9 tahun!
Bagi yang masih mempunyai nenek yang lahir sebelum merdeka, cuba tanya
mereka.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya
berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi
s.a.w.

*coretan editor: wujud khilaf(perbezaan pendapat) ulama’ sirah
berkenaan umur sebenar Saidatina Aisyah berkahwin dengan Rasulullah
s.a.w. Maka sama-samalah kita berlapang dada.

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Alh, taatlah kepada Rasul dan Pemimpin yang dikalangan kamu. Jika berlaku perbalahan diantara kamu tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan (59) ”

Seruan

Marilah kita memperbanyakkan lagi ilmu agama agar kita tidak diracuni oleh ajaran sesat yang cuba dipengaruhi oleh golongan-golongan seperti ayah pin ini. Itulah pentingnya ilmu agama, kalau tidak, jadilah sesat macam ayah pin ni. Bukan sekadar sesat malah, cuba menyesatkan orang lain pula. Berdoalah kepada Allah agar diperkukuhkan iman supaya mati kita dalam iman sebagai seorang muslim dan mukmin sejati.

2 thoughts on “Ayah Pin Berdakwah Di Facebook…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s