Pastikan kamu tahu jawapannya!

Pada artikel kali ini, ada satu soalan yang ingin saya ajukan. Tinggi harapan saya agar semua dapat menjawabnya dengan betul. Kerana walaupun soalannya sangat pendek, namun ia amat penting. Salah jawapannya, terpesonglah kita. Betul jawapannya, selamatlah kita. Saya juga pernah terkapai-kapai dalam menjawab soalan ini, tapi Alhamdulillah telah saya temui jawapannya.

Setiap persoalan, pasti ada jawapannya. Cuma yang membezakan adalah berapakah bilangan jawapan yang wujud dalam menjawab persoalan tersebut. Ada soalan yang hanya ada satu jawapan mutlak, ada juga soalan yang mempunyai lebih daripada satu jawapan, ada juga soalan yang tidak langsung mempunyai jawapan.

Jika kita ditanya,

Siapa nama kamu?

Jawapannya:

Hanya ada satu sahaja jawapan yang betul. Iaitu nama kita sendiri. Jika nama kita adalah Ariff, maka Ariff lah jawapannya. Jika nama kita Hafiz, maka Hafiz lah jawapannya. Kemudian jika nama kita Aisyah, maka Aisyah lah jawapannya. Mana mungkin kita menjawab selain dari nama kita sendiri.

Baiklah, kita teruskan. Jika kita ditanya,

Apakah warna yang terdapat pada bendera Malaysia?

Jawapannya:

Akan wujud lebih daripada satu jawapan yang betul. Ada yang akan menjawab warna merah, ada yang akan menjawab warna merah, ada yang akan menjawab warna biru. Ada juga yang mengambil jalan selamat menjawab kesemua warna yang ada.

Kemudian, jika kita ditanya,

Apakan pendapat kamu tentang baju ini?

Jawapannya:

Boleh jadi beribu-ribu jawapan yang akan kita temui. Kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Namun semua jawapan itu tiada siapa yang dapat mengatakan ia betul atau salah.  Kerana jawapan kepada soalan pendapat boleh jadi apa sahaja.

Akhir sekali, jika kita ditanya,

Apa yang terjadi kepada kamu dua minit selepas sekarang?

Jawapannya:

Tiada siapa yang mampu menjawabnya. Kerana kita sendiri tak tahu apa yang akan terjadi kepada diri kita. Bukan dalam tempoh dua minit, bahkan sesaat sekalipun.

Baiklah.  Soalan yang saya ingin ajukan adalah,

Di mana ALLAH?

Pendek bukan? Namun jawapannya sangatlah penting, ia menentukan akidah kita. Jika salah jawapan anda pada soalan ini, maka terpesong jugalah akidah anda.  Ini soalan berat kerana ia melibatkan akidah. Saya risau tatkala membicarakan perkara ini, namun dengan sedikit ilmu yang saya perolehi, izinkan saya berkongsi, agar saya dapat membetulkan sesiapa yang mungkin tersasar.

Jika anda memberi jawapan ALLAH ada di mana-mana. Saya memohon lagi merayu, tukarlah jawapan anda dan bertaubatlah. Kerana jika itulah jawapan anda, anda SALAH! Menurut ulama’ salafussoleh, sesiapa yang berkata ALLAH ada di mana-mana, dia telah kafir. Tetapi bukanlah hak kita untuk mengkafirkan sesiapa, cuma itulah hakikatnya. Dan akidah para salafussoleh adalah akidah yang dipegang oleh imam kita iaitu Imam Syafie Rahimullah. Hal ini kerana, para salafussoleh berpegang pada Al-Quran dan  hadis nabi yang sahih bahawa jika kita ditanya, Di mana ALLAH? Hanya ada satu sahaja jawapannya yang betul. Dan yang pasti, BUKAN di mana-mana.

Dan jawapannya,

“Sungguh, Tuhanmu (adalah) ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas Arsy.

[Al-A’raf: 54]

“(yaitu) Yang Maha Pengasih yang bersemayam di atas Arsy.”

[Taha: 5]

“yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas Arsy, (Dialah) Yang Maha Pengasih, maka tanyakanlah (tentang ALLAH) kepada orang yang lebih mengetahui (Muhammad).

[Al-Furqan : 59]

“ALLAH yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy.

[Ar-Ra’d: 2]

“ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy.

[As-Sajdah: 4]

Selain firman ALLAH, terdapat sebuah hadis sahih yang memberi kita jawapan kepada soalan ini.

Ketika Mu’awiyyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya yang bernama Jariyyah, beliau membawanya kepada Rasulullah Saw.

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah ALLAH? (aina ALLAH?)” Jawab hamba itu: “ALLAH di langit(fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang sedia beriman)

[Riwayat oleh Jemaah ahli hadis, antaranya Imam Malik, Imam Muslim, Abu Daud, ad-Darimi,   An-Nasai’e]

Dan itulah jawapannya. ALLAH bersemayam di atas Arsy ataupun ALLAH beristiwa’ di Arsy. Itulah yang patut kita pegang dan itulah akidah kita. Cukuplah kita imani, ALLAH beristiwa’ di Arsy dan muktamad. Tidak perlu ditanya, tidak perlu disoal lagi bagaimana istiwa’ nya ALLAH. Kita dengar dan kita taat. Sifat ALLAH seperti istiwa’ dan sebagainya adalah milik ALLAH yang mutlak. Haram untuk kita bincangkan. Dan jika ada yang menukarnya, samalah hukumnya seperti mereka yang berkata ALLAH ada di mana-mana. Kerana ada juga yang dengan pemikiran akal yang sangat terbatas menukarkan perkataan istiwa’ kepada istawla.

Hal ini juga boleh memesongkan akidah. Jadi berhati-hatilah. ALLAH beristiwa’(bersemayam)  di Arsy. Bukan, istawla’(tinggi, berkuasa, memiliki) Arsy. Imam Syafie Rahimullah pernah menyebut, jika seseorang itu berkata ALLAH bersemayam di Arsy. Maka ikutlah orang itu. Tapi jika perkataan istiwa’ itu ditukar kepada istawla’, maka orang itu adalah pembohong besar. Jadi, betulkanlah pegangan akidah kita. Kerana akidah yang salah, akan membawa kepada syirik. Dan ketahuilah, jika kita syirik, berbuatlah kebaikan sebesar dunia sekalipun, solatlah sekhusyuk mana sekalipun, berpuasalah hatta setahun sekalipun, ia langsung tak akan membawa makna. Terhapuslah segala amalan kita jika kita syirik dan tidak bertaubat. Lalu kekal di neraka buat selama-lamanya. Nauzubillah.

“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”

[Surah Luqman :13]

“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.”

[Surah al-Ma’idah: 72]

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

[Surah an-Nisa’:48]

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”

[Surah az-Zumar : 65]

Jadi bersama-samalah kita perbetulkan kembali akidah kita. Mungkin dahulu kita tersilap, jadi bertaubatlah sesungguhnya ALLAH maha penerima taubat. Berpeganglah kita pada AL-Quran dan hadis. Nescaya kita akan selamat dunia akihirat.

Jika kita ditanya selepas ini,

Di mana ALLAH?

Pastikan anda tahu jawapannya  jawablah dengan yakin,

“ALLAH bersemayam di Arsy.”

Kerana DIA ada di situ…

One thought on “Pastikan kamu tahu jawapannya!

  1. nauzubillahiminzalik..brhati hti lah dngn perbuatn2 yg bleh mmbawa kpd syirik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s