Malukah kita?

Abu Hurairah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah SAW menjawab:

“Kamu berasa malu denganNya, sebagaimana kamu berasa malu kepada lelaki yang soleh dalam kalangan kamu.”

Kehidupan yang banyak mengajar

Maaf jika post kali ini juga berkenaan dengan jepun. Sedar tak sedar, sudah hampir 20 hari menjejakkan kaki di bumi sakura ini. Sedar tak sedar juga, banyak yang dipelajari di sini, walaupun kelas masih belum bermula. Kehidupan baru yang banyak mengajar erti bersyukur, banyak mengajar untuk lebih banyak berfikir tentang masa hadapan. Peningkatan umur barangkali, terasa diri ini terlalu tua untuk bersuka ria sahaja di sini. Banyak yang perlu difikirkan, banyak yang perlu dirancang untuk kebaikan diri sendiri.

Di sini juga ada Allah

Berada di perantauan kadang-kadang membuatkan kita merasa terasing dari segala-galanya.

Terhimpit di celah-celah ribuan orang di pasar Ueno.

Terasing dalam berpakaian di tengah-tengah Shinjuku.

Dipandang pelik sewaktu bersama-sama melihat keindahan sakura.

Tercampak ke laluan bawah tanah tepi cleaning room demi menunaikan janji pada tuhan.

Sehingga kadang-kadang mencabut rasa izzah dalam diri terhadap Islam yang dianuti. Mencabut rasa adanya Allah di sisi yang sentiasa memerhati. Hakikatnya walau di mana jua kita berada, Allah sentiasa ada. Malaikat, jin dan syaitan juga ada walau di bumi mana pun kita berada.

Teman, kita perlu kuat di sini

Teman, tiada yang menjaga kita di sini.

Teman, tiada lagi azan dan surau di sini.

Teman, tiada siapa untuk memerhati tingkah laku dan menasihati kita di sini.

Maka, kita sendiri perlu kuat di sini.

Kita sendiri perlu bergerak untuk membina benteng iman di hati.

Kita sendiri perlu bergerak mencari ilmu untuk kemudahan beribadah di sini.

Kita sendiri perlu bergerak mencari majlis-majlis yang mampu untuk mer’charge’ iman di hati.

Kita sendiri perlu bergerak untuk mengajar diri bahawa Allah sentiasa memerhati.

Teman, peliharalah ukhwah ini. Semoga bertemu dan berpisahnya kita keranaNya.

Semoga dengan rahmatNya kita mampu untuk membina bi’ah solehah disekeliling kita di bumi terasing ini.

Teman, malulah kita padaNya yang memberikan kita hidup sehingga hari ini.

Memberikan kita segala macam nikmat sehingga kita mampu berdiri seperti hari ini.

Maka, bergeraklah memimpin diri kita ke arah yang diredhainya, walau di mana jua kita berada.

One thought on “Malukah kita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s