Utopia (1) : Berani Bermimpi?

Utopia

“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.”

Suatu ketika dahulu, saya terbaca sebuah impian, tertegaknya sebuah negara Islam yang serba canggih dan moden namun masih teguh berteraskan nilai-nilai Islam. Polis menaiki kereta Ferrari mewah, berpakaian serba kemas, dan menjatuhkan hukuman denda berupa zikir. Pintu masuk restoran terpisah antara lelaki dan wanita. Restoran menawarkan hidangan untuk dimakan berjemaah di atas talam. Di restoran, ‘sembang-sembang kopinya’ tentang isu, hendak bersedekah Rm 5000, tetapi tiada yang sudi menerima kerana semua penduduk kaya raya. Dan di luar jendela restoran, ‘bullet train’ bersimpang siur, helikopter dan kapal terbang canggih berlegar-legar di udara, dipandu oleh lelaki-lelaki berjubah dan berserban.

Itulah gambaran sebuah negeri bernama Darul Taqwa.

Gambaran tentang bagaimana Islam mampu memimpin sebuah dunia yang berakhlak tinggi, pada masa sama mencapai puncak kemajuan material yang tertinggi.

Gambaran sebuah utopia…

Baru-baru ini, ada pembaca bertanya, bolehkah sistem Islam yang diamalkan oleh Rasullullah, dipraktikkan dalam kehidupan sekarang?

nak tnye pendapat penulis, kalaula kita(penulis, saya dan anda yg membaca) jadi pemimpin negara, and kita nak bangunkan negara kita jadi sebuah negara islam yang maju n boleh bersaing dengan negara2 maju sekarang, and semua aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya pun berdasarkan kepimpinan Rasulullah SAW dulu, penulis rasa possible atau x? and kalau possible, dan penulis dilantik untuk jadi ketua negara, apa langkah pertama yang penulis ambil supaya cita-cita kita boleh dicapai?

.

Sememangnya kita yakin masa depan adalah milik Islam. Oppss, yakinkah kita?

Mungkin gambaran Darul Taqwa (di atas) terlalu ideal dan mustahil untuk direalisasikan. Jadi mari kita cuba membayangkan sesuatu yang lebih mudah.

Beranikah kita membayangkan pembangunan materialistik di Mesir (contohnya), sebuah negara Islam akan mengatasi Jepun?

Atau beranikah kita membayangkan sebuah negara (Malaysia contohnya), berdiri tanpa rasuah dalam sistem pentadbiran?

Saya petik dari sebuah blog (http://jalananterus.blogspot.com/2010/02/islamisasi-malaysia.html):

Pertama, ketika 14Februari yang lalu, ketika saya sedang bercuti di Taiping, sempat saya menonton berita. Satu tajuk yang amat menarik perhatian saya adalah ketika mana pembaca berita memyampaikan berita yang bertajuk “Umat Islam diseru tidak menyambut “Valetine’s Day”. Bukankah ini suatu yang positif??  Jika selama ini hanya ustaz, ustazah, dai’e, dai’eah, dan yang seangkatan dengannya sahaja yang bertungkus-lumus menyebarkan fahaman ini, sekarang di kaca television sendiri terpaparnya perkara ini.

Kedua, kita dapat melihat bagaimana banyak pihak yang sebelum ini terlena dan tidak berapa mengendahkan tentang hal ehwal umat Islam di Malaysia, bangkit berjuang menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini mereka malu-malu alah hendak menyebut tentang Islam, sekarang mereka yang sedaya-upaya berusaha untuk membantah ketika sensitiviti umat Islam digugat.

Ketiga, wujudnya banyak blog, website, forum dan pelbagai lagi yang berunsur islamik. Tidak ketinggalan lahirnya akhbar iLuvIslam(bukan promote) dalam pasaran akhbar tanah air, merancakkan lagi kemeriahan taburan perkara yang berunsur islamik di Malaysia. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hanya mendengar ceramah-ceramah agama di masjid dan surau untuk menambahkan info tentang Islam, sekarang di mana-mana kita boleh mendapatkan info tersebut.

Keempat, berkembangnya pemikiran Islamik di kalangan pelajar-pelajar IPT di Malaysia, dan juga yang sedang belajar di luar negara. Walaupun dalam skala yang kecil, namun kerancakkan program-program berunsur Islam di kampus-kampus pengajian dalam dan luar negara jelas membuktikan perkembangan ini berlaku. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hanya pertandingan “battle of the band”, majlis tari-menari yang mempolopori program-program di kampus kita, sekarang program-program berunsur Islamik juga rancak memeriahkan kehidupan kampus.

Kelima, popularnya perkataan usrah arau halaqah di kalangan muda-mudi tanah air. Mungkin tidak sepopular futsal ataupun konsert, namun kadar kepopularannya makin meningkat dari hari ke hari. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hendak mendengar perkataan usrah pun terasa amat janggal, apatah lagi mengikutinya, sekarang sudah ada sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang mewajibkan pelajar Islamnya mengikuti program usrah umum atau nama lainnya, smart group.

.

Jangan salah faham, saya tidak berniat untuk menyokong atau membantah pendapat beliau, cuma menunjukkan bukti hujah kepada anda bahawa benih-benih masa depan adalah milik Islam seperti yang disyarahkan Fathi Yakan dalam kitab ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ sudah mula bertunas. Namun di sebalik itu, kita juga dihadapkan dengan kejadian-kejadian :

Kalimah Allah

Pelbagai pandangan, pelbagai pendapat, lambakan maklumat, lambakan perasaan, namun sedikit sekali tindakan?

Saya tak tahu main bola sepak. Tapi rasanya saya tahu prinsip permainan bola.

Ada yang menyerang, ada yang menahan (defence).

Kalau semua ahli dalam pasukan meyerang tanpa defend, jaring gol dalam keadaan bahaya. Kalau semua defend saja, bila nak menang ni??

Maka, usaha defend perlu, usaha serang juga perlu; malah lebih kuat lagi.

Seolahnya, bila isu-isu ’sensitiviti’ umat Islam dicabar, kita menahan. Kita larang guna. Kita tak bagi. Kita defend. Mogok, demo.

Tetapi, berapa ramai antara kita yang menyerang? Menyerang untuk menjaringkan gol?

(petikan blog sahabat)

.

Bakar

Bakar kerusi stadium.

Bakar gereja.

Bakar bayi yang baru sehari dilahirkan!!

Dalam seminggu 4 orang bayi dibuang di Malaysia!!!

Parti politik mana pulak nak bangun bicarakan isu ni, biar sehangat isu kalimah Allah?

.

Laman Web hina Islam (saya tidak berminat untuk bagi link di sini)

Penuh dengan segala persoalan-persoalan yang sengaja direka untuk mencabar iman.

Saya nak petik satu soalan pun serba salah, takut ada yang tak dapat jawab, tergugat pula akidah.

.

Selatan Thailand

“Seorang wanita Islam dan anak perempuannya ditembak mati di sebuah kebun getah di wilayah Narathiwat hari ini, kata pegawai polis, Kapten Heraman Jaedee.”

.

AJL dan Iluminati

Semua gempar kaitan antara unsur-unsur Iluminati yang terselit dalam kemahsyuran AJL. AJL itu sendiri, menepati syariah atau tidak, tidak pula kita hiraukan. Andai kata, memang AJL itu tiada kaitan dengan Iluminati, maka apa respons kita? Lega? Gembira?

Ye la kan, susahlah kalau nak ikut semua kehendak syariah. Tak boleh tengok TV la macam tu kan? Ada tak yang fikir macam tu?

Isu alam sekitar, Isu kemiskinan, Isu Palestin, … Di mana Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam?

.

Optimis dan Pesimis

Maka antara bersikap pesimis dan optimis, sejauh mana kita berani berdiri dengan keyakinan bahawa masa depan adalah milik Islam?

Terus, sejauh mana pula kita berani menunjukkan keupayaan atau benih-benih harapan, bahawa Islam akan menakluk masa depan?

Sejauh mana kita berani bermimpi, dan lebih penting lagi, memindahkan mimpi itu ke alam realiti?

Apa reaksi anda, (andaikan) jika saya, seorang Muslim, membuat kenyataan bahawa saya tidak yakin masa depan adalah milik Islam. Tegakah anda bangkit membetulkan pandangan saya? Bagaimana?

Saya tinggalkan persoalan ini terlebih dahulu, sehingga kita bertemu lagi dalam diskusi akan datang…

“Medan berfikir tidak sama dengan medan berbicara, Medan berbicara, tidak sama dengan medan beramal, Medan beramal, tidak sama dengan medan berjihad, Jihad yang betul, tidak sama dengan jihad yang salah…” [Hassan al-Banna]

8 thoughts on “Utopia (1) : Berani Bermimpi?

  1. Slm.
    Thanks penulis sbb bangkitkan isu ni dlm satu artikel khas. Tp maaf, saya masih belum puas hati dgn jawapan penulis.. =p

  2. alahai sahabat2, macam mana nak puas hati, mana ada jawapan kat atas tu… yg ada hanya persoalan… yg dilontarkan penulis, untuk mendengar jawapan anda… maka jawapan pada soalan di atas, anda yg memilikinya…

    berkenaan soalan saudara/i bukannamasebenar, yg saya copy paste dari artikel lepas, sy berniat membincangkan bersama2 jawapannya, dalam diskusi2 akan datang… hehe…

  3. perkongsian yg menarik… jzkk…

    p/s:hehe maaf copy paste artikel x mintak izin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s