Ada Apa Dengan Sadaqah?

Dari Abu Zar r.a., segolongan manusia daripada kalangan para sahabat Rasulullah SAW berkata kepada baginda, “ Ya Rasulullah, orang-orang yang mempunyai harta(orang-orang kaya) telah mendapat pahala(lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sepertimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sepertimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka”.

Berkata Rasulullah, “ Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan ma’ruf itu sedekah, dan melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan seorang kamu itu juga sedekah”.

Berkata mereka, “ Ya Rasulullah, adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu?”.

Berkata baginda, “ Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala”.  Diriwayatkan oleh Muslim. (Dipetik daripada kitab Hadith 40)

Berdasarkan hadith di atas, adakah ada lagi alasan untuk anda tidak bersedekah? Adakah anda sedar setiap sendi anda mengharapkan anda melakukan sedekah untuknya setiap hari? Adakah kita telah melaksanakannya permintaan tersebut? Adakah ianya mustahil untuk kita bersedekah setiap hari untuk setiap sendi-sendi kita? Adakah sangat sukar untuk kita berzikir 2-3 minit setiap kali selepas solat mahupun semasa waktu lapang kita? Kalau jawapannya tidak, anda mampu memenuhi hasrat setiap sendi anda, namun sebaliknya, anda akan jadi orang yang amat rugi di dunia dan di akhirat.

Melalui hadith ini, diri ini juga baru sedar betapa pemurahnya Pencipta kita, memberi pahala kepada kita dalam setiap pelakuan yang kita lakukan; bersandar kepada niat di hati kita juga. Perlu diingat juga walaupun niat kita ikhlas untuk mencari redha Allah SWT tetapi jika caranya melanggar hukum syara’, ianya tetap dikira berdosa. Orang yang berdosa pula tempatnya adalah neraka.

Baginda bersabda, “ Sesungguhnya Allah Maha Baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik”.

Allah telah berfirman yang maksudnya, “ Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik”. (An-Nahl: 97)

Adakah anda percaya, dengan hanya kita menyimpan 10 sen setiap hari, kita mampu menjana pahala yang berterusan? Bagaimana pula caranya? Mudah saja, dengan bersedekah 10 sen setiap hari ataupun dengan kita memasukkan duit yang kita kumpulkan tadi seminggu sekali ke dalam tabung masjid, kita telah menyimpan dana untuk menjana rezeki kita di akhirat kelak. Lebih-lebih lagi jika kita menderma wang yang kita kumpulkan tadi untuk kegunaan pembinaan masjid, surau mahupun pembinaan sekolah. Ianya akan menjadi sumberpahala kepada kita selagi mana banggunan tersebut digunakan untuk tujuan yang baik. Namun, berapa ramaikah antara kita yang berterusan memikirkan cara untuk menjana pahala yang berterusan itu? Kita mampu untuk beli pelbagai barangan kegunaan harian yang harganya mencecah ratusan ringgit namun adakah kita akan terus setia mengumpul 10 sen sehari untuk ‘membeli syurga’ di akhirat kelak?

Allah telah berfirman yang bermaksud, “jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik( bersedekah dengan ikhlas), nescaya Allah akan melipatgandakan(pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu…”. (At-Taghabun : 17)

Aristoteles pernah mengatakan, “ Manusia ideal adalah manusia yang gembira dengan pekerjaan yang ia lakukan demi kepentingan orang lain dan ia sangat malu jika ada orang lain melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebab, memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedangkan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tentang kegagalan”,

Allah juga telah berfirman yang bermaksud, “ Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu…”. ( Al-Isra’: 29)

Sesungguhnya terbelenggu jiwa disebabkan terbelenggunya tangan dari mengeluarkan sedekah. Orang-orang yang kedekut adalah orang-orang yang paling sesak dadanya dan sempit akhlaknya kerana mereka adalah orang-orang yang paling kedekut atas anugerah dan nikmat Allah. Ingatlah,wang yang kita perolehi juga merupakan ujian daripada Allah untuk menguji adakah kita bersyukur terhadap nikmatnya. Seandainya mereka sedar bahawa apa-apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebahagiaan kepada diri mereka semula, nescaya mereka akan segera melakukan kebajikan.

Percayalah, harta yang tersimpan pada kita bukanlah harta mutlak kita. Ianya akan hilang sebaik sahaja kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Namun, harta yang kita telah belanjakan (disedekahkan) untuk orang lain dengan ikhlas itulah yang menjadi harta mutlak kita yang akan menentukan tempat kita di akhirat kelak. Erti hidup dengan memberi. Mulakanlah menderma mulai hari ini walaupun dengan hanya 10 sen setiap hari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s