Fitrah itu mudah

Suatu masa dahulu, saya merasa sangat susah untuk berubah.

“Mulai hari ni, kalau boleh bercakaplah guna bahasa yang lebih sopan. Tak payah la cakap aku dan ko lagi…tukarlah jadi saya ke ana ke…”

“Same je kan maksudnye…cakap aku-ko bukan lagi mesra ke?”

“Tapi macam kurang sopan sikitkan…”

“hm….”

Persoalannya, mengapa perlu berubah? Kita sudah selesa menjadi diri kita yang hari ini. Hati meronta-ronta untuk melawan.

Ya, kerana hakikatnya kita sedar dengan keadaan kita sekarang, belum cukup untuk kita menggapai redha dan syurgaNya. Banyak yang perlu kita ubah. Pakaian, percakapan, kelakuan, niat di hati dan bermacam-macam lagi.

Dan kita juga sedar, kematian, balasan syurga dan neraka itu adalah pasti.

Berbagai-bagai alasan, konflik dalaman dan halangan yang akhirnya menyekat dan membantutkan perubahan kita.

“Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), –

Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,

Serta ia mendustakan perkara yang baik,

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;”

(al-Lail : 5 – 11)

Berjalan, mengembara dan melihat alam dan gelagat mereka disekeliling, akhirnya saya lahir dengan kesimpulan, fitrah itu mudah sebenarnya.

Semua orang inginkan kebaikan dalam hidup mereka, maka berbagai-bagai peraturan ditetapkan dalam hidup ini. Bukan untuk menyusahkan, malah memudahkan pengurusan hidup kita sebenarnya.

Semua kita tidak sempurna. Maka, kita perlukan tempat untuk bergantung hidup, mengadu masalah, mencurah rasa dan berkongsi pendapat. Tidak dapat tidak, akhirnya, kita tetap akan kembali mencari sesuatu yang dapat menolong kita.

Semua yang ada pada kita hari ini, bukan selamanya milik kita. Sedar atau tidak, dari kecil hingga ke hari ini, telah banyak yang hilang dari kita. Hingga akhirnya kita sendiri terpaksa menerima hakikat bahawa tiada yang kekal di dunia ini, termasuk kita sendiri.

Semua manusia mencari Tuhan. Kerana semua kita sedar bahawa wujudnya satu kuasa yang menguasai segala-galanya yang ada di alam ini.

Kembali ke fitrah yang mudah

Maka, di penguhujungnya, kita sendiri dapat melihat dan merasakan bahawa kembali kepada fitrah itu adalah perkara yang harus kita lakukan, demi kehidupan yang lebih baik di sini dan di sana.

Baik itu fitrah, cinta itu fitrah, dakwah itu fitrah, mencari Tuhan itu fitrah, sayang keluarga itu fitrah, tetap pendirian itu fitrah dan berbagai-bagai lagi.

Apa yang pasti, fitrah itu sifatnya mudah. Dalam erti kata lain, berubah ke arah fitrah itu mudah sebenarnya.

Kita hanya perlu membuat pilihan untuk berubah, dan Allah akan mempermudahkan laluannya untuk kita.

やる気があれば、できるよ!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Walaubagaimanapun masa silam kita, selagi kita ada kemahuan untuk berubah, berusahalah sehingga kita mampu untuk berubah.

“God gives us no power to change our past, but He gives us options on how we destined our future”

Semoga dengan rahmatNya, kesalahan-kesalahan kita dahulu diampuni. Yang pasti, masa depan itu di tangan kita untuk dicorakkan.

Kekuasaan Allah tidak berubah pun walau semua kita di dunia ini mengingkariNya.

Kitalah yang rugi sebenarnya, bila kita berfikir untuk berpaling dariNya. Kerana sesungguhnya, perubahan ke arah fitrah itu mudah sebenarnya!!

Mudah kerana rahmatNya


“Minggu ni awak pegi mane-mane tak? Nak lepak kat rumah awak boleh?”

“Boleh je…meh la…nanti saya masakkan grilled chicken untuk awak…”

Alhamdulillah, hari ini, saya tidak kekok lagi menggunakan saya-awak ketika berbicara. Kerana sopan dan berbahasa indah itu sifat Allah, berubah menjadi lebih sopan itu juga satu fitrah sebenarnya. Berukhwah keranaNya juga satu fitrah.

Jom kembali ke fitrah~

4 thoughts on “Fitrah itu mudah

  1. sememangnya kita perlu untuk kembali kepada fitrah…insyaAllah kegemilangan Islam juga akan bangkit bersama

  2. perlu kembali kepada fitrah… hmmm….

    camne nak tau sesuatu tu fitrah atau tidak? kalau yang mudah2 itu adalah fitrah, tinggal solat pun mudah juga… melanggar peraturan, meninggalkan suruhan, juga sesuatu yg mudah…

    di mana fitrah dalam kehidupan?

  3. Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith “Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi … (dan seterusnya)”

    Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud:

    “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
    (Surah ar-Rum: Ayat 30).

    Erti Kembali Kepada Fitrah:

    1.Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w.

    2.Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: “Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam”.

    3.Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian asal dirinya.

    4.Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi dirinya.

    5.Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan serta makna hidupnya.

    6.Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan, kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.

  4. huhu well said muz…

    p/s: ni yg rindu nak dgr ko bg tazkirah ni… hutang lama belum bayar kan?? huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s