Ingin Lari Dari Sunatullah?

Jikalau setiap ciptaan Allah di muka bumi ini memiliki akal dan fikiran, pasti kehidupan di dunia menjadi kacau bilau.

Hari ini saya melihat setiap ciptaan seolah-olah memiliki hati dan perasaan. Pepohon yang beralun ditiup angin seperti anak-anak kecil bersorak kegembiraan. Kerikil-kerikil jalan yang membahang, terik dilimpahi cahaya matahari petang umpama barisan tentera yang tidak gerun dihujani bom dan peluru. Rerumput menghijau, dihiasi bunga warna-warni dan menghampari muka bumi. Meredupkan setiap pandangan mata. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai wajahku lembut. Memberi ketenangan hati seperti memandang wajah ibu. Semuanya bagaikan berbicara bersamaku. Melebarkan senyuman tatkala melihat lirikan mataku.

Tiba-tiba hatiku berdetik. Kenapa manusia tidak seperti ‘mereka’?

Manusia

Manusia ciptaan Allah yang agung. Manusia diberi kelebihan dengan memiliki akal fikiran. Dengan akal, manusia dapat merungkai pelbagai rahsia alam, yang dulu sesuatu yang mustahil bagi pandangan mata manusia. Dalam kalangan manusia juga, utusan Allah diturunkan. Nabi-nabi dan rasul-rasul diberi ilmu untuk mengajak manusia ke jalan Allah. Sehinggalah nabi terakhir, nabi Muhammad s.a.w. juga seorang manusia biasa. Malah, Allah tidak melantik khalifah dalam kalangan tumbuh-tumbuhan mahupun binatang. Manusia menjadi pilihan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”…

Al-Baqarah ayat 30

Tidakkah anda berasa istimewa di sisi Tuhan? Tetapi kenapa masih ramai di kalangan kita yang ingkar?

Tumbuhan

Setiap tumbuhan memiliki akar yang bersirat dan panjang untuk menyerap air-air di dalam tanah. Tumbuhan diberi daun untuk menyerap cahaya matahari dan menghasilkan glukosa. Daun-daun juga mengurangkan karbon dioksida di muka bumi ini dan menghasilkan oksigen. Tumbuhan hanya ada dahan-dahan dan ranting-ranting yang merendang. Apabila tiba waktunya, ‘mereka’ akan menghasilkan buah-buahan yang di dalamnya terkandung pelbagai vitamin dan khasiat.

Namun, semua kelebihan yang ada pada tumbuhan menjadi manfaat kepada manusia. Air yang diserap oleh kaktus, menghilangkan dahaga si peneroka padang pasir. Dahan-dahan yang rendang menjadi tempat teduhan panas terik dan hujan basah. Buah-buahan menjadi makanan kepada manusia. Dan yang paling penting, oksigen yang dikeluarkan. Tanpanya, manusia tidak boleh hidup di alam ini.

Tapi, cuba bayangkan, tumbuh-tumbuhan semuanya mengingkari sunatullah. Mungkin  tidak ada lagi buah-buahan yang meranum untuk mengalas perut. Tidak ada lagi dahan tempat berteduh dari panas dan hujan. Dan yang paling penting sekali, tiada pertukaran karbon dioksida dengan oksigen berlaku. Jika perkara itu terjadi, bagaimana manusia hendak hidup di muka bumi ini?

Di sini, kita tahu dan sedar betapa pentingnya tumbuhan untuk mengikut sunatullah alam. Tetapi, kenapa ramai manusia yang hidup sesuka hati dengan melanggar setiap sunahtullah yang ditetapkan untuknya? Sedangkan tadi mereka tahu kerosakan akan berlaku sekiranya tumbuh-tumbuhan tidak mengikut sunatullahnya. Bukankah manusia dan tumbuh-tumbuhan itu sama? Kedua-duanya adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu hidup mengikut sunatullah masing-masing.

Manusia yang sememangnya istimewa, sering kali lalai dalam kelebihan yang telah diberi. Ketamakan dan kebakhilan menguasai diri.  Akal yang digunakan untuk berfikir kebesaran Allah dirosakkan. Tubuh badan yang cergas dibiarkan lemah. Amanah Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi diabaikan. Manual kehidupan (Al-Quran) ditinggalkan. Tetapi, kepuasan nafsu diutamakan. Kepentingan diri dipertahankan. Inikah yang diharap-harapkan oleh Allah terhadap hamba-hambanya?

Sebagaimana yang telah termaktub dalam manual kehidupan manusia:

Dan sungguh, dalam Al-Quran ini telah Kami (jelaskan) berulang-ulang (peringatan), agar mereka selalu ingat. Tetapi (peringatan) itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran).

Al-Isra’ ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.

Al-Kahf ayat 54

Maka, berhenti berlari dari sunatullah alam. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.

One thought on “Ingin Lari Dari Sunatullah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s