Sains Bukan Segalanya

Hari ini kita sibuk membelek Al-Quran dan mengaitkannya dengan sains dan kita jadikannya sebagai hujah untuk membuktikan Islam itu benar,Al-Quran itu sahih,Itulah yang kita perjuangkan baik kepada sesama Islam mahupun kepada orang bukan Islam. Satu kaedah dakwah yang sangat bagus dan berkesan. Contohnya ilmu Embriologi,ilmu tentang perkembangan anak di dalam perut Ibu,bagaimana Al-Quran boleh menceritakan proses pembesaran bayi dari satu kitaran kepada satu kitaran dengan cukup lengkap,malah dinyatakan pula bentuk bayi dari satu kitaran kepada satu kitaran lain. Sungguh mengkagumkan,mana tidaknya,bagaimana seorang nabi yang Ummi:

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri[al-jumuah:2]

Seorang yang tidak tahu membaca,tahu tentang ilmu embriologi?

Embriologi:

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.[al-mu’minun:14]

Ini kisah embriologi,kisah perlayaran di tengah laut pula,bagaimana seorang yang naik kapal pun tidak pernah mampu menceritakan tentang ribut di tengah laut?

Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.[luqman:32]

Baiklah,kita katakan Nabi tahu semua itu disebabkan orang lain bercerita kepadanya.Ada orang yang pernah ke laut dan menceritakan pengalaman kepada baginda.Tapi bagaimana pula dengan kisah lohong hitam?Bagaimana pula dengan kisah mawar merah di angkasa?

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;[ar-rahman:37]

Adakah orang-orang sebelum atau semasa zaman Rasulullah pernah ke angkasa?Adakah taleskop telah tercipa zaman Rasulullah?Betul,ilmu falak atau astronomi maju di zaman nabi Isa tapi zaman nabi Isa,taleskop belum dicipta jadi mustahil kejadian mawar merah ini diketahui oleh Rasulullah,melainkan ada satu kuasa besar yang memberitahu baginda.

Baiklah,banyak lagi bukti sains yang kita boleh tonjolkan melalui Al-Quran dan pastinya benar.Cuma,saya ingin membawa pembaca sekalian ke dalam alam tafakur,kita berfikir sejenak;Hari ini kita sibuk mencari fakta-fakta sains di dalam Al-Quran,jumpa orang kafir,kita berhujah menggunakan Quran Saintifik.Anak-anak muda kita(muslim),kagum melihat bukti-bukti yang ditunjukkan dan mereka juga sibuk meniru kita.

Apa yang perlu kita fikirkan ialah,bagaimana generasi yang ke sepuluh atau dua puluh tahun kemudian,bilamana mereka membesar dalam keadaan manusia berbicara Al-Quran tentang sains,aqidah mereka adalah Quran Saintifik,bila mereka tua,mereka terjumpa satu fakta sains dalam Al-Quran tetapi pada dunia nyata,benda itu masih belum terbukti atau wujud,adakah ketika itu mereka akan berpaling dengan Al-Quran walhal mereka yang tidak mampu merealisasikannya.

Saya bagi contoh,dalam kisah Nabi Sulaiman dan Balqis,tercatat bahawa ada seorang abid mampu memindahkan istana Balqis dalam sekelip mata.KAtakan itu ialah ilmu teleportasi atau pemindahan juzuk dan ilmu itu masih dikaji dan belum diiktiraf dalam dunia sains,jadi adakah al-quran salah?Tidak,al-quran tidak salah tapi itulah makna betapa kerdilnya kita.

Apa yang ingin saya ketengahkan,dalam asyik menjadikan Quran Saintifik sebagai hujah,kita mestilah jelas bahawa apa yang ada di dalam Quran itu semuanya benar walaupun pada dunia kita benda-benda itu masih belum wujud.Aqidah kita mestilah semantap para sahabat,ketika diberitahu tentang embrio,walaupun mereka tidak nampak,tapi mereka percaya. Tentang pelayaran,hamba abdi yang kerjanya di kebun kurma pun percaya walhal laut pun tidak pernah dia lihat.Inilah Aqidah yang perlu kita ada.

Jika sesuatu yang terkandung dalam Al-Quran belum wujud di atas muka bumi,jangan gelojoh,mungkin perkara itu akan terrealisasi bila kita berada di dalam kubur nanti,maksud saya,ketika anak cucu kita nanti.

pencetus idea:TCAM

3 thoughts on “Sains Bukan Segalanya

  1. Maaf pandangan adan tentang sains dan al-Quran sangat primitif, elok buat kajian dengan teliti dahulu sebelum menulis.

  2. terima kasih atas teguran,saya tidak menafikan memang betul al-quran banyak membenarkan sains cuma saya risau,kalau2 anak2 cucu kita terpesong melihat al-quran sebagai satu buku sains bukan lagi kata-kata dari Allah. Itu sahja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s