Kenapa Abu Bakar Tidak Syahid

Bila diimbas kembali tentang Khalifah Ar-Rasyidin,Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali,cara kematian mereka semuanya sama,mati dibunuh kecuali Abu Bakar. Saya pernah bertanya kepada Naqoba’,Ustaz dan Ustazah,apakah ada hadis atau sebab mengapa Saidina Abu Bakar mati dek uzur sedangkan 3 khalifah lain mati dibunuh tapi tiada jawapan yang konkrit mereka berikan,semuanya andaian-andaian dan bagi saya,walaupun jawapan mereka bukan jawapan yang kukuh,saya pasti andaian yang diberikan itu sangat tepat.Ya,mungkin anda semua tertanya,”awat budak ni,ajal maut di tangan Tuhan, cara mati pun Allah tentukan,so xyah la dot tanya benda-benda simple camni.”Mungkin pada anda ini perkara simple tapi saya yakin apa yang berlaku terhadap para sahabat,ada sebabnya.

Contohnya Khalid Al-Walid,apa jua peperangan yang disertainya,pasti dia menang dan pantang dengar seruan jihad,dia akan sertai.Niatnya hanya satu,untuk mencari syahid tapi kenapa dia mati di atas katil dalam rumahnya?Jawapannya, semasa beliau hidup,baginda pernah bersabda bahawa mana-mana peperangan yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang.Jadi,jika dia mati di medan peperangan,pasti Islam akan kalah disebabkan Khalid Al-Walid merupakan General Islam.Kalau Khalid Al-Walid pun cara matinya bersebab,ini pula kekasih no.1 Rasulullah.

Islamnya Abu Bakar As-Siddiq

Ramai yang tahu Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat pertama yang memeluk Islam,tapi berapa ramai yang tahu bagaimana dia memeluk Islam.

Abu Bakar pernah menceritakan pengislamannya kepada Ibnu Mas’ud,katanya “Aku pernah ke Yaman dan berjumpa dengan seorang tua.Dia rajin membaca kitab dan telah mengajar banyak murid.Lalu dia berkata kepada ku:

Orang Tua : Saya rasa tuan datang dari Tanah Haram(Makkah)

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Apakah tuan berbangsa Quraisy

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Apa yang saya lihat,Tuan ini dari keluarga Bani Tamim?

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Ada satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada tuan iaitu jika tuan tidak keberatan,benarkan saya melihat perut tuan.

Abu Bakar : Saya tidak benarkan selagi tuan tidak perjelaskan niat sebenar tuan kepada ku

Orang Tua : Sesungguhnya,menurut ilmu yang ada padaku,seorang Nabi Allah akan diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh 2 orang sahabatnya yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam kesusahan.Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus,ada tahi lalat di perutnya dan ada sesuatu tanda di paha kirinya.Apakah sudi tuan memperlihatkannya kepadaku.

Lalu Abu Bakar membuka bajunya dan memperlihatkan tahi lalat di perutnya.

Orang Tua : Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,tuanlah orangnya!

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana menguruskan perniagaan dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, “Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

“Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Makkah. Setibanya aku di Makkah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, “Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, “Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, “Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, “Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, “Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!

Aku pun bertanya kepada baginda, “Apa buktinya?

Jawabnya, “Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.

Aku menambah lagi, “Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, “Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, “Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, “Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku benkata, “Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Itulah kisah keislaman Abu Bakar As-Siddiq,manusia yang diibaratkan;

Kalau dikumpul semua kafir di atas muka bumi ini,tidak akan sama dengan seorang Muslim.Kalau dikumpulkan semua orang Muslim,tidak akan sama dengan para sahabat.Kalau dikumpul semua sahabat,tidak akan sama dengan Abu Bakar.

Pengorbanannya dalam dakwah Islam memang tidak boleh dicanggah lagi.Suatu ketika Jibril datang berjumpa dengan Nabi dalam keadaan berpakaian guni dan berbutang duri,lalu Rasulullah bertanya, “Wahai kekasihku,kenapakah kamu berpakaian sebegini?”Lantas Jibril membalas, “Wahai kekasihku,Allah telah memerintahkan kami(malaikat) untuk berpakaian sepertimana Abu Bakar berpakaian.Tatkala umat Islam diseru menginfakkan harta ke jalan Allah,Abu Bakar telah menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah hinggakan bajunya daripada guni dan butangnya daripada duri.”

Begitu juga semasa peristiwa Hijrah.Tatkala Rasulullah ke rumah Abu Bakar untuk memulakan misi Hijrah,alangkah terkejutnya baginda bila melihat Abu Bakar sudah siap dengan 2 ekor unta untuk bergerak.”Bilakah kamu bersiap Abu Bakar?”Soal Rasulullah.Abu Bakar menjawab, “dari hari kamu warwarkan kepadaku bahawa perintah Hijrah telah turun kepada mu Ya Rasulullah.”

Andaian Kematian Abu Bakar

Disebabkan pengorbanannya yang besarlah membuatkan saya tertanya mengapa cara ajal menjemputnya berbeza dengan khalifah-khalifah yang lain.Benar,tiada jawapan atau hadis nabi yang menceritakan tentang kematian Abu Bakar tapi saya yakin dengan andaian seorang Alim kepada saya:

Alim : Pernah dengar, “kalau dikumpulkan segala pahala umat Islam,pasti tidak dapat lawan pahala Abu Bakar As-Siddiq.

Saya : Ya,pernah.

Alim : Ana tidak ada hujah yang kukuh,ini sekadar pendapat.Mungkin,Allah matikan Abu Bakar berasbabkan uzur kerana kalau tiada pahala syahid pun,dia sudah mempunyai pahala yang terlampau banyak.Ana tidak kata khalifah lain tidak mempunyai pahala yang sedikit,tapi mungkin Abu Bakar tidak perlukan pahala Syahid untuk bersalaman dengan malaikat-malaikat.Wallahua’lam.

Perlu diingatkan,ini sekadar andaian,bukan fakta atau hadis,jika salah,sila tegur.

“Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!’ (Abu Bakar As-Siddiq r.a)

6 thoughts on “Kenapa Abu Bakar Tidak Syahid

  1. bagus kongsi2 kisah2 para sahabat..
    kadang2 kite manusia terlupa..kongsi2 ni boleh mengingatkan sesama kite..

  2. kat atas ni link ceramah bertajuk biography of Abdullah Ibnu Maas’od. disampaikan oleh seorang penceramah yang mantap. sharing is caring! hehehe

  3. @tokidoki&miss 24: kalo ada yang ingin dikongsikan bersama,jangan segan emailkan pada kami😀

    @amirhailmi:thx,dah dengar n 5star!

  4. syukran very much krana sudi berkongsi ilmu…. al ilmu bila amalin khasshajari bila samarin (ilmu yg x d amal spt pokok yg x berbuah)(”,)

  5. Hmm, pndgn yg blh diterime jugak.
    n terfikir n tertanye2 jugak psl ni.
    ~ smoge kite boleh amek teladan dr kisah para sahabat yg begitu tggi akhlaknya,

    ~Be Muttaqin, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s