such a beautiful story

Such A Beautiful Story…

Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room’s only window. The other man had to spend his time flat on his back. The man talked for hours on end. They spoke about their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in military service, where they had been on vacation. Every afternoon, when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window. The man in the other bed began to live for those one hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activities and colours of the world outside. The window overlooked a park with a lovely lake, ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. A fine view of the city skyline could be seen in the distance. As the man by the window described all these in exquisite details the man on the other side of the room would close his eyes and imagine this picturesque scene. One warm afternoon, the man by the window described a parade passing by. Although the other man could not hear the band, he could see it in his mind’s eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words. Days, weeks and months passed. One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospitals attendants to take the body away. As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window, the nurse was happy to make the switch and after making sure he was comfortable, she left him alone. Slowly, painfully, he propped himself up in one elbow to take his first look at the real world outside. He slowly turned to look out the window beside the bed. Surprisingly, it faced A BLANK WALL!! The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window. The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall. She said “Perhaps he just wanted to encourage you”.

“There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.”

Ini adalah email yang saya dapat beberapa bulan lalu. Mungkin ada yang pernah membaca email ini, tapi bagi saya cerita ini pendek dan menarik untuk dikongsi. Emak saya yang menghantarnya pada saya. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang emak saya mahu sampaikan, tapi mungkin dia mahu sampaikan ayat terakhir itu pada saya.

“There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.”

Kita sering tercari-cari perkara yang mampu membuat kita gembira. Mahu melihat sesuatu yang mampu membuat kita tersenyum. Kita mahu rasa gembira dan kita mahu orang buat kita gembira. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membuat orang lain gembira? Kerana rasa gembira itu milik ALLAH dan kegembiraan yang sebenar adalah apabila kita membuat orang lain gembira. Dan senyuman paling indah akan terukir dalam hati kita tatkala kita membuat sahabat kita, guru kita dan keluarga kita tersenyum. Sama seperti bersedekah, begitulah juga ibaratnya membuat seseorang itu rasa gembira. Kalau kita banyak bersedekah, ALLAH akan tambahkan rezeki kita. Dan kalau kita banyak menyumbangkan kegembiraan, nescaya ALLAH akan beri kita lebih banyak kegembiraan. Bukan sukar untuk membuat orang gembira, hanya dengan sekuntum senyuman sudah cukup. Kalau untuk emak kita, tak perlu bersusah payah, sekadar satu mesej selamat malam atau ‘saya sayang mak’ sudah cukup untuk membuat ibu kita berbunga gembira. Lagi satu, sebagai balasannya bukan sahaja kegembiraan yang kita dapat tetapi juga gandaan pahala yang dijanjikan olehNYA.

Tapi macam mana pula kalau kawan kita tu selalu menyakiti hati kita? Orang dah sakitkan hati kita, takkan kita nak baik dengan dia? Betul. Kalau mengikut norma kehidupan, begitulah aturannya. Tapi dalam keindahan Islam, ia tidak begitu. Islam mengajar kita membalas kejahatan dengan kebaikan. Kerana apa? Kerana api tidak mungkin terpadam dengan api. Saya akui mungkin susah untuk berbuat baik terhadap orang yang menyakiti kita, tapi berusahalah. Susah itu kerana kita yang berkata susah. Kerana kita terpedaya dengan hasutan syaitan yang membisikkan dendam dalam sekeping hati kita. Bila kita disakiti, rasa marah pasti akan terbit dalam hati kita, dan jika kita membalas semula dengan menyakiti hatinya kembali, kita sama sahaja seperti dia. Tak ada bezanya kerana kita juga menyakiti hati orang lain. Jadi, dengan secebis iman di dada kita, lawanlah dan teruslah menggembirakan orang sekeliling kita.

Rasulullah sendiri membalas kecaman dan kejahatan yang dilemparkan kepada baginda dengan kebaikan. Tatkala orang-orang thaif mencederakan baginda, tiada rasa dendam dalam hati baginda malah sepotong doa yang Rasulullah panjatkan kerana baginda yakin ada antara orang-orang selepas mereka yang akan beriman kepada ALLAH. Tapi mungkin ada yang akan berkata,

“Rasulullah lain. Baginda mampu untuk membalas segala kejahatan dengan kebaikan. Tapi saya ni, iman pun tak seteguh mana.”

Inilah pemikiran yang salah bagi saya. Kerana kita bukan Rasulullah lah kita tiada hak untuk menyakiti hati yang lain. Sedangkan Rasulullah yang maksum itu tidak mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap pihak yang menyakitinya, inikan pula kita seorang hamba yang hina. Bukan begitu?

Jadi, jika ada sahabat yang menyakiti hati kita, janganlah menyimpannya dalam hati. Kerana mungkin jauh di dalam sudut hatinya dia tidak berniat untuk menyakiti hati kita. Malah, jika dia berniat sekalipun, janganlah kita turut mengikuti jejak langkahnya yang berniat menyakiti hati sahabat sendiri.

Sesungguhnya rasa gembira itu ada pada hati-hati yang menggembirakan insan lain.. InsyaALLAH..

7 thoughts on “such a beautiful story

  1. Subhanallah…br hari ni aku sdar btapa benarnye kata2 tersebut iaitu ‘kegembiraan sbnr ialah apabila kiter berjaya mmbuat org lain gembira’…thanx for the story..really nice

  2. Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda,
    “Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya.”

    (riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

  3. salam.. thanx for the beautiful story..do appreciate people around us.. spread the love..

  4. the most beautiful thing is to see others smiling…
    more beautiful than that, is knowing you are the reason behind it…

    p/s: cerahjeff?? ade improvement hehehe

  5. lupelak nak quote: Azzariyat|Memberi Erti Pada Diri

    @Euforia:Hidup mesti ada improvement,kalau takde baik takyah hidup..huuhhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s