Ujian Itu Satu Anugerah

Saya ingin bertanya satu soalan kepada anda. Adakah anda memberi sepenuh kepercayaan kepada kata-kata rakan anda?

Di dunia ini, semua orang boleh dikatakan mempunyai rakan lebih daripada seorang. Dan dalam ramai-ramai rakan yang anda miliki, pasti salah seorang daripada mereka seorang yang anda percaya, jujur tutur kata, sentiasa ikhlas dalam memberi pendapat, memelihara hubungan dengan Allah dan manusia, dan sentiasa melakukan sesuatu yang berlandaskan syariat.

Lagi sekali saya ingin bertanya. Sekiranya rakan anda menyampaikan sesuatu yang baik, adakah anda akan percaya dengan kata-katanya?

Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, adakah anda percaya dengan kata-kata Allah? Tuhan yang menciptakan segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Tuhan manusia yang memiliki nama-nama yang baik. Yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang memberi memberikan rezeki kepada sekelian mahluknya di muka bumi, yang memiliki seluruh alam, dan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Sekiranya anda beriman, insyaAllah anda akan percaya kepada setiap kata-kata-Nya. Sebab percaya kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu daripada rukun iman.

Alhamdulillah, sekiranya anda percaya kepada kata-kata Allah. Jadi, seandainya saya ingin mengeluarkan kata-kata Allah ini, saya harap anda akan turut percaya kepadanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut,29:2-3)

Kenapa manusia diuji? Pernahkan persoalan ini bermain-main di fikiran anda? Atau pernahkah anda tertanya-tanya kenapa ujian Allah itu datang bertali arus, seperti air yang mengalir di sungai? Nah, inilah jawapan kepada semua persoalan anda. Setiap penciptaan Allah pasti ada sebabnya. Maka, ada sebab kenapa Allah ciptakan manusia di muka bumi ini. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi khalifah di bumi dan manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri mereka kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

agar mereka beribadah kepadaKu.“

(Surah Az-Zariyat,51:56)

Mari kita sama-sama berfikir seketika. Lihat sekeliling anda. Tenung betul-betul. Betapa luas dan besarnya ciptaan Allah. Merangkumi penciptaan langit dan bumi yang berlapis-lapis sehingga tidak terjangkau oleh teknologi kini. Malah pancaindera yang dikurniakan olehNya juga terhijab daripada menjangkau semuanya.  Di angkasa raya saja sudah ada beribu-ribu bintang yang saiznya berlipat kali ganda lagi besar daripada bumi yang kita duduki ini. Neptune, Zuhal, marikh dan bermacam-macam lagi plenet yang belum diterokai oleh manusia. Subahanallah, betapa luasnya penciptaan Allah di alam semesta ini.

Rakan-rakan. Tidakkah anda sedar  di manakah kedudukan anda di alam jagat ini? Adakah anda signifikan di dunia ini? seandainya alam semesta ini boleh dipetakan, belum tentu kewujudan kita di peta alam semesta ini sebesar titik noktah. Mungkin kita tidak dapat disignifikasikan di dalam peta tersebut kerana betapa kerdilnya manusia berbanding ciptaan Allah yang lain. Namun, tidak sedarkah anda bahawa Allah sentiasa merasai kewujudan hamba-hamba manusianya. Tapi, bagaimana kita tahu? Semuanya kerana ujian, musibah, kesusahan kepayahan dan  segala bentuk masalah yang diberikanNya kepada hamba-hamba manusiaNya ini. Dan dengan ujian yang diberikan itulah menunjukkan betapa Allah sedar akan kehadiran kita di alam ini. Betapa signifikannya manusia di sisi tuhannya.

Tapi, kenapa setiap kali kita di timpa pelbagai kesusahan dan kepayahan, kebanyakan daripada kita tidak bersyukur? Bukankah ujian itu satu penganugerahan yang Allah berikan kepada kita? Anugerah yang menunjukkan bahawa Allah sedar akan hadirnya kita di bumi ini. Anugerah yang melambangkan betapa Allah sayang akan kita.

Nah, rakan-rakan. Seharusnya, kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa jua yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran,3: 200)

Oleh itu, janganlah kita bersedih hati dengan segala ujian yang diturunkan kepada kita. harungilah dengan tabah dan sabar semoga sesuatu yang lebih baik itu akan muncul di sebalik kesabaran yang telah kita semai. Semoga ilmu yang sedikit itu dapat dikongsikan bersama. InsyaAllah.

4 thoughts on “Ujian Itu Satu Anugerah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s