Utopia (3) : Futon~

Di Jepun sekarang ini, cuaca sangat sejuk (setidak-tidaknya di tempat saya begitu). Di sesetengah tempat, adakala salji turun. Kalau hujan, lebih mencabar. Dengan angin yang begitu kuat, membawa basikal 10 minit ke kampus boleh menjadi mujahadah yang begitu besar. Cuba  bayangkan, dengan cuaca yang sebegitu sejuk, anda sedang tidur di bawah selimut yang tebal, hangat dan selesa (futon dalam bahasa jepun). Tiba-tiba datang rakan anda mengejutkan anda,

“Minah, bangun Minah… Bangun pergi kelas”

Apa reaksi anda? Kalau kat Malaysia tu, waktu subuh, selimut rasa macam 10kg beratnya nak ditolak dari badan, di Jepun ni, futon tu dah macam 100kg nak ditolak. Berat sangat…

Saya tak tahu anda bagaimana, tapi kalau saya, mesti saya menggeliat-geliat dulu di dalam futon, dan bermalas-malasan. Mencari-cari alasan untuk melewat-lewatkan bangun dari tidur…

“Ala aku penatla, kejut aku lagi 10 minit… Sempat lagi kan nak pergi kelas~”

Tapi bagaimana pula kalau anda terlewat bangun? Ada lagi 15 minit sebelum kelas bermula, dan jarak dari rumah anda ke kampus mengambil masa 7 minit? Kelas tu pula sangat penting, yang menyebabkan anda tidak boleh ponteng sama sekali. Sempat lagi nak bermalas-malas?

Masa tu, tak kira la sejuk ke tidak ke, hujan ke tidak, mandi ke tidak, dalam keadaan tergesa-gesa anda akan bangun untuk bersiap, betul tak? Tak fikir dah apa-apa,dalam hati cuma berdoa agar sempat sampai.

.

Qum Faanzir

Suatu ketika dahulu, Allah menyampaikan arahan kepada Rasul, bangun dari berselimut dan sampaikan peringatan!

يَاأَيُّهَاالْمُدَّثِّرُ

قُمْفَأَنْذِرْ

Wahai orang yang berselimut!  Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Arahannya tegas dan jelas, tiada ruang nak bermalas-malas. Qum Faanzir, bangun dan beri peringatan. Tegas dalam satu ayat, satu lafaz! Takde nak mintak 10 minit ke, penat ke, letih ke, tak tahu buat ke, Allah suruh bangun! Kenapa sebegitu sekali tegas arahan Allah?

Tugas mengingatkan manusia ke jalan kebenaran, sebelum tamat waktunya (kematian) merupakan tugas yang sangat berat. Apatah lagi, kalau manusia yang Allah suruh kita peringatkan tu, tak mahu diingatkan. Mengajak manusia ke arah sesuatu yang dia tidak tahu (syurga, pahala, akhirat), dan menyuruh mereka mengorbankan apa yang mereka mahu (jual berhala, minum arak, berzina), bukanlah tugas yang ringan bagi manusia, walaupun manusia itu ialah Rasul, kekasih Allah. Oleh sebab itu, tugas dakwah adalah tugas yang paling berat dipikul oleh manusia di dunia ini.

Disebabkan tugas ini berat, tak ada masa lagi nak bermalas-malas. Bangun sekarang jugak, sampaikan peringatan sekarang, kalau tangguh-tangguh nanti tak sempat capai matlamat! Macam situasi kat atas, terlewat bangun nak pergi kelas…

Nabi buat apa masa tu? Terus bangun dan berkata pada Khadijah “Telah berlalu masa tidurku (rehat)”.

Sebelum tu saya nak ingatkan lagi sekali, nabi ni manusia biasa. Anda rasa nabi tak takut ke masa dapat perintah tu? Saya pernah menulis tentang ini, di sini.

.

Sampaikan peringatan…

Kita harus bangkit untuk berjuang. Nak berjuang sampai mana? Sampai Islam jadi ustaziatul alam, sampai Islam jadi yang paling tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Sampai kita boleh buat program di Palestin atau di White House. Sampai kita boleh jadi macam zaman dulu-dulu, bila ada seorang wanita Islam diganggu, khalifah hantar surat, mengancam untuk menghantar bala tentera yang besar, hinggakan kalau tentera pertama sampai ke negara tu, tentera terakhir belum keluar lagi dari negara Islam.

Sampai kita jadikan Islam rahmatan lil alamin (rahmat ke seluruh alam).

Kan ke besar beban tu? Boleh ke lagi, dengan beban sebesar tu, dengan kita tahu kemampuan kita ni takdelah hebat mana, umur pun takdelah panjang mana, kita masih lagi nak bermalas-malas?

Saya buat kursus engineering, sahabat-sahabat di JAD pun macam tu jugak. Cuba bayangkan kita gagal, tak dapat fly ke Jepun, sedih tak? Ataupun gagal tak dapat tamatkan ijazah dalam kejuruteraan, kecewa tak? Mesti ramai orang cakap, dah banyak habiskan duit rakyat, tak berjaya pulak, membazir je. Tapi kalau kita gagal dalam misi kita menjadi khalifah Allah, ada tak orang nak cakap, Allah dah banyak bagi peluang, tak nak guna, membazir je? Atau ada tak kita nak rasa kecewa gila, frust menonggeng dengan diri kita yang tak sedar dek untung, bermalas-malas tunaikan amanah?

Jadi sebab amanah ni terlalu lah besar, tak ada ruang lagi nak bermalas-malas. Lepas tu, Allah sambung pula,

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Dalam tafsir fi zilal, Syed Qutb terangkan, ayat ini, Allah nak ingatkan pada nabi, bahawa dunia ni dan seisinya kecil je. Allah yang Maha Besar dan Maha Agung. Jadi kalau lepas-lepas ni, Nabi terima penentangan ke, rasa susah ke, rasa berat ke, rasa macam halangan-halangan terlampau banyak, maka kena ingat, semua penentangan dan halangan tu kecik je nak dibandingkan dengan Allah. Maka selalu lah ingat Allah dan minta pertolongan dari-Nya.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

[2:152]

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[2:186]

.

Sang Pemimpi

Saya nak kongsikan 3 ayat ni dulu. Saya anggap anda semua telah bermimpi dalam diskusi sebelum ini [Utopia (1), Utopia (2)].

Saya harap 3 ayat ni cukup untuk sedarkan kita dari mimpi, dari tidur lena, dah takde masa nak bermalas-malas, kita kena bangun sekarang jugak dan mula bekerja! Bekerja ke arah mimpi kita!

Saya tak tahu apa mimpi anda. Tapi saya anggap kita sedang bekerja untuk membina impian yang kita harapkan, Islam yang tertegak memimpin manusia dan alam. Rasa macam mustahil, macam tak logik je kan nak bina tempat macam tu, dengan keadaan Islam sekarang ni? Membina sebuah utopia… Tapi kita lah warga yang akan membinanya.

Selamat datang warga Utopia, ke arah dunia yang kita impikan~

Insyaallah selepas ini, akan saya kongsikan, apa langkah pertama yang harus kita buat! Sebelum itu bangkit dari mimpi, dan bersihkan diri… dan juga hati…

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

[74:4]

.

“Setiap orang dapat berfikir dengan mudah,namun tidak semua fikiran yang terpendam dalam diri seseorang boleh diekspresikan dalam perkataan. Banyak orang yang boleh berhujah, tetapi hanya sedikit dari mereka yang sanggup bertahan (sabar) ketika beramal. Masih banyak orang yang mampu beramal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat dan beramal secara berkesinambungan. Orang-orang yang berjihad itu adalah pendukung-pendukung pilihan yang sangat jarang dan sedikit, tetapi mereka juga boleh tersalah jalan dan tidak mencapai tujuan jika tidak mendapat bimbingan daripada Allah”

[Hassan al-Banna]

rujukan :

tafsir fi zilal : surah mudathir

http://ummuafeera.blogspot.com/2010/04/almudathir-1.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s