Allah Buli Kita?

Berkerja part-time di University memberi saya satu pengalaman yang menarik,pengalaman berkerja bersama dengan orang-orang Jepun yang usianya 3 kali ganda dari umur saya sekarang.Ya,mereka sangat peramah dan melayan saya dengan baik.Sebelum kerja dimulakan,saya beramah mesra dengan majikan saya, walaupun dia seorang yang boleh dilabelkan sebagai “orang tua yang tidak patut dilayan serius”,kata-kata yang keluar dari mulutnya tetap mencetus idea kepada saya untuk berkongsi dengan anda semua dan artikel ini bukan artikel tentang kehebatan orang Jepun tapi artikel tentang Aqidah kita dan mereka.

Disebabkan saya masuk lewat ke dalam bilik utama,saya terlepas dialog yang berlaku antara kawan saya dengan pakcik tersebut tapi inilah yang berlaku setelah saya masuk ke dalam bilik tersebut.

Otake-san : Nape koitsu(budak ni) tak makan coklat ni?

Kami bertiga : sebab kami taktaw kandungan dia,takut ada babi ke..

Otake-san : Maaaaane ade babi,coklat ni kopi semata-mata.

Saya hanya tersenyum,tidak tahu apa yang perlu dijawab dan sebenarnya,sedikit cuak andaikata dia suruh saya makan coklat tersebut.

Otake-san : Ne,kiite(Ni,dengar ni). Atas muka bumi ni ada 3 Tuhan,ada Allah,Kristian dan Buddha. Kami kat Jepun berdoa minta dari Buddha,Amerika berdoa minta dengan Kristian dan kamu minta dari Allah.  Apa yang kami minta,pasti tuhan kami makbulkan,macam tu gak tuhan kamu,di Malaysia,kamu berdoa dan minta dari nya,pasti dia makbulkan,kan?Maksudnya,mana-mana kamu pergi,jika kamu minta dari Tuhan tempat itu,pasti dia makbulkan.Kalau dia tidak makbulkan,maknanya dia buli dan tuhan takkan membuli hambanya. Kamu di Malaysia sembah Allah,kamu buat apa yang dia suruh,kamu tak makan babi.Tapi bila kamu di Jepun,kamu ikut Buddha la,kamu makan la babi,kamu jangan risau,tuhan takkan marah.Kalau tuhan marah,dia buli kamu.Dia cipta babi untuk kamu makan tapi dia larang kamu makan,pelik,tu buli namanya.Kalau buli,itu bukan tuhan!

Saya cuba menjawab tapi..

Saya : demo,Arrah wa ijemenai yo,soreha futsu no mono janai ka?例えば。。(tapi,Allah tak buli pun,tu bukan ke perkara biase?Contohnye…)

Otake-san : jya,shigoto,shigoto (dah,kerje kerje)-sambil gelak-

Sepanjang berkerja,saya terus berfikir tentang apa yang dia cakapkan.Pada pendapat saya, Otake-san berpegangan bahawa tuhan manusia berubah mengikut tempat.Kalau anda ke Malaysia,tuhan anda ialah Allah.Bila anda ke Perancis, tuhan anda bertukar menjadi Yesus.Bila anda ke Israel,tuhan anda ialah Huzair dan bila anda ke Rusia,tuhan anda ialah anda sendiri!

Satu konsep baru yang saya faham.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh Otake-san,adakah Allah membuli kita?Dalam al-quran,diterangkan bahawa alam ini dicipta untuk manusia,maknanya khinzir juga dicipta untuk manusia tapi kalau manusia tidak boleh makan khinzir,bukankah itu buli namanya?Anda datang ke Jepun,pergi melancong di tengah-tengah kota yang mana tiada seorang pun mendirikan solat di situ tapi anda tetap diwajibkan dirikan solat,bukankah ini buli namanya?Lagi,orang hina anda,orang kutuk keluarga anda tapi anda disarankan supaya berbuat baik kepadanya,ini tidak adil dan apakah ini bukan buli namanya?

Analogi Kerja Rumah

Dalam sebuah buku latihan ada 100 soalan semuanya.Seorang pensyarah mengkehendaki anda menjawab 80 soalan sahaja,kalau lebih OK tapi kalau kurang tidak OK.Lalu,dari situasi itu,terbit 3 kemungkinan.

Yang pertama,jika anda jawab 80 soalan,anda akan dilabel sebagai pelajar yang baik kerana menjawab .

Yang kedua,jika anda jawab kurang dari 80 soalan,anda dikira sebagai pemalas.

Yang ketiga,jika anda jawab lebih 80 soalan,anda dikira sebagai seorang yang sangat rajin.

Maka begitulah kehidupan ini,semua suruhan Allah ialah perkara asas dalam kehidupan,bukan sesuatu yang melampau sifatnya.Dalam kes khinzir contonya,penanda arasnya ialah ‘Tidak Makan Khinzir’,sesiapa yang tidak makan khinzir dikira mengikut fitrah tapi sesiapa yang makannya,dia menentang fitrah.Sebabnya,dalam khinzir ada sesuatu yang membahayakan hidup manusia,lalu arahan untuk tidak makan khinzir ialah fitrah,arahan untuk makan khinzir ialah menentang fitrah dan itu BULI namanya.

Islam adalah agama fitrah,fitrah maksudnya normal,maka apa yang menentang atau tidak selari dengan Islam,itu bukan fitrah.Kalau Allah suruh kita lakukan sesuatu yang di luar fitrah lalu itulah buli.Contohnya,Allah haramkan kita bersamaan sesama bukan mahram kita,Allah larang kita bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram.Ini bukan fitrah kerana fitrah manusia lelaki tertarik dengan perempuan dan sebaliknya.Tapi Allah tidak buli kita,walaupun Dia haramkan lelaki dan perempuan bukan mahram bersentuhan,Dia halalkan hubungan bukan mahram itu dengan Perkahwinan.Jelas,Allah tidak pernah buli kita.

Konklusinya,kembalilah kepada Islam yang sebenar kerana Islam itu fitrah dan fitrah itu menyenangkan.Kalau kita buat apa yang Allah larang dan tinggal apa yang Allah suruh,maka kita sedang membuli diri kita sendiri.

3 thoughts on “Allah Buli Kita?

  1. Kalaula dia faham… Bukan ke Allah jadikan semua perkara bersebab…. Khinzir kan tak boleh makan sebab dalam badannya ada unsur-unsur yang merosakkan tubh badan manusia… Takperla, lum nampak hidayah~~

  2. alhamdulillah dia tahu pasal ALLAH. x lama lagi insyaa ALLAH dia kenal pulak ALLAH… pastu kenal pulak Islam. jgn putus asa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s