Gempa Padang

津波

Ingatkah lagi antum pada tarikh 26 Disember 2004? Ya, ana juga masih ingat. Tarikh berlakunya ombak besar Tsunami yang mengorbankan ramai umat manusia. Masih terbayang di relung fikiran ana  video yang merakamkan detik-detik cemas itu. Begitu banyak kemusnahan yang berlaku- manusia, tanaman, ternakan, rumah, kenderaan dan sebagainya. Saudara-saudara di Malaysia terutama di bahagian Utara turut merasai kesan bencana itu. Namun, apa yang mengagumkan, dalam kelumpuhan pemandangan seperti padang jarak padang tekukur di Banda Aceh, satu-satunya yang masih kukuh ialah masjid. Subhanallah! Betapa Allah Maha Berkuasa!

Bukti kebesaran Ilahi

地震

Terbaru,  gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Satu lagi ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. Satu bencana yang mengorbankan ramai manusia. Sekali lagi, saudara-saudara di Malaysia turut merasai gegaran kecil terutamanya di Selangor. Ana ada terbaca sebuah artikel pendek dalam sebuah majalah. Ana mahu berkongsi dengan antum. Ini maklumatnya:

Gempa bumi Sumatera Barat 2009 terjadi dengan kekuatan 7,6 Skala Richter di lepas pantai Sumatera Barat pada pukul 17:16:10 WIB tanggal 30 September 2009[3] Gempa ini terjadi di lepas pantai Sumatera, sekitar 50 km barat laut Kota Padang.

Ujian daripada Allah

Sumber ini ana copy paste daripada laman Wikipedia bahasa Indonesia. Kalau antum tak percaya maklumat ini, boleh klik di sini untuk memastikan kesahihannya. Pemerhati dan pengkaji temporari al-Quran telah mengaitkan tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang dengan firman Allah dalam al-Quran seperti di bawah:

Tarikh gempa: 30 September 2009

(Surah al-Rum 30:9) Allah berfirman yang bermaksud:

“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tidak hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.”

Waktu Berlaku Gempa:17.16 (WIB)

(Surah al-Isra’ 17:16) Allah berfirman mafhumnya:

“Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) Kami suruh orang yang mewah (supayah taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya.”

Sebuah peringatan

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Adakah susunan surah dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejak azali lagi yang baru ditemui manusia melalui pemerhatian dan kecintaan kepada al-Quran? Yang penting ialah  mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah s.w.t menunjukkan kebesaran dan kehebatan-Nya. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus dijadikan pengajaran untuk kita sebagai umat manusia…

One thought on “Gempa Padang

  1. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya) dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
    [Luqman:32]

    Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
    [Yunus:12]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s