Teka-Teki:Jawapan Untuk Hidup Abadi

Orang yang buat tak pakai, orang yang beli pun tak pakai, tapi orang yang pakai tak sedar dia memakainya….Adakah anda pernah dengar atau baca teka-teki ini di mana-mana? Kalau sudah, mungkin anda hampir tahu tentang isi penulisan kali ini. Kalau belum, cuba anda fikirkan sejenak jawapan bagi teka-teki di atas sebelum meneruskan pembacaan anda. Jika anda sudah ada jawapannya, bandingkanlah jawapan tersebut dengan jawapannya yang sebenar di bawah.

Penulis juga tertanya-tanya apakah jawapannya sewaktu terbaca teka-teki tersebut melalui sebuah artikel. Tajuknya ringkas, MERANCANG MATI UNTUK HIDUP. Adakah anda sudah meneka apakah bendanya? Mesti anda ingat mati jawapannya bukan?Bubu~Salah. Jawapannya mudah, KERANDA.

Pembuat keranda tidak mahu memakainya, pembeli keranda juga tidak mahu sama sekali menggunakan keranda tersebut, tetapi si mati pula tidak sedar dia sedang memakainya. Itulah ajaibnya sebuah kematian. Sesuatu yang pasti dan amat hampir tetapi seringkali dilupakan.

Seseorang yang memikirkan dan merancang akan kematiannya ialah seorang yang bijaksana

Semua manusia pasti mati. Yang anehnya, majoriti manusia merasakan yang akan mati ialah orang lain. Rata-rata juga antara kita seolah-olah ingin menjadi si ‘pembuat’ dan ‘pembeli’ keranda, bukan si ‘pemakai’ keranda tersebut. Adakah kita layak digelar seorang yang bijaksana walaupun kita ialah pemegang PhD, PROFESOR MADYA atau lain-lain jawatan tanpa memikirkan langsung tentang kehidupan setelah kematian kita??

Allah telah berfirman yang maksudnya. “…..Kemudian , Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian setelah itu, KAMU PASTI MATI. Kemudian, SUNGGUH KAMU AKAN DIBANGKITKAN (DARI KUBURMU) PADA HARI KIAMAT. (Al- Mukminun  : 14-16)

Agar kestabilan hidup terjamin, bagi penulis antara bidang yang perlu kita rancang, usaha dan jaga ialah bidang kerohanian, ilmu, kesihatan, kewangan, keluarga dan kerjaya.

Kita mesti merancang tahap kerohanian kita. Bagaimana tahap keimanan kita pada satu-satu masa, turun naiknya. Apakah amalan wajib dan sunat yang perlu dilaksanakan secara istiqamah agar tahap keimanan kita sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Begitu juga dengan bidang ilmu. Kita mesti merancang bagaimana cara untuk menambah ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan lain-lain bidang yang diperlukan untuk mengurus diri, keluarga dan kerjaya.

Namun, itu semua adalah perancangan hidup kita. Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Bagaimana pula perancangan mati aku??”. Bukan perancangan tentang apa-apa yang akan kita tinggalkan setelah mati seperti takaful, faraid, wasiat dan hibah, namun, perancangan tentang apa-apa yang akan kita bawa sebagai bekalan kehidupan kita selepas mati nanti. Perancangan tentang bekalan kita semasa bertemu dengan pencipta kita, Rabb Yang Maha Agung Lagi Maha Adil.

Adakah sudah cukup bekalan kita dengan solat berjemaah yang kita usahakan, ditambah dengan solat-solat sunat, puasa sunat Isnin dan Khamis serta sedekah jariah yang kita beri?? Itu hanyalah sebahagian daripada perancangan bekalan setelah mati kita.

Perancangan untuk hidup perlu tapi perancangan untuk mati adalah lagi penting. Sebab apa?? Mati itu bukanlah sebuah pengakhiran, tapi, ia sebenarnya merupakan sebuah permulaan kepada sebuah kehidupan yang KEKAL ABADI. Sebuah kehidupan yang tidak akan mati-mati. Sebuah kehidupan bagi insan ciptaan Allah SWT ‘MENGUTIP HASIL’ daripada setiap usaha yang telah dilakukan semasa hidup di muka bumiNya ini.

Perancangan untuk hidup di sana(akhirat) perlu dilakukan di sini, di dunia lagi. JANGAN HANYA MEMIKIRKAN JANGKA MASA PANJANG YANG PENDEK, TETAPI FIKIRKAN JUGA JANGKA MASA PANJANG YANG PANJANG. Saya percaya, kebanyakan buku-buku yang dijual menekankan tentang perancangan hidup berkisar tentang keperluan, kemudahan dan keselesaan hidup sebelum mati sahaja. Jarang-jarang kita akan bertemu buku-buku yang menyentuh tentang kehidupan selepas mati.

Jadi, BAGAIMANA PULA UNTUK PERANCANGAN MATI KITA?? BAGAIMANA PULA UNTUK MENGAITKAN PERANCANGAN HIDUP DENGAN PERANCANGAN MATI??.

Bagi penulis, hanya ada dua sahaja jawapan (jika ada jawapan lain daripada para pembaca adalah amat dialu-alukan) bagi persoalan di atas.

Pertama, kita perlu merancang semuanya, setiap perkara yang akan kita lakukan atas niat untuk taat kepada Allah sahaja.Susun segalanya berlandaskan syariat yang telah ditetapkan dan JANGAN MELANGGAR BATAS-BATAS AKHLAK. Insya’Allah setiap apa yang kita lakukan akan menjadi ibadah. Apabila semuanya menjadi ibadah, itulah juga AMALAN TAKWA.Takwa pula adalah bekalan menuju AKHIRAT. Bekalan tersebutlah yang menentukan kita ke syurga atau ke neraka selepas mati di dunia.

Kedua, kita perlu merancang untuk mampu menjawab soalan di alam barzakh. Rancang juga untuk mampu jawab soalan di alam Mahsyar. Semua soalan tu dah lama ‘bocor’. Soalan malaikat di alam kubur ‘dibocorkan’ oleh hadis Rasulullah SAW begitu juga dengan 4 soalan teras di alam Mahsyar.

NAMUN, SOALAN TERSEBUT TAKKAN MAMPU DIJAWAB DENGAN AKAL FIKIRAN DAN LIDAH. ORANG YANG BIJAK DAN PETAH SEKALIPUN AKAN MENJADI BISU DAN DUNGU KECUALI BAGI MEREKA YANG BERAMAL. SETIAP AMALAN KITA DI DUNIA YANG AKAN MENJADI SAKSI DAN PEMBELA SERTA MENJAWAB SETIAP SOALAN DI ALAM KUBUR DAN JUGA DI MAHSYAR NANTI.

Jadi, rancanglah apa yang kita akan buat dengan ilmu yang ada, kemudian istiqamah dalam melakukannya.

Sekali lagi saya ingin bertanya kepada para pembaca, KENAPA SOALAN BOCOR MACAM NI RAMAI ANTARA KITA YANG TAK BERMINAT??

Jawapannya, kerana ramai yang hanya ingin jadi  ‘pembuat’ dan ‘pembeli’ keranda(walaupun tidak semua berkesempatan berbuat sedemikian). Pelik tapi benar, walaupun semua daripada kita ‘BERKESEMPATAN MENJADI PEMAKAI KERANDA’, tetapi seolah-olah tidak ada sesiapa yang ingin memakainya.

Hidup di dunia ini ibarat satu ‘Dewan Peperiksaan’. Seluruh agenda kehidupan kita pula merupakan ‘JAWAPAN’ yang kita akan berikan untuk menjawab soalan-soalan di alam kubur dan juga di Mahsyar nanti.Keputusannya akan kita ketahui nanti di sana, di tempat kita akan berada setelah kematian kita. Ya, di alam kubur nanti ianya boleh menjadi mukadimah taman-taman syurga dan boleh jadi juga gerbang untuk jurang-jurang neraka. Nauzubillah. Harap sangat kita dijauhkan daripada azab neraka di Mahsyar nanti.

Kita seringkali takut untuk gagal peperiksaan di dunia. Takut untuk gagal peperiksaan SPM yang bakal menentukan masa sepan kehidupan kita di dunia. Takut untuk gagal peperiksaan akhir semester kerana akan dibuang daripada pengajian. Begitu juga dengan pelajar JAD(Japanese Associate Degree), yang amat gerun dengan perkataan ‘DISMISS’. Bukan sahaja akan ‘diberhentikan’ daripada pengajian, berpuluh-puluh malahan beratus ribu perlu dibayar semula kepada pihak penaja kerana gagal menamatkan pengajian.

TETAPI, kenapa seringkali sahaja kita ‘TERLUPA’ gerun untuk gagal peperiksaan di akhirat nanti yang bakal menentukan ke ‘syurga’ mahupun ‘neraka’ kita?? Tempat yang akan kekal buat selama-lamanya.

Kenapa kita seringkali ‘TERLUPA’ yang kita akan menghadapi saat-saat genting tersebut??

Hanya anda ada jawapannya. Adakah anda masih lagi ingin hanya menjadi ‘pembuat’ dan ‘pembeli’ keranda sahaja?? Atau anda sudah merubah fikiran untuk menjadi ‘pengguna’ keranda tersebut pula??

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, berapakah lamanya manusia mesti berada di mahsyar?

Dalam hal ini, Abu Said Al-Khudri meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W. Katanya, Rasulullah S.A.W. telah membacakan firman Allah yang bermaksud, “Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.” Surah Al-Ma’arij (70:4)

Para ulama’ membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat Al-Quran tersebut. Sekiranya manusia berada selama sebulan (30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun. Adakah kita masih lagi mahu mengejar kehidupan dunia yang rata-ratanya hanya hidup 60 tahun sahaja??

“Alangkah lamanya,” kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat tersebut. Kemudian Rasulullah bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud:

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu.”

Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang mukmin sekadar satu solat fardhu. Lebih-lebih lagi bagi orang yang khusyuk dalam solat. Tetapi ada juga golongan yang resah-gelisah dalam mengerjakan solat walaupun hanya lebih kurang 5 minit lamanya. Sebab itu kita dapati ada orang Islam yang sanggup berlapar semasa bulan Ramadhan, tetapi paling susah untuk menunaikan solat.

Bagi golongan orang mukmin yang sebenar,tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.

Setiap masa di padang Mahsyar ditentukan oleh Allah semata-mata Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa. Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.

Ingatlah, kehidupan di dunia ini umpama satu persinggahan; rehat, di sebuah pohon yang rendang untuk makan, minum dan charge semula tenaga kita untuk satu perjalanan yang tidak ada penghujungnya. Adakah kita akan berehat untuk jangka masa yang lama di bawah pohon tersebut?? Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita akan menjadi ‘pengguna’ keranda- merancang mati untuk kehidupan yang kekal abadi.

2 thoughts on “Teka-Teki:Jawapan Untuk Hidup Abadi

  1. …Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata:
    Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia. (orang-orang ini
    diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan
    di akhirat.

    Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan)
    berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
    di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka….

    Mereka itulah yang akan mendapat
    bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat
    cepat hitunganNya.
    [2:200-202]

  2. artikel yg terlalu panjang tapi bermanfaat…maaf, sy baca tapi xsempat habiskan…
    syukran ats info dn perkongsian…teruskan usaha dan dakwah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s