Daie : Jangan sampai Islam terfitnah

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita para daie yang menyeru kepada Allah SWT tak lari daripada membuat salah. Lebih-lebih lagi apabila segala percakapan, perlakuan dan tingkah laku kita dicerminkan sebagai Islam itu sendiri. Maka berlaku pelbagai salah faham sehingga secara tidak langsung kita sendiri mencemarkan imej Islam yang dibawa itu kepada masyarakat.

Mungkin apabila melihatkan tajuk ini, kita tak merasakan diri kitalah insan yang diperkatakan. Sedangkan setiap dari kita memegang lencana dai’e itu sendiri. Maka, setiap dari kita juga takkan pernah terlepas daripada perhatian orang ramai yang mencari kebenaran Islam melalui gambaran yang dilihat daripada peribadi kita.

Secebis Kenangan

Saat melihatkan komen di bawah, saya tidak dapat lari daripada mengingati kenangan lalu yang banyak memberi pengajaran kepada saya dalam menyampaikan Islam ini.

Pernah suatu ketika sewaktu saat semangat dakwah berkobar-kobar dalam diri saya terlepas kata sehingga menjauhkan orang ramai dari saya. Persoalan yang sama ditanyakan, dan jawapan iaitu ayat yang sama saya lontarkan sebagai jawapan. Namun, dengan kelemahan cara penyampaian, intonasi, mimik muka, body language dan sebagainya, apa yang saya sampaikan tidak dapat diterima dengan baik oleh orang ramai. Hal ini tidaklah sangat saya kesali, namun, yang paling ditakuti adalah, orang-orang yang didakwah ini menjauhkan diri daripada dakwah dan Islam itu berdasarkan kesilapan kita menyampaikannya. Berdasarkan segala macam kekurangan dan keburukan tingkah laku yang kita pamirkan.

Daie : Belajar, perbaiki diri

Namun, dari situ saya belajar dan mengenali seni-seni dakwah. Seni-seni memikat hati, seni-seni untuk bersabar dengan pelbagai ragam manusia yang Allah ciptakan. Ya, apabila kita buat salah, kita berpeluang untuk mengkoreksi diri dan mempelajari pelbagai perkara baru. Namun, yang lebih baik adalah untuk kita mempelajarinya daripada kesilapan-kesilapan orang lain dan golongan terdahulu. Semoga kesilapan saya ini tidak diulangi lagi oleh kalian.

Ramai yang tidak sedar, sebenarnya selain perkataan yang kita sampaikan, peribadi kita juga adalah dakwah terbaik kita untuk orang di luar sana. Action speaks louderĀ  than words.

Malah, ada ulama’ mengatakan bahawa,

“Sesiapa yang perbuatan atau perlakuannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka perkataannya juga tidak memberi manfaat kepadamu”

Maka perbaikilah dan peliharalah diri kita dengan akhlak Islam, pergaulan, percakapan, jual beli dan lain-lain mengikut sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Semoga keindahan Islam itu terpancar pada gerak diri kita dan menarik lebih ramai orang untuk mendalaminya.

Jangan Sampai Terleka

Sampai satu tahap, setelah kita bersusah payah berusaha memperbaiki diri, menyampaikan Islam kita mula melihat hasil-hasilnya. Dakwah mula diterima, akhlak dan pergaulan dengan orang ramai juga semakin baik. Saat ini, ujian yang terbesar buat kita para dai’e semua adalah ujian dengan diri sendiri. Perasaan riak, ujub dan takbur malah kekaguman terhadap diri sendiri juga kadang-kadang terbit tanpa disedari.

Saat ini, kembalilah kita bertasbih dan beristighfar kepadanya. Yang mulia dan cantik itu adalah Islam sebenarnya. Bukan diri kita. Hasil-hasil dakwah itu juga, bukannya berjaya atas tangan-tangan kita, melainkan dari rahmat dan pertolongan Allah SWT jua. Maka, kepadaNyalah kita kembali memanjat syukur dan memohon doa agar tidak dipesongkan hati-hati kita daripada menyeru kepadaNya.

Ingat Matlamat Akhir

Akhir sekali, walau di tahap mana pun kita, sentiasa ingat akan matlamat akhir kita semua. Matlamat kita terlibat dengan dakwah dan tarbiyah. Matlamat kita untuk merubah diri mengamalkan Islam yang sebenar. Matlamat kita menjaga hati dan hubungan dengan orang sekeliling. Matlamat kita mempelajari seni-seni dakwah dan lain-lain. Segala-galanya demi redha dan syurgaNya. Demi hari akhir, di mana kita dipertanggungjawabkan untuk segala tingkah laku kita pada hari ini. Demi Hari Kebangkitan nanti. Demi suatu hari nanti, kita mampu untuk mengatakan padaNya,

” Ya Allah, sesungguhnya aku telah laksanakan tugasku menyampaikan risalahMu.”

7 thoughts on “Daie : Jangan sampai Islam terfitnah

  1. sebelum kita melabelkan seseorang itu ‘budak dakwah’,cuba tanya diri kita dahulu,layakkah kita melabel mereka krn biasanya yg melabel itu tahapnya lagi tinggi dari yang dilabel,bukan begitu?

  2. @konokokoro:
    saye mcm paham ape yg saudara cerah tulis
    tp x tahu la kefahaman ni sama ke x dgn cerah
    betul juga kata cerah tu
    biasanya yg melabel tahapnya tinggi dr yang dilabel
    mungkin kite x terfikir pasal tu

  3. ramai yang susah nak terima dakwah seseorang sebab perangai orang yg berdakwah tu sendiri… maybe dia sempurna dengan setiap hari pergi ke surau solat berjemaah n dia boleh berdakwah supaya org pergi ke surau,, tetapi orang yang didakwah tu akan melihat perangai pendakwah tu bukan hanya setakat kepada kesempurnaan nya pergi ke surau berjemaah,, tetapi juga melihat kepada perangai dia diluar seperti dalam kelas selalu kacau2 orang or else… hanya memberi pandangan

  4. @saya
    xpaham label ape?ape yg lg tinggi?
    tp insyaAllah cik mut dah bg huraian detail secara personal kpd sy…bhs kmu tinggi sgt cerah…

  5. adoi..ok2,analoginya camni,jakim melabel sesuatu makanan itu halal atau tidak.Utk melabel makanan,jakim perlu ada Ilmu tentangnya,maka secara automatik,yg melabel itu lagi hebat dari yang dilabel,tak gitu? {arap2 paham…}

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s