Dia Bukan Jodohku

Sudah lama Haziq meminati Zinirah,ke mana sahaja perempuan itu pergi,dia tidak terlepas dari memandangnya. Makin hari,makin memuncak cintanya kepada Zinirah,masakan tidak,Zinirah berkulit putih,berhidung mancung,bermata bulat dan bertudung labuh,satu pakej lengkap sebagai isteri yang solehah. Namun,Haziq nekad,dia tidak mahu Masjid yang bakal dibinanya dipajak dengan maksiat,dia nekad tidak ingin ber’couple’ sebelum berkahwin.Bimbang niat sucinya itu lari,dia menjauhkan diri daripada Zinirah,kalau Zinirah ada di depannya,ditundukkan pandangannya,hatinya mula berzikir dan beristighfar.Ditakdirkan Ilahi,seorang Ustaz masuk meminang Zinirah tapi Ustaz itu tahu bahawa Haziq ada hati pada Zinirah,lalu diminta dulu keizinan dari Haziq,dia redha atau tidak.

Sekarang,bayangkan anda di tempat Haziq,anda tidak mempunyai pengetahuan agama yang tinggi seperti Ustaz,anda tidak sekacak Ustaz,anda masih belajar dan Ustaz sudah berkerjaya,beza anda dengan Ustaz,langit dan bumi jauhnya,adakah anda akan izinkan Ustaz memiliki Zinirah?Cinta tidak bererti memiliki tapi melihat orang yang dicintai itu bahagia,bukankah begitu?Kalau dibandingkan dengan anda,siapa lagi berpotensi untuk membahagiakan Zinirah,anda atau Ustaz?Sememangnya Ustaz dan bukan anda(Haziq).Lalu,demi kebahagiaan Zinirah,anda lepaskan kecintaan anda kepada Ustaz.

“Walaupun aq masih mencintainya,tapi aq relakan Ustaz meminangnya,moga-moga dia bahagia,”monolog Haziq seorang diri.

Kasihan Haziq,ini bukan cerita gagal dalam peperiksaan yang boleh diulang,ini bukan cerita kalah main PES,ini bukan cerita pokok-pokok Farmville ditebas orang,ini bukan cerita Korea tapi ini cerita cinta,cerita hati,cerita sedih dan cerita derita. Berjuta-juta cerita cinta sedih manusia abadikan kerana peritnya berpisah dengan orang tersayang,Allah sahaja yang tahu.

Rasulullah,seorang manusia yang membawa Risalah kebenaran,seorang manusia yang paling tinggi ilmunya,seorang manusia memimpin berjuta-juta manusia ke jalan kebenaran,menjadi bingung apabila malaikat Izrail datang mengetuk pintu rumahnya mengatakan bahawa kedatangannay ini bertujuan untuk menarik nyawa Siti Khadijah.Rasulullah tahu bahawa malaikat sifatnya taat kepada Allah tapi disebabkan kasih dan sayangnya dia kepada Khadijah,dia bertanya kepada Izrail apakah boleh ditangguhkan walau sesaat.

Cukup tentang cinta.

[Noktah]

Persoalan yang ingin saya tanya pada artikel kali ini,apakah patut Haziq memberi laluan kepada Ustaz untuk meminang Zinirah?Mungkin ada yang kata patut dan mungkin ada yang menentang,terpulang tapi sila baca artikel ini sampai habis kerana ada sesuatu yang anda WAJIB tahu tentangnya.

Apabila Haziq membenar Ustaz meminang Zinirah,maknanya Haziq telah mengutamakan Ustaz dalam ibadah(berkahwin),persoalannya,bolehkah mengutamakan orang lain dalam ibadah?

Sebelum menjawab persoalan itu,kita lihat dari perspektif dunia dahulu,bolehkah mengutamakan orang lain dalam bab dunia.

Menjawab kepada persoalan itu,kita kembali ke zaman Rasulullah,tatkala peristiwa agung Hijrah.Penduduk Madinah mengutamakan penduduk Makkah yang berhijrah seutama-utamanya,jika tiada rumah,dikongsinya rumah.Tiada pakaian,diberinya pakaian.Tiada makanan,dikongsinya makanan dan tiada isteri,dicerai isterinya dan dikahwinkan dengan mereka.Rasulullah tidak menentang perbuatan mereka,bahkan mereka digelar Ansor dan Muhajirin. Konklusinya,dalam bab duniawi,kita dibolehkan untuk mengutamakan orang lain daripada diri kita sendiri.

Dari Abu Huraurah R.A. berkata,”Ada seorang datang kepada Rasulullah dan berkata bahawa dia sangat lemah,lalu Rasulullah bertanya kepada isteri si lelaki tersebut apakah ada makanan di rumah dan ternyata tiada apa-apa pun yang boleh dimakan.Lalu Rasulullah bertanya tidak adakah seorang yang sanggup menjamu tamu pada malam ini,semoga Allah merahmatinya.Lantas bangun seorang sahabat dan menyahut,saya wahai Rasulullah.Lalu dia pulang menemui isterinya dan berkata bahawa ini adalah tamu Rasulullah,jangan sembunyikan apa-apa makanan.Isterinay menjawab kita tidak mempunyai apa-apa makanan kecuali makanan untuk anak-anak kita sahaja.Dia membalas, jika anak-anak kita lapar,tidurkannya,matikan lampu dan malam ini biarkan kita berlapar.Isterinya menurut perintah suaminya.Keesokan harinya dia pun pergi berjumpa dengan Rasulullah dan Rasulullah bersabda Sesungguhnya Allah hairan(tertawa/gembira) terhadap fulan dan fulanah.Lalu turunlah ayat 9 Surah Al-Hasyr:

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

[Al-Hasyr:9]

(HR. Bukhori)


Baiklah,menjawab persoalan yang sebenar,bolehkah mengutamakan orang lain dalam bab ibadah atau dalam istilah ianya dipanggil Itsar,jawapannya Makruh. Sebagai analogi,anda ada 2 orang anak dan mereka bertanggungjawab untuk mengulangkaji pelajaran dan berjaya. Tiba-tiba seorang anak anda menyuruh yang seorang lagi mengulangkaji pelajaran dan dia rilek,bukankah itu kurang ajar namanya?Sama,Allah ciptakan kita di atas muka bumi ini untuk menyembah-Nya tiba-tiba kita memberi laluan kepada orang lain untuk menyembah Nya walhal sepatutnya kita yang lakukan.

http://www.youtube.com/v/awHS7524T78&hl=en_GB&fs=1&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999

[Tonton Scene minit ke 9.00 ke atas]

Bukan sahaja bab perkahwinan tetapi mencankupi keseluruhan aspek ibadah,ibadah umum dan ibadah khusus.Dalam kelas,anda duduk di meja hadapan,tiba-tiba seorang yang anda kagumi datang dan anda persilakan dia duduk di tempat anda dan anda mundur ke belakang,itu makruh.

Anda berdiri di saf pertama,Euforia berdiri di saf belakang,tiba-tiba anda mempelawanya naik ke saf pertama dan anda undur ke belakang,itu makruh.

Air mutlak ada sebotol sahaja,cukup untuk anda ambil wudhu’ untuk diri anda sahaja,kawan-kawan anda tidak dapat. Tapi anda memberinya kepada kawan anda dan anda bertayyamum,itu makruh.

Anda ingin berbuka puasa tapi makanan cukup untuk anda seorang sedangkan ada kawan anda di tepi,jadi anda memberinya makan dan anda tahan tidak berbuka puasa,itu makruh.

Dan banyak lagi situasi-situasi yang pada kita itu satu pengorbanan yang mulia padahal ianya dibenci oleh Allah. Konklusinya,bersamalah kita menambah ilmu dek kerana ceteknya pengetahuan kita,kita sering memandang sesuatu yang salah itu betul di sisi Islam,nau’zubillah.

8 thoughts on “Dia Bukan Jodohku

  1. macm mane kalau orang yang kita suka itu lebih bahagia bersama dengan orang lain. contohnya, zinnirah merasa lebih bahagia bersama ustaz berbanding hafiz?

  2. best2.. =) tapi kalau situasinya seorang perempuan meminati seorang lelaki, camne eh? sekadar meminta pendapat.. hehehe…

  3. erm..kesimpulan nye..semua manusia berhak dpt yg terbaik tuk diri nya..walaupun dia bukan yang terbaik tuk org tuh…??

  4. @insan: tidak salah kalau seorang perempuan meminang lelaki,cuba imbas kembali bagaimana rumah tangga Rasulullah terbina
    @me:maaf,tiada jawapan atau pendapat utk soalan anda (- – ‘)…

  5. ala,ape susa,haziq benarkan je suda,byk lagi gadis yg mcm zinirah tu, btw,kenape plak ustaz tu nk kena mintak kebenaran dari haziq?yes haziq suke gadis tu,tp itu bkn milik dia,bkn isteri dia,baik lg kalo ustaz tu jumpe parent zinirah,mintak dari parent nye, n cm ne leh ustaz tu tahu plak yg haziq suka kat zinirah?haziq x war2 kan pade sesape yg die suka kat zinirah kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s