Kemana hilangnya…..

Suatu ketika dahulu, di atas Bukit Safa, berteriaklah seorang lelaki, Rasul Umat ini.

“ Hai sekalian manusia! Hai Bani Fihr, Hai Bani ‘Adiy(kaum kerabat Quraisy)”, lalu berkumpullah mereka di hadapan baginda. Ada yang tidak mampu keluar, maka mereka mengutuskan utusan untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Abu Lahab dan orang-orang Quraisy yang lain turut berkumpul. Lalu berkatalah baginda,

“Apa pandangan kamu, kalau aku memberitahu kamu bahawa di sebalik lembah ini ada angkatan berkuda yang hendak menyerang kamu. Apakah kamu percaya kepadaku?”

Maka, serentak meraka menjawab,”Ya, kerana kami tidak pernah dapati pada engkau kecuali yang benar.”

Maka kata Nabi SAW,”Sesungguhnya aku ini adalah seorang pemberi peringatan tentang azab yang dahsyat di hadapan kamu.”

Inilah detiknya di mana Islam yang kita anuti hari ini mula disebarkan secara meluas. Dari seorang Nabi di tanah Arab, kepada kaum kerabat dan sahabat terdekat baginda, kini Islam sampai kepada kita di bumi Malaysia ini merentasi masa beberapa abad lamanya.

Seruan Pertama

Maka kata Nabi SAW,”Sesungguhnya aku ini adalah seorang pemberi peringatan tentang azab yang dahsyat di hadapan kamu.”

Antara sedar atau tidak, seruan pertama Nabi Muhammad SAW adalah tentang azab yang dahsyat. Tentang gerunnya neraka jahannam. Tentang adanya kehidupan lain selepas mati. Tentang Hari Kebangkitan, tentang hari di mana setiap yang kita lakukan hari ini dihitung seteliti mungkin. Hari yang menentukan pengakhiran kehidupan kita, di syurgakah atau ke nerakakah.

Pernahkah kita terfikir mengapa kepercayaan terhadap Hari Akhirat, kehidupan selepas mati juga adanya syurga dan neraka dahulu yang diutamakan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW? Malah kebanyakan ayat-ayat Makiah juga berkisar tentang Hari Qiamat, syurga dan neraka. Perkara-perkara ghaib yang di luar kemampuan akal kita untuk difikirkan.

Keyakinan yang melahirkan tindakan

Mungkin kita semua mempunyai tafsiran dan pandangan yang berbeza, mengapa azabnya neraka dahulu yang diceritakan. Namun, analoginya mungkin begini.

Seseorang yang mempunyai penyakit asma, akan sebolehnya mengelakkan diri daripada benda-benda berbulu kerana keyakinan mereka bahawa itu akan memburukkan lagi kesihatan diri mereka.

Seseorang yang takut kene sairepoto(buat report lagi sekali), akan pastikan kousatsu(kesimpulan)nya cukup panjang dan berisi, malah mokuteki(tujuan) dan tejun(cara) juga dimatome(simpulkan) dengan sebaiknya. Kerana adanya rasa takut untuk terpaksa merana membuat report yang sama sekali lagi. Kerana kepercayaanya pada report yang dimatome dengan baik, beserta kousatsu yang mantap akan membuatkan reportnya diterima oleh sensei.

Ya, kepercayaan kita kepada adanya Hari Akhirat, adanya kehidupan lain selepas mati, adanya syurga dan azabnya neraka akan melahirkan rasa takut dalam diri. Rasa takut yang bercambah ini akan melahirkan tindakan kita mengatur kehidupan ini sebaiknya, mengikut jalan yang diredhaiNya agar kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang dimurkaiNya. Yakni mereka yang diazab dalm nerakaNya yang maha dahsyat.

Umat hari ini, kemana hilang keyakinannya?

Melihatkan keadaan umat hari ini, saya tertanya-tanya, kemana hilangnya keyakinan itu dalam diri kita semua. Setiap manusia adalah pelupa dan sentiasa memerlukan peringatan. Keadaan umat hari ini, mungkin puncanya daripada kita, yang kadang-kadang ingat ini, tidak mahu memberi peringatan kepada mereka. Mungkin puncanya daripada kita yang tahu dan yakin sedikit ini, tetapi tidak mahu berkongsi yang sedikit itu dengan  mereka.

Tak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang baik didikan agamanya. Tak semua juga, apabila belajar subjek Pendidikan Islam di sekolah, mampu untuk memahami dan mempraktikkannya. Tak semua juga, apabila telah tahu dan faham, berkeupayaan untuk mengamalkannya.

Maka, saya menyeru hati-hati kita untuk duduk dan renungkan sejenak. Apa yang telah kita lakukan untuk memperbaiki umat ini? Berapa banyak yang kita tahu dan faham yang telah kita sampaikan kepada mereka? Berapa ramai pula yang telah kita beritahu, kita pimpin mereka untuk bersama-sama kita menjadi penyampai risalah ini kepada yang lain?

Saya percaya, keyakinan terhadap Hari Akhiratlah yang menggerakkan kita hari ini untuk menyeru yang lain untuk kembali taat kepada suruhanNya. Maka, bergeraklah dan sampaikanlah segala yang kita tahu.

Ilmu, amal dan sampaikan

Bergeraklah mencari ilmu. Kerana dari situlah munculnya keyakinan dan ilmulah juga yang akan menggerakkan kita untuk beramal. Seperti orang yang berpenyakit asma tadi, penting untuk dia mengetahui tentang benda berbulu yang akan memburukkan kesihatannya, begitulah  juga keadaannya dengan kita. Kalau kita tidak tahu tentang wujudnya Allah, Tuhan sekalian alam dan juga adanya Hari Pembalasan, tentu kita tidak memilih untuk hidup mengikut garis panduan Islam. Dan bagaimana pula untuk kita mengamalkan cara hidup Islam, tanpa mengetahui ilmu tentangnya?

Seterusnya amalkan, dan sampaikanlah kepada yang lain. Sesungguhnya ilmu itu satu amanah dari Allah untuk kita amalkan dan sampaikan. Semoga seluruh umat ini dapat beramal dan terus taat kepadaNya.

Binalah keyakinan dalam hati kita akan segala janji-janjiNya.

Hari Akhirat itu benar.

Syurga dan neraka itu benar.

Perhitungan amal itu benar.

Sedarlah wahai hati, bergeraklah wahai anggota!!

http://www.youtube.com/v/WmEnt9Usksw&hl=en_US&fs=1&border=1

2 thoughts on “Kemana hilangnya…..

  1. krn ramai lagi yg masih tidak sedar pentingnya dakwah itu sepertimana pentingnya solat 5 waktu,maka umat tidak akan bergerak walau setapak

  2. cam pe ustaz zamil cakap tadi.. kite berusaha untuk mengelakkan kesusahan dunia (ex.rewrite report) sungguh2.. tapi nak ngelak azab kubur and akhirat, sikit sgt usaha..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s