Tu adik usrah kau kan??

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima tobat.” ( An-Nasr : 1-3)

Diatas adalah petikan surah ke 110 dalam kitab suci Al-Quran. Ringkas sahaja ayat diatas, tapi masa lebih kurang 2 jam yang digunakan untuk sama-sama berkongsi dengan ahli usrah baru-baru ini menjadi 2 jam yang sangat bermakna dan diharap menjadi 2 jam yang barakah di sisi Allah.

Surah ini merupakan satu berita gembira dari Allah s.w.t  yang mana ia diturunkan 10 tahun selepas pembukaan kota Mekah. Ketika itu ramai yang memeluk Islam, berbondong-bondong(puak demi puak) ramainya. Apabila ramai yang memeluk Islam, bermakna ramailah orang yang membenarkan Nabi Muhammad s.a.w  sebagai Rasul, utusan dari Allah untuk menyampaikan kebaikan di muka bumi.

Jika dilihat maksud ayat ketiga, Allah menyeru manusia untuk  bertasbih memujiNya dan Allah juga menyeru manusia untuk memohon ampun kepadaNya. Mengapa setelah Allah beri pertolongan, Allah suruh manusia memuji dan memohon ampun kepadaNya? Kerana Allah tahu, manusia sifatnya pelupa. Setelah dapat kemenangan, manusia cepat merasa itu adalah hasil usahanya.

Ayat ini berkait rapat dengan dakwah. Ramai yang boleh berdakwah, tapi tidak ramai yang mencintai dakwah. Tidak ramai yang sanggup mengorbankan sisa hidup untuk berdakwah. Apa yang lebih memilukan, dakwah menjadikan mereka bangga dengan diri sendiri. Golongan ini perlu kita bendong. Saya ambil contoh mudah. Jangan sesekali kita rasa bangga apabila kita melihat perubahan positif dalam dakwah kita. Kita bawa usrah, suatu hari, adik usrah kita ditakdirkan berubah menjadi orang yang baik. Solat diawal waktu, berjemaah di surau lagi, al-Quran tak lepas dari tangan. Mungkin kita boleh berkata,

“ Tu adik usrah aku. Berkesan nampaknya usrah yang aku bawa.”

Mungkin orang lain boleh berkata,

“ Eh tu adik usrah ko kan, dah berubah dia ya.” Sedikit sebanyak kata-kata yang boleh menimbulkan riak dihati insan lemah bernama manusia.

Hakikatnya, manusia tidak akan berubah jika Allah tidak memberi hidayah kepada manusia tersebut. Silap-silap haribulan, kita hanyalah pelengkap kepada usaha orang lain. Boleh jadi adik usrah kita berubah kerana sebelum jadi adik usrah kita lagi, sudah ramai orang yang mmbimbing malah mendoakan dia dan ditakdirkan dia berubah ketika menjadi adik usrah kita. Wahai daei, berjaga-jagalah dengan perasaan riak yang halus ini. Saya tertarik dengan satu kisah sahabat saya. Sahabat ini jenis yang ceria orangnya. Suatu hari dia tulis dekat status ym,

“ Aku nak isteri cantik. Perangai tak kisah. Perangai boleh ubah, muka tak boleh ubah.”

Beberapa hari selepas itu, dia tulis pula dalam blognya,lebih kurang begini:

“ Hari tu aku kata nak isteri cantik, perangai tak kisah, boleh ubah, tapi aku silap. Aku lupa bahawa Allah yang memberi hidayah. Kalau Allah tak beri hidayah, orang tu tak berubah. Jadi aku tak leh kata aku boleh nak ubah perangai perempuan tu nanti”

Alhamdulillah, kata-kata ini sedikit sebanyak dapat merubah pemikiran sesetangah orang. Pada mulanya, saya pun fikir macam tu, nak suami hensem, baik ke tak tu soal nombor 2. Seakan-akan yakin kita mampu merubah manusia lain. Hakikatnya Allah juga yang mengawal hati manusia. Walaupun kita bagi tazkirah setiap lima minit pun kepada manusia, jika Allah tidak membuka pintu hatinya untuk berubah, ia tidak akan berlaku. Renung sejenak dan berfikir. Betapa kita tiada kuasa langsung merubah hati manusia apatah lagi merasa bangga dengan perubahan diri manusia. Walau 200% kita usahakan, tanpa keizinan Allah, tiada juga hasilnya.

Allah s.w.t yang mencipta manusia, sudah tentu Allah mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Allah tahu manusia mudah lupa, Allah tahu manusia cepat rasa bangga. Kerana itu Allah beri peringatan dalam surah ini, apabila kita dapat kemenangan, ingatlah itu adalah pertolongan daripada Allah, kembalilah bersykur dan memuji Allah dan jika manusia terdetik perasaan riak, Allah suruh kita mohon ampun dan Allah yakinkan lagi manusia bahawa Dia Maha Penerima taubat. Subhanallah, sayangnya Allah kepada kita hambaNya. Apa lagi yang kita mahu dari Allah? mengapa masa 24 jam sehari yang Allah bagi, sedikit sekali kita gunakan untuk mengingati Allah. kenapa lebihkan masa itu untuk dunia? Renung-renungkan~

One thought on “Tu adik usrah kau kan??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s