Utopia (5) : K.I.T.A

K.I.T.A

Kuatkan Iman Tambahkan Amal

Di suatu tengah hari, di kafeteria sebuah Universiti di Jepun, kami menikmati kitsune soba (mi rebus versi jepun).

Saya bertanya kepada senior (nama-nama watak adalah rekaan semata-mata) :

Aqili    :Abang, nak tanya sikit… Kita berdakwah-dakwah, pergi program, buat usrah, untuk apa ye? Apa sebenarnya matlamat kita?

.

Senior  :Hmm susah jugak tu nak jawab Aqili… Matlamat kita eh? Hmm kalau abang cerita matlamat abang, boleh?

.

Aqili    :Boleh, boleh, silakan

.

Senior  :Islam, bila khalifah jatuh, kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh dulu, yang kalah masa tu, bukan kerajaan Turki Uthmaniyyah sahaja tau. Tapi yang musnah masa tu, adalah hasil titik peluh, hasil tumpah darah beribu-ribu sahabat, selama beribu tahun, termasuklah darah Rasullullah sendiri. Tiba-tiba musnah macam tu je. Lepas tu, kita ni, anak cucu baginda, duduk diam peluk tubuh, habiskan masa tengok drama, main game, shopping, huhahuha dengan kawan-kawan, langsung tak nak bagi komitmen nak tegakkan balik maruah Islam… Agak-agak kalau Nabi hidup lagi, kecik tak hati baginda tengok kita sekarang? Abang tak nak Nabi kecik hati tengok abang, sebab tu abang berdakwah. Sebab kalau Nabi kecik hati, bermakna Allah lagi, lagi la murka pada abang.

.

Mus’ab Bin Umair :

Sebelum tahu kisah Mus’ab, kita kena gambarkan dalam pandangan kita, Mus’ab ni seorang yang sangat kaya, sangat manja dengan keluarga dia, sangat bergaya dan sangat kacak. Pernah jalan-jalan, tiba-tiba ada perempuan lalu, korang pun terbau bau minyak wangi yang harum? Mus’ab punya minyak wangi, lagi hebat dari tu, kalau Mus’ab jalan pada satu lorong, bau minyak wangi dia akan tertinggal kat lorong tu buat beberapa ketika. Dan lebih istimewa lagi, seluruh Mekah masa tu, bau minyak wangi Mus’ab, hanya Mus’ab je yang ada, orang lain tak ada, the one and only, melambangkan mahalnya minyak wangi dia.

Bila dia masuk Islam, anak bangsawan ni, kena halau dari rumah dia. Satu ketika mak dia mogok lapar, tak nak makan, sampai Mus’ab keluar Islam. Mus’ab jawab pada mak dia, lebih kurang macam ni :

“Wahai ibu, sekiranya nyawa ibu ada beratus-ratus, dan satu demi satu nyawa ibu meninggalkan jasad ibu, tetap saya tidak akan meninggalkan agama ini. Maka berhentilah menyiksa dirimu, dan jamahlah makanan”

Kalau kita agak-agak boleh cakap pada mak kita macam tu? Kalau kita call mak kita, mak kita cakap “tak yah lah berdakwah-dakwah ni, belajar je elok-elok”, kita bukannya nak cuba pujuk mak kita lembut-lembut, apatah lagi nak rasa sedih. Bahkan kita lagi gembira, dalam hati “Yes! Ada alasan tak yah pergi usrah, sebab perintah mak jangan berdakwah, takkan senior nak suruh langgar perintah mak pulak kan… Derhaka nanti… Yeah dah jumpa alasan kukuh nak tolak usrah”.

.

Uthman Bin Affan :

Pernah main unggun api masa camping? Ataupun buat barbeque? Boleh bayangkan panas asap unggun api atau bara api tu? Cuba letak tangan kita atas asap tu 10 minit. Boleh tahan tak?

Bapa saudara Uthman pernah bungkus Uthman dalam tikar daun kurma, lepas tu layur dia atas asap, macam korang salai sosej atas asap unggun api.

.

Khabab bin al-Arat :

Cuba tarik rambut korang sekarang. Sakit tak? Khabab bin al-Arat kena rentap rambutnya sekuat-kuatnya, dipulas-pulas tengkuknya sehabis-habisnya, dibaringkannya di atas batu-batu

panas dan dihempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau

bangun. Pedihnya penderitaan beliau, sampai beliau bertanya pada Rasul, untuk berdoa minta bantuan pada Allah. Dan Rasul jawab semula,

Sesungguhnya telah terjadi kepada orang-orang sebelum kamu siksaan, di antara mereka ada yang disikat dengan sikat-sikat besi yang mencakar-cakar daging-daging dan urat-urat mereka hingga ke tulang-tulang mereka. Itu tidak memalingkan mereka dari agama mereka. Kepala mereka digergaji hingga terbelah dua. Ini tidak memalingkan mereka dari agama mereka. Satu masa nanti, pasti Allah akan menyempurnakan urusan agama ini dengan memberi kemenangan di mana orang yang menunggang itu berjalan dari San’a di Yaman ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah dan hanya khawatir dengan serangan serigala ke kambing-kambing mereka. Tetapi, kamu ini ingin meraih kemenangan dengan segera (tidak sabar).

.

Rasullullah :

Nabi sendiri, ketika dilanda kesedihan dengan kematian bapa saudaranya, tanpa sempat baginda berjaya mengajak Abu Talib ke arah Islam, tiba-tiba kehilangan pula isteri kesayangan, Khadijah yang selama ini menjadi tulang belakang baginda. Membawa hati yang kecamuk ke Taif, dengan harapan ada lah orang-orang yang akan menguatkan agama ini.

Tiba-tiba, jangan kata nak terima, bahkan kena halau, kena baling batu, sampai berdarah-darah kaki dan badan. Sampai akhirnya, Nabi bersandar di sepohon pokok anggur, ketika bersembunyi dari dibaling batu, sambil berdoa, dalam keadaan jiwa yang sangat pedih,

“Tuhanku kepada Dikau aku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan upayaku, kehinaanku di hadapan manusia. Wahai Maha Penyayang lagi Kasihan Belas, Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku ? Atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah aku peduli, namun afiat dari Mu lebih luas bagiku, aku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan”

.

Abu Dujanah (dalam perang badar):

Beliau bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya, gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya.

Abu Bakar As-Siddiq

Tariq Bin Ziyad

Hassan al-Banna

Syed Qutb

Dr Abdul Aziz Rantisi


Ribuan malah jutaan lagi manusia, yang darahnya, peluhnya, air matanya, tumpah membasahi bumi demi menegakkan Islam. Tiba-tiba kita, lebih selesa duduk diam kat rumah, tak buat apa-apa. Gembira tak nabi tengok kita?

.

Hokkaido

Saya bertemu dengan seorang student dari Hokkaido, dia datang naik kapal terbang, musafir beratus-ratus kilometer ke Tokyo, habiskan duit, semata-mata sebab nak datang program. Kalau nak ikutkan, program tu, apalah sangat, setakat bincang benda-benda asas, bukannya dia tak pernah belajar dekat Malaysia dulu. Tapi disebabkan datang tu demi tuntutan agama, nak mengejar keredhaan Allah, sanggup dia luangkan masa, duit dan tenaga.

Kita macam mana pulak? Tak payah cakap program agama dari batu tiga nak ke Shah Alam, ceramah agama kat surau pun kadang-kadang malas nak pergi. Nak keluar belanja RM 30 untuk program pun terketar-ketar tangan. Nak turut sama membanting tulang jadi penganjur program lagi lah jauh panggang dari api.

Kita ni buat apa-apa pun dalam hidup, kenalah niatkan nak dapatkan keredhaan Allah. Kalau pergi ceramah dan program agama pun, biarlah niat nak dapat keredhaan Allah. Kadang-kadang tu, memanglah kita rasa kita dah tahu dah benda yang dia nak bincangkan dalam program, tapi kan kita datang program untuk dapat redha Allah, bukan semata-mata nak dapat ilmu kan? Agak-agak kita, Allah lebih redha kita duduk dalam program agama ke, main game komputer dekat rumah?

“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.

Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.

“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.

“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.

“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.

“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.

“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.

“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.

“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.

“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.

“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.

“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.

“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.

Saya terdiam.

“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.

Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.

“Tahu takpe!” hati berkata.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com

68000 AMPANG

.

Mari sama-sama kita renung-renungkan kehidupan kita ni, apalah yang dah disumbangkan untuk Islam? Nak suruh buat program agama, kita cakap kita tak mampu. Nak suruh datang sertai program agama je pun, kita cipta macam-macam alasan sebab kita tak mahu.

Kalau Nabi hidup lagi, tak malu ke kita dengan keadaan diri macam ni? Kalau Nabi pun kecik hati dengan kita, agak-agak Allah redha ke dengan kita?

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

[4:80]

Sekadar peringatan kita bersama. Bak kata naqib saya dulu, kita ni, baru kenal tarbiyyah ke, dah lama kenal tarbiyyah ke, jangan pernah merasa aman dari api neraka, sebab sampai bila-bila pun, tak ada jaminan kita ni takkan jadi sebahagian dari bahan bakar api neraka.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.

[18:29]

Beriman lah bagi yang nak, ingkar lah bagi yang nak. Pilihan di tangan kita, dan balasan telah tersedia…

K.I.T.A

Kuatkan Iman Tambahkan Amal

5 thoughts on “Utopia (5) : K.I.T.A

  1. tq atas peringatan..

    sgt terkedu dgn ayat ini:
    “Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?”

  2. saya terkedu dengan ayat ini :

    “Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.

    lebih-lebih lagi, ayat ini :

    Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun!

  3. kitsune?? cube check ape bahan2 die (tanye makcik kafe).. sbb ade tmpat yg rendam toufu tu dlm sake n mirin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s