Check Semula Solat Kamu!

Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [29:45]

Ketika peristiwa ‘Israk dan Mi’raj, Allah s.w.t. telah mewajibkan ibadah solat kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh umatnya. Solat 5 kali sehari semalam dikurangkan daripada jumlah asal, sebanyak 50 kali. Tetapi, solat yang 5 kali ini pun, masih ada yang tidak mampu untuk menyempurnakan dengan baik.

Mari kita renungkan potongan ayat dalam Surah Al-Ankabut di atas. Solat itu dapat mencegah dari perbuatan mungkar dan keji. Atau dengan kata lain, anda hanya akan melakukan perbuatan yang baik sahaja jika anda solat. Dan anda tidak tertarik sekilas pandang pun dengan sebarang kemungkaran. Sekarang, cuba anda renungkan semula sejarah hidup anda. Adakah anda menunaikan solat? Alhamdulillah seandainya YA bagi jawapan tadi. Dan sekarang, mari bermuhasabah diri. Sejauh mana solat yang anda lakukan itu memelihara diri anda? Semak dengan terperinci. Ingat semula yang lepas-lepas. Jangan lantas memberikan jawapan.

Ya, memang masih ramai di kalangan kita yang menunaikan solat, tapi masih bergelumbang dengan kemungkaran dan kemaksiatan.  Aurat masih tidak ditutup dengan sempurna. Pergaulan lelaki dan perempuan masih lagi tidak dipelihara. Masih lagi suka mengata orang lain. Dan pelbagai lah. Tapi, Allah telah berfirman, dan kita adalah manusia yang beriman dengan kata-katanya, solat itu menjadi pelindung diri kita daripada perbuatan keji. Benarkah? Anda rasa anda terpelihara daripada sebarang perbuatan keji dan mungkar sepanjang anda menunaikan solat?

Sedarlah teman. Kita boleh cakap,

“Ya, saya solat”, atau

“Em..saya solat walaupun kadang-kadang terlambat. Tapi saya tetap solat”, atau

“Solat itu satu kewajipan. Tak kan saya nak tinggalkan solat”, atau

“Even nampak saya macam ni (tidak tutup aurat sepenuhnya) solat saya masih cukup”.

Semua orang tahu ibadah solat merupakan ibadah yang utama. Semua pasti cuba untu melaksanakannya sesempurna mungkin. Namun, itu bukan persoalan yang ingin saya bincangkan. Persoalannya ialah, sejauh mana solat yang anda lakukan itu dapat memelihara diri anda daripada melakukan kerosakan di muka bumi ini? Sejauh mana solat itu menghalang anda melakukan kemungkaran? Sesempurna mana solat yang anda tunaikan itu sehingga mampu membuat anda berpaling daripada perkara-perkara yang melalaikan?

Saya masih teringat dengan kata-kata ustaz sekolah saya, “Cek semula sembahyang kamu!”.  Sudah berbuih-buih rasanya mulut ustaz saya itu mengingatkan saya, rakan-rakan dan adik-adik dengan frasa tersebut. “Cek semula sembahyang kamu! Cek semula solat kamu!”. Kata-kata ini diulang berpuluh-puluh kali untuk menyedarkan semua bahawa seandainya solat yang dilaksanakan itu sempurna, tidak akan berlaku sebarang masalah disiplin di sekolah dulu. Mungkin ada yang mulai terfikir. Seandainya solat yang di tunaikan itu baik, sempurna rupanya, tentu tidak akan berlaku sebarang kemungkaran dalam kalangan masyarakat muslim. Jadi, mari sama-sama kita renung semula. Sempurnakah solat yang kita lakukan? Atau kita sekadar berpenat lelah untuk solat, tetapi manfaatnya tiada? Sama-samalah kita renung-renungkan. Semoga yang baik itu dapat diteladani. InsyaAllah.

3 thoughts on “Check Semula Solat Kamu!

  1. teringat tazkirah dari Taqiyuddin semalam, “beza godaan syaitan n nafsu ialah,godaan nafsu tidak berubah,contohnya kalau seseorang tu mau makan aiskrim,dia mesti makan aiskrim,kalo bagi die coklat,die tak mau.Tapi godaan syaitan berubah2,kalau dia goda kita xsolat tp kite solat,dia akan goda untuk kita solat lewat2,kalao kite solat awal,dia akan goda kite solat awal sorang-sorang,nak tak nak,dia nak share die.”

  2. salam;
    kita tahu bahawa solat menghalang kita dari kemungkaran
    sebagai insan yang masih dalam proses memperbaiki diri
    saya masih kurang jelas
    bagaimana solat itu mencegah diri manusia dr melakukan kemungkaran
    maksud saya,
    adakah dari segi pergerakan, dari segi penghayatan, atau dari segi maksud bacaan dalam solat itu sendiri
    sekadar bertanya; terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s