Bukti Kukuh Khalid Al-Walid Tidak Akan Syahid

Dulu pendapat mengapa Saidina Abu Bakar tidak mati syahid telah saya ketengahkan,post kali ini,saya akan tunjukkan bukti kukuh kenapa Saidina Khalid Al-Walid juga tidak mati syahid.Walaupun pada post sebelum ini,ada saya sentuh tentangnya tapi pada post kali ini,saya akan terang dan ceritakan secara terperinci kenapa Khalid Al-Walid juga tidak mati syahid.

Dipercayai Pedang Milik Rasulullah

Sebelum kita terus kepada jawapannya,jom kita kenali dulu siapa Si Pedang Allah ini dan sebenarnya,selain daripada Rasulullah,beliau adalah tokoh utama dalam hidup saya sebagai seorang muslim.

Khali Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti,maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.

Khalid tidak pernah mengenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun sekali.Setiap peperangan yang dia sertai,baik sebelum dia memeluk Islam dan selepas dia memeluk Islam,dia tetap juara.

Perang Uhud VS Perang Muktah

Perang Uhud tercetus daripada kekalahan tentera Quraisy dalam perang Badar.Pada awal perang ini,Islam kelihatan seakan-akan telah memenangi peperangan apabila tentera kafir Quraisy berundur.Natijah daripada tidak menurut perintah Rasulullah supaya tidak turun dari bukit untuk mengambil harta perang(ghanimah),Islam telah kalah.Khalid yang begitu cakna dengan perubahan persekitaran,sedar akan tentera Islam telah turun ke kaki bukit.Mengambil peluang yang ada, Khalid dengan tentera pimpinannya telah berpatah balik ke Uhud dan menguasai gunung Uhud.Akhirnya,dia berjaya mengalahkan tentera Islam.

Manakalah Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam.Perang Muktah menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin Harithah,Jaa’far Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah(Kisah 3 Sahabat yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi Air).Tentera Rom ketiak itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam tidak mencecah 10 000 orang pun.Atas persetujuan ramai,Khalid telah dilantik untuk menggantikan komandan(3 orang di atas) sebelumnya yang telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi setapak.Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur,beliau menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan akhirnya,dia berjaya menawan Rom.

Dilucutkan Jawatan

Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai panglima perang.Perang menentang nabi palsu,Musailamah Al-Kazab pun diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah memecat Khalid dari menjadi panglima perang.Tempat Khalid digantikan dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad

Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.

Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

Kata Nabi Itu Pasti

Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan perang,bagaimana Islam akan menang?

Percayalah,apa yang keluar dari mulut Rasulullah walaupun sekecil-kecil perkara akan jadi realiti.Mungkin anda tidak kenal dengan Suraqah Bin Malik tapi sekarang anda akan kenal siapakah Suraqah Bin Malik.

http://www.youtube.com/v/yhX2zDH5Mj8&hl=en_US&fs=1&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999

[jika anda berkesempatan,sila dengar lagu ini kerana nama Suraqah ada disebut dalam lagu ini]

Suraqah Bin Malik menerima tawaran Abu Jahar untuk membunuh Rasulullah dan Abu Bakar semasa peristiwa Hijrah. Di suatu tempat,dia telah berjumpa dengan unta yang ditunggang oleh Rasulullah dan Abu Bakar tetapi dengan tiba-tiba unta yang ditungganginya duduk.Dia memukul-mukul belakang unta,unta itu bangun tetapi duduk semula.Kejadian itu berulang-ulang sehingga Rasulullah datang kepadanya dan menawarkan kebebasan kepadanya dan dia menerima tawaran tersebut.Lalu Rasulullah membisikkan sesuatu di telinganya,Abu Bakar lansung tidak tahu apa yang dibisikkan oleh Rasulullah.

Semasa pemerintahan Saidina Umar,Khalifah telah menakluk Parsi dan tentera Islam berjaya merampas banyak harta benda Parsi termasuk istananya.Saidina Umar mengambil pakaian diraja Parsi yang ditakluk dan memanggil Suraqah,lalu dia memakaikan Suraqah dengan pakaian tersebut dan mendudukkan Suraqah di atas singgahsana Raja Parsi.

Lantas,Suraqah menangis dengan kuatnya.Umar pelik lalu bertanya adakah dia tidak suka dipakaikan dengan pakaian Raja Parsi yang sangat mewah dan duduk di singgahsana yang digilai ramai ini.Suraqah menggeleng kepala dan mula berkata-kata, “aku menangis bukan kerana aku tidak suka pakai pakaian ini dan duduk di singgahsana ini,tetapi aku menangis kerana ini adalah janji Rasulullah kepadaku,tiada siapapun tahu janji ini melainkan aku dengannya sahaja. Semasa aku memburunya sewaktu hijrah,dia telah membebaskan ku dan berjanji aku akan memakai pakaian diraja parsi dan duduk di singgahsana raja parsi.”

Islam Akan Menang!

Dulu,Rasulullah telah menjanjikan kemenangan Islam,Rasulullah telah menceritakan plot naik jatuhnya Islam dan pada akhirnya Islam akan menang.Ya,Islam akan menang walau semua manusia tidak memeluknya,walau semua manusia mengkejinya,walau semua manusia menghinanya.Cuma,apa yang perlu kita tanya kepada diri kita,apakah kita ini salah satu askar yang akan memenangkan Islam,adakah kita salah seorang yang menyokong Islam tatkala Islam menang, adakah kita mampu bangga kepada Rasulullah di akhirat nanti,”Ya Rasulullah,aku adalah umat mu yang memenangkan agama Allah tatkala manusia yang lain mengkejinya.”Mampukah kita?Tepuk dada tanya iman.

10 thoughts on “Bukti Kukuh Khalid Al-Walid Tidak Akan Syahid

  1. cerita yang senang dipahami.. thanx.. wat semua yang nak tau lagi ngah terperinci cerita pasal khalid, aku cadangkan buku yg ditulis abdul latif talib.. tajuk ‘khalid pemburu shahid’..2 thumbs up 4 dat book!

  2. salam.
    aku ade tgk2 gak buku abd latif tu kan,
    n aku tak bace pun,
    sbb mmber aku ckp ade unsur2 israilliyat,
    ade ke.
    aku ngt mcm nak beli, tp terbantut sbb ni. hehe.
    ade ke…sape2 yg da bace, ley a jwab.

    thnx
    Be Muttaqin,InsyaAllah.

  3. setuju,rasanya bukan israiliyat tetap unsur penambahan,al-maklumlah pencerita, mestilah ditambah-tambah supaya cerita lebih menarik. Tapi,basicnya masih boleh dipakai dan boleh dipercayai. Dan saya menyeru untuk anda membacanya kerana banyak manfaat mampu diperoleh.🙂

  4. Ok. Thnx.
    ~bace kisah Khalid al-Walid yg kat ats ni pun, sgt-sgt terharu
    dan betullah keberkesanan pemimpin pun mcm Saidina Umar tu, sgt-sgt menjaga iman rakyatnya.

    kita hari ni?
    tegur org pun kdg2 pk seminggu kowt.

    ~istighfar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s