Judi Islamik

Artikel ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau berkaitan dengan mana-mana parti politik negara tetapi artikel ini ditulis  supaya kita semua berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya.Sebelum masuk ke topik asal,jom imbas kembali kata-kata seorang pemerintah agung,Saidina Umar Al-Khatab, “orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.”Pejam mata anda,bayangkan seorang yang garang sifatnya,sempurna arahannya dan sentiasa menghormati orang lain ada di depan anda,maka itulah Saidina Umar Al-Khatab.Lantas,disebabkan sifat kepimpinan yang ada padanya,ramai yang tidak berani untuk meluahkan isi hati mereka kepada nya dan disebabkan itu,beliau ungkapkan kata-kata ini.Baiklah,sekarang kita baca pula satu kata-kata yang keluar dari mulut seorang menteri kita.

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.[sumber]

Pastinya Piala Dunia adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang termasuklah saya sendiri.Pastinya,Sepanyol akan merangkul gelaran juara pada tahun ini!  \(>O<)/ Dan satu perkara lagi yang pasti,pertaruhan demi pertaruhan akan dibuat dan perkara ini hakikatnya dipanggil sebagai judi.

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Tidak dinafikan,judi ada kebaikannya,menjadikan seorang itu jutawan dalam masa sekelip mata,silap,dalam masa 90 minit perlawanan bola sepak namun keburukannya lebih banyak dari kebaikan,maka Allah haramkannya. Saya tidak ingin menyentuh banyak tentang judi kerana putar belah mana pun,judi tetap haram,tiada istilah judi Islamik.

Apa yang ingin saya ketengahkan pada artikel kali ini ialah tindakan menghalalkan judi tersebut,tidak kisahlah pada orang Islam atau kafir.Saya tidak pasti alasan sebenar mereka untuk membenarkan pertaruhan piala dunia,apa yang saya dengar dan baca melalui blog-blog yang ada dan juga status FB kawan-kawan,lesen itu ingin dikeluarkan supaya perjudian haram berkurang.(Jika salah,betulkan saya)

Surrender Sebelum Perang

Katakan anda seorang general perang,musuh datang kepada anda dan beri anda dua kata putus,menyerah atau perang. Adat berperang,pasti ramai yang mati,jadi anda bimbang tentera anda ramai yang mati,maka anda menyerah kalah, anda melutut pada musuh anda dan meredhakan apa sahaja yang berlaku terhadap anda dan tentera anda.Pada pendapat anda,orang yang macam ini apa istilahnya?Dayus?Pengecut?

Pada pendapat saya,keadaan perang di atas samalah dengan keadaan yang dihadapi oleh kita sekarang. Perang belum mula,kita sudah mengaku kalah dengan mengikut kehendak si musuh kerana bimbang,bila berperang ramai tentera yang akan mati.Piala Dunia belum tiba lagi,kita dari awal lagi ingin membenarkan perjudian berlaku secara halal.Kita bimbang,kalau tidak dihalalkan pertaruhan tersebut,pasti banyak pertaruhan secara haram akan berlaku,maka kita dengan rela hatinya membenarkan perkara haram menjadi halal.

“Ala,lesen itu diberikan kepada yang bukan Islam,yang Islam tetap haram.”

Jika itu komen anda,saya kemukakan 2 persoalan,persoalan yang pertama,yang keluarkan kata-kata itu beragama apa?Yang kedua,adakah perkara ini pernah dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelum ini untuk membentuk suasana harmoni dalam sesebuah negara?Perlu diingatkan bahawa di zaman mereka pun,rakyatnya 1 madinah;Islam,Kristian,Yahudi dan Samawi yang lain.

Tidak,ini bukan soal Piala Dunia,kalau anda katakan di zaman Umar Al-Khatab tiada piala dunia tapi di zaman sebelum pemerintahan Rasulullah,judi wujud di muka bumi ini dan Rasulullah,Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali tidak pernah menghalalkan judi walaupun kepada yang bukan Islam,jadi adakah patut kita menghalalkannya?

Ini Bukan Politik Tapi Ini Agama

Jangan,anda jangan lari dari isu ini,jangan mudah-mudah labelkan isu ini sebagai isu politik dan anda ingin ketepikannya. Ini bukan isu politik tapi ini isu agama,agama Islam,agama saya dan agama anda,maka kita bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini.Tidak kisahlah anda pelajar sekolah rendah,sekolah menengah atau pelajar Universiti,anda wajib mengambil tahu dan menentang pemberian lesen halal kepada judi.

Betul,saya akui,ini semua mungkin permainan politik,sengaja dicipta supaya keadaan menjadi hangat dan menarik tapi kita perlu sedar,tiada gurauan dalam isu halal-haram. Yang halal itu pasti dan yang haram itu pasti melainkan kes-kes terpencil yang dinamakan dharurat.

Keadaan sekarang tidak boleh disifatkan sebagai dharurat kerana jika kita tidak membenarkan lesen itu,negara tidak akan hancur.Lesen ini dibolehkan hanya jika lesen itu tidak dikeluarkan,negara akan mengalami kerugian yang sangat besar sehingga semua rakyat akan mati kebulur.Masalahnya,rakyat kita mati kekenyangan bukan kebuluran,maka alasan dharurat tidak boleh dipakai sama sekali.

Seperti dulu-dulu,saya berikan analogi Babi Islamik;Anda ambil seekor babi,anda mandikan wajib itu seperti anda mandi wajib dengan niat mengangkat hadas babi tersebut,anda wudhu’kan babi tersebut bila tiba waktu solat,anda pakaikan babi tersebut dengan pakaian yang menutup aurat,pendek kata,babi itu babi Islamik.Halalkah anda memakan daging babi tersebut?Tidak,yang haram tetap haram,yang halal tetap halal.

Seruan Untuk Diri Sendiri dan Anda Yang Membaca

Ini bukan masa untuk kita duduk di hadapan skrin komputer dan mengutuk menteri tersebut tetapi inilah masa untuk kita bangkit dan membuat perubahan,bukan perubahan pada kerajaan,tetapi pada diri kita sendiri.Inilah masa untuk kita meniru Rasulullah,masa untuk kita berdakwah! Bukan mengajar orang cara sembahyang yang betul tetapi mengajak manusia kembali kepada ajaran Allah yang sebenar,ajaran Allah yang menolak perkara haram dan menegakkan yang halal.Tapi,sebelum kita tanya orang lain,sebelum kita marah menteri tersebut,kita tanya dulu diri kita, adakah makanan aku pada hari ini halal atau haram,adakah pakaian aku hari ini halal atau haram,adakah perbuatan aku hari ini halal atau haram.Jika ada yang haram,jom berubah!Bukan Halal Untuk Semua tetapi Cari Semua Yang Halal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s