Selamat Hari Kematian Duhai Sahabat~

Minggu ini sahaja, 3 orang rakan di JAD(Japanese Associate Degree) batch 4 menyambut hari lahir genapnya umur 20 tahun. Bermaksud, mereka sudah 20 tahun atau 2 dekad hidup di muka bumi ini. Ia juga bererti sudah 20 tahun mereka merasai nikmat rezeki Allah yang Khaliq dan sudah berkurang 20 tahun daripada waktu yang mereka ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di atas muka bumi ciptaan Allah ini.

“Selamat pendek umur,” gurau saya terhadap salah seorang sahabat tersebut.

Berkerut dahi sahabat tersebut namun masih mampu mengukir senyuman. Mungkin dia faham ianya hanya sebuah gurauan kasar dari seorang sahabat baiknya.

“Kenapa pulak?” soalnya balik. Dia kelihatan ceria di hari ulang tahun kelahirannya dan hari yang menandakan dia sudah memasuki fasa baru kehidupannya daripada seorang belia kepada dewasa yang bebas memilih dan menentukan arah tuju hidupnya selepas ini.

BEBAS. Dia bebas memilih selagi pilihannya tidak melanggar batas-batas syara’. Dia bebas memilih setelah dibekalkan ilmu yang mencukupi untuk memilih yang terbaik oleh ibu dan bapanya. Dia BEBAS memilih yang baik atau yang buruk. Tetapi, jika memilih yang buruk, padah menantinya. Itulah BEBAS dalam erti kata sebenar.

“Yalah, bukankah tarikh mati sudah ditetapkan oleh Pencipta kita sejak kita di dalam rahim ibu lagi. つまり(maksudnya)、kau dah bertambah setahun lagi dekat dengan ketetapan tu.”

“Maknanya, hari ni selangkah lagi aku melangkah mendekati tarikh kematian tu ek?” tingkahnya penuh erti.

“ Yup, semakin hari, semakin pendek umur kita dan semakin dekatlah kita dengan tarikh keramat tersebut.Huhu”

“Pelik kan, selalunya bila hari sambut hari lahir, orang akan sebut tentang hidup. Tentang kejayaan dan pencapaian. Tentang perancangan hidup selepas ini. Tapi jarang sekali orang bercakap tentang kematian. Dan kau adalah salah seorang daripada orang yang jarang tu pula”

“Sesiapa yang tak bercakap pasal mati akan ‘mati’ kan?” balasku semula.

“Apsal plak tu?”

“Hukama pernah berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tak layak untuk hidup!”

“Untuk apa kita mati??”

“Untuk hidup.” Jawab saya ringkas, sekadar bermain kata untuk memanjangkan idea seterusnya meninggikan makna.

Dia diam. Menungnya panjang mungkin terusik sanubarinya.

“Mati untuk hidup?” Tanyanya semula.

“ Ya, mati bukanlah penanda sebuah pengakhiran tapi ianya merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan yang tak akan mati-mati lagi.Setuju??” Tanyaku selamba.

“Yup. Seperti kata Umar Ibn Aziz, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang selamanya itu.”

“Ya, hidup di dunia ini hanya seperti kita sedang bercucuk tanam yang hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak- kehidupan yang baqa. Kalau baik tanaman kita, baiklah hasil tuaian kita nanti.” Balasku semula.

“So, ada apa dengan umur?”

“Umur hanyalah sekadar putaran matahari, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam. Yang penting, aktiviti yang kita dah buat dalam waktu umur yang ada tu. Adakah kita dah gunakan waktu yang dah Allah tetapkan tu dengan baik atau sebaliknya. Walau apa jua kita lakukan, masa akan terus bergerak tapi, masa tersebut akan jadi amat bernilai jika kita isi dengan memenuhi tuntutan kita diutuskan sebagai khalifah ke dunia ini.” Terangku.

“Jadi, panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti umur tersebut ek?”

“Yup, juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.” Sekadar berfalsafah.

“Imam Nawawi pendek umurnya tapi ‘panjang‘ ilmu dan abadi jasadnya.Imam Syafi’I dan Imam Ghazali pula tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun kesan perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.

“Umar Ibn Aziz pula memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tapi keunggulan pemerintahan beliau mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,”sambungnya lagi.

“Rupa-rupanya tips nak panjangkan umur ni just panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjankan jasa ek,” seakan merumus.

“ Harta boleh panjangkan umur dengan sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak gak boleh panjangkan umur, hubungkan silaturahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis. Tambahku lagi”

“Apakah rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur tu ek?” Tanyanya semula.

“ Orang yang panjang umur itu sedar tentang tujuan segala sesuatu. Mereka merupakan peribadi yang sedar tentang tujuan mereka hidup, tujuan mereka mati, tujuan mereka belajar dan lain-lain tujuan. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan mereka. Cuba bandingkan dengan diri kita. ADAKAH KITA JUGA ADA MENETAPKAN TUJUAN DALAM SETIAP PERKARA YAG KITA LAKSANAKAN??” Soalku kepada diriku, sahabatku dan juga para pembaca sebagai muhasabah diri.

“Kadang-kadang, kita sendiri tak tahu kenapa kita lakukan sesuatu perkara tu, atau tak pasti kenapa kita buat perkara tersebut. Macam dulu, masa mula-mula masuk JAD, aku bertanya kepada seorang sahabatku yang lain kenapa masuk JAD ek? Dia jawab, sebab kawan. Tujuannya tak jelas dan hampir menyebabkan dia dibuang kolej. Selepas dia menetapkan semula matlamatnya di JAD, result exam dia semakin memberangsangkan.”

“Hasilnya?” Tanya sahabatku semula.

“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way! Di mana ada kemahuan, di ditu ada jalan. Tak gitu ke??Huhu.”

“Tapi, kita bukan mereka?”

“Jadi, kita tak perlu ada tujuan hidup ke?” tanyaku semula sekadar mencambah idea.

“Betul kita bukan mereka tapi jangan jadikan itu sebagai kelemahan diri kita. Jadikan ianya sumber kekuatan diri kita. Setiap kita dilahirkan ke dunia unik. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh tetapi Dia ciptakan manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza-beza.”

“Jadi, kita lagi bijak daripada mereka?”

“Dari sudut-sudut tertentu, ya. Contohnya, seorang driver lebih bijak daripada bosnya;seorang profesor, dari segi pemanduan keretanya.”

“Tapi, bukankah keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Sebab tu gaji profesor lagi tinggi. Tak gitu?” Tanyanya mencari jawapan.

“Maksudnya, umur seorang profesor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau macam tu?” Soalku semula.

“Bagi aku, perbezaan itu bukan perbezaan taraf, Cuma perbezaan jalan. Jalan untuk profesor tu menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan driver tu jek.”

“Kau tak iktiraf darjat orang berilmu?”

“Bukan macam tu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat. Tapi, dengan syarat, mereka takutkan Allah. Bukankah itu takrif sebenar seorang ulama?”

“Maksudnya?” Tanyanya semula.

“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya berbanding seorang profesor yang tak takutkan Allah. Tapi, kalau kedua-duanya takutkan Allah, sudah pasti ‘umur’ profesor itu lebih panjang つまりlagi bermanfaat daripada umur seorang driver tu. Sebabnya, ilmu dan amalan profesor tu lebih tinggi dan berharga!” Jelasku.

“ Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan dari Allah. Jadi, tambah satu lagi petua untuk panjang umur, MATI SYAHID.” Terang saya lagi.

“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati, tapi, generasi hari ini mati kerana mereka mencintai hidup. Roh generasi moden mati walaupun jasadnya masih segar.”

“Macam mana nak hidupkan balik roh generasi muda tu ek?”

“Mudah jek. Balik semula kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Pastu, join usrah atau yang sama waktu dengannya untuk recharge semula roh kita.Ok??” Jawabku mudah.

“Tapi, pelaksanaan itu lebih susah daripada merancang kan??”

“Kan kalau kita nak, seribu jalan ada, tapi kalau kita tak nak macam-macam dalih kita akan jumpa. Tak gitu??Huhu.”

“Wah, panjang betul perbualan kita ni. Apa-apa pun, aku nak ucapkan kat kau ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke-20 hari ini.” Pintas saya sebelum perbincangan itu berlarutan lagi lama. Bukan kerana dah tak berminat untuk terus berbincang, tapi kerana ada tugasan lain yang ingin dilaksanakan.

“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar semula kepada ucapan yang biasa aku dengar, ‘selamat panjang umur?” dia bertanya hairan.

“ Eh, kau lupa agaknya. ‘Panjang umur’ aku berbeza dengan yang biasa. Maksud aku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan seekah, selamat menambahkan rasa takut terhadap Allah. Itulah maksud ‘selamat panjang umur’ dariku.”

Selamat panjang umur juga saya ucapkan bukan sahaja untuk sahabat saya sahaja, juga untuk setiap sahabat seagama yang lain yang telah, dan akan menyambut hari lahir tahun ini. Semoga Allah memberkati umur kita. Amin…..

4 thoughts on “Selamat Hari Kematian Duhai Sahabat~

  1. meaningful…

    “ Orang yang panjang umur itu sedar tentang tujuan segala sesuatu. Mereka merupakan peribadi yang sedar tentang tujuan mereka hidup, tujuan mereka mati, tujuan mereka belajar dan lain-lain tujuan. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan mereka. Cuba bandingkan dengan diri kita. ADAKAH KITA JUGA ADA MENETAPKAN TUJUAN DALAM SETIAP PERKARA YANG KITA LAKSANAKAN??”

  2. setuju sgat..smakin lame kita kt dunia ni..smakin hampir kita dgn kmatian..tiap yg hidup pasti mati..kite tau bile tarikh kita lahir k dunia tp kita x tau bile tarikh kta tinggalkn dunia..so,jom kta bcucuk tnam kt dunia ni supaya nnt kta dpt tuaian yg baik kt akhirat nnt=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s