Kamisama Onegai…

“hm, penuh lagi densha(train) hari ni…”

“argh…xlaratnye nak berhimpit-himpit dengan semua orang…”


Tak dapat tidak itulah rutin kehidupan yang terpaksa saya lalui di sini saban hari. Saban hari bermujahadah untuk pergi dan pulang dengan train yang sangat padat dengan manusia, tak kisahlah di waktu pagi mahupun petang. Tambahan pula stesen keretapi yang berdekatan dengan Universiti terletak di tengah-tengah bandar Tokyo, sangat menyesakkan di waktu pagi dan petang terutamanya. Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jangankan nak duduk, nak dapat berdiri dengan selesa dalam train pun susah.

Kadang-kadang dalam sedar atau tidak, samada percakapan itu di mulut atau di hati keluhan demi keluhan terkeluar.

“ala…terlepas pulak densha tadi…next train lagi 10minit…argh…lambat dah ni…kene berlari la nampaknye ke daigaku…”

Namun, hari ini saya belajar sesuatu daripada seorang anak kecil. Usianya mungkin dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. Kecil tapi petah cakapnya. Allah ajarkan saya sesuatu melalui anak ini. Sewaktu menunggu ketibaan train untuk pulang ke rumah, saya berbaris bersama-sama dengan orang jepun lain. Di sebelah barisan ini terdapat seorang ibu dan dua orang anaknya yang masih kecil. Si kakak dan si adik yang sangat petah bercakap. Tiba-tiba kedengaran bunyi,

“6 ban houmen ni densha ga mairimasu. Kiiroi sen no uchigawa de omachikudasai~”

“Train is arriving at platform number 6. Please stay behind the yellow line.”

Sambil menunggu ketibaan train, si kakak yang tengah bermain-main dengan adiknya berhenti sebentar lalu merapatkan kedua tangannya sambil menggenggam dan dengan mata terpejam beliau berkata,

“Kamisama onegai, aiteru seki ga aru you ni…”

“Tuhan tolong, bagilah ade tempat duduk kosong…”

Saya betul-betul terkesan dengan kelakuannya. Lantas train tiba dan beliau berlari menunggu di ruangan hadapan sekali untuk masuk ke dalam train menuju ruang “Priority Sit”. Namun, nampaknya hajatnya tidak kesampaian kerana sememangnya train sentiasa penuh. Namun tiada riak kekecewaan di wajahnya malah beliau terus bermain-main bersama adiknya di dalam train.

Sekolah Kehidupan

Ya, kehidupan ini sebenarnya sebuah sekolah. Sekolah yang banyak mengajar kita untuk hidup dengan lebih baik. Banyak yang boleh kita pelajari daripadanya. Uniknya Allah menyentuh hati-hati kita untuk kembali mengingatiNya, dengan perkara-perkara yang nampak kecil tapi besar impaknya dalam kehidupan seharian kita.

Di dalam Negara serba moden yang tidak begitu mengambil berat soal agama ini, masih wujud orang-orang yang mempercayai Tuhan. Ternyata kepercayaan terhadap adanya Tuhan itu adalah fitrah bagi semua manusia. Dan dalam ramai-ramai yang mempercayai Tuhan itu, Allah temukan saya dengan anak kecil yang begitu hebat dalam mengamalkan konsep usaha, doa, tawakal dan redha.

Beliau berusaha untuk beratur di bahagian hadapan, berdoa dan berharap agar diberikan tempat duduk, berlari pula ke dalam train, namun tidak hampa walaupun train penuh dengan orang. Tidak kecewa ataupun menyalahkan Tuhan walaupun tidak diberikan tempat duduk kosong.

Begitulah hendaknya kita dalam menguruskan kehidupan ini. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Daripada mengeluh dan mengeluh terhadap segala kesusahan yang dihadapi,adalah lebih baik untuk kita mencontohi anak kecil ini. Biar siapa pun dia, nihonjin yang tidak beragama sekalipun, sentiasa positive dalam mengharungi kehidupan ini dan tidak pernah berhenti berharap dan juga tidak pernah  bertindak menyalahkan Tuhan.

Ujian akan tiba jua di mana-mana perhentian dalam hidup ini. Namun yang paling utama adalah bagaimana untuk kita menghadapinya secara positif. Tanpa mengeluh, tanpa berputus asa dan tanpa bersangka buruk terhadapNya yang menetapkan segala yang terbaik untuk kita dalam hidup ini.

Jangan berhenti berharap.

Jangan berhenti berusaha.

Jangan pernah berputus asa dari Rahmat-Nya.

“Apa yang telah berlaku takkan lebih baik drpd apa yang telah berlaku”
Imam Ghazali

Segala yang telah berlalu biarlah tinggal kenangan dan menjadi pengajaran berharga untuk kita mencorakkan hari-hari yang mendatang. Jangan pernah mengingkari sifat Allah yang Maha Pengampun.

Abdullah Bin Umar r.a.,berkata Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : “Jadilah kamu di atas dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan.” (riwayat al-Bukhari)

Pengembaraan kita masih belum berakhir. Teruslah positif dalam menghadapi hari-hari mendatang dan corakkanlah sebaiknya agar di penghujung jalan nanti kita mampu menoleh kebelakang dan tersenyum lalu berkata,

“Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, “Ambillah, bacalah kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin, bahawa suatu saat aku akan menerima perhitungan terhadap diriku”(al-Haqqah : 19-20)

6 thoughts on “Kamisama Onegai…

  1. saya baru berkenalan dengan Tuhan saya sebenar-benarnya. dan Alhamdulillah, post ini memang membantu saya untuk tidak lari daripada jalan yang benar. terima kasih kepada penulis. saya harap akan ada lebih banyak lagi post2 seperti ini yang dapat mengetuk pintu hati saya. terima kasih sekali lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s