Utopia (6) : S.I.M.P.L.E

Bak kata abang saya,

“Simple is the utmost complicated”

Zaman sekarang, berbicara tentang sesuatu yang mudah, sangat merumitkan. Percaya?

Kali ini kita akan berdiskusi, langkah kedua yang perlu diambil, selepas langkah pertama iaitu membawa hati kepada asal, bermunajat kepada Tuhan. Seterusnya, adalah belajar, seterusnya beramal dengan sesuatu yang sangat mudah; jujur pada diri sendiri. 2 perkara ini sangat penting sebagai asas perbincangan kita di masa akan datang.

Berlaku jujur sangat mudah, apatah lagi jujur pada diri sendiri. Tidak perlu memerah otak fikir macam-macam alasan dan penipuan. Cukup sekadar jujur, kalau suka cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka.

Tapi ada satu masalah yang akan melanda apabila ingin berlagak jujur. Hati yang ghairah melihat dunia, serta akal yang dipaksa mengenal agama, akan saling berlawan untuk menentukan pilihan. Seringkali, manusia zaman ini yang kreatif, akan mengambil jalan mudah, memuaskan kedua-duanya, mencipta alasan untuk menyedapkan perasaan, dan segalanya kita sandarkan pada dalam beragama tiada paksaan, Islam itu meringankan bukan membebankan.

.

La ikraha fiddeen…

Ustaz     :               Kamu ni kenapa duduk dekat saf belakang? Saf depan tu kan kosong lagi. Pergi duduk depan tu, saya rotan nanti!

Pelajar  :               Saya tak khusyuk sembahyang kat depan ustaz. Kan tiada paksaan dalam beragama ustaz, kenapa ustaz nak rotan saya pulak?

.

Hati

Dahulu saya sangat suka apabila belajar hadis ini :

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Jadi pertimbangan yang baik dan salah itu, saya sandarkan saja pada hati. Kalau agak-agak hati macam tak sedap, jangan buat. Saya kira, selagi mana saya berpegang dengan hadis ini, saya akan selamat selamanya. Pandangan naïf seorang budak yang baru belajar mengenal agama. (sekarang juga masih belajar).

Tetapi rupa-rupanya, hidup ini tidak semudah yang disangka. Godaan syaitan itu sentiasa berbagai-bagai cara.

Apabila dihadapkan dengan satu perkara baik, dan satu perkara buruk, contohnya, antara tidur dalam tandas dan tidur dalam masjid, terang-terang kita boleh membuat pilihan yang mudah kan? Tetapi bagaimana jika dihadapkan dengan 2 perkara yang baik, yang menuntut kita membuat pilihan? Contohnya tidur di masjid dapat pahala iktikaf, tidur di rumah pula lebih selesa, badan jadi segar untuk beribadah esoknya, dan dapat juga pahala. Jadi nak pilih yang mana?

Kemuncaknya saya bertanya pada seseorang :

Saya       : Jika saya telah berjanji dengan rakan untuk makan bersama malam ini, dan tiba-tiba saya mendapat tahu ada ceramah agama di surau. Makan bersama rakan, meraikan ukhuwwah dapat pahala, dengar ceramah agama juga dapat pahala. Jadi yang mana patut saya pilih?

.

Dia          : Cuba bincangkan dengan dia, katakan pada dia, malam ini ada ceramah agama di surau, kalau dia tak keberatan, ajak dia bersama mendengar ceramah, selepas itu keluar makan bersama. Awak boleh dapat lagi pahala berganda-ganda, sebab ajak dia dengar ceramah. Tapi kalau dia tak mahu, di saat itu, pilih lah jalan yang lebih utama mengikut keadaan. Contohnya, kalau dia setakat duduk di apartmen yang sama, apa kata berkrompomi dengan dia, keluar makan lain kali. Atau jika dia datang dari Kedah misalnya, dan cuma ada malam itu sahaja untuk makan bersama, makanlah dengan dia, kemudian minta kawan yang hadir ceramah untuk ajarkan semula pengisian dalam ceramah. Tapi sebelum itu, kena tanyakan dulu pada hati, betul ke nak dengar ceramah ni? Atau pergi makan dengan dia tu, sebagai alasan nak lari dari ceramah, nak sedapkan hati, bagi alasan nak raikan ukhuwwah. Saat tu, pahala dengar ceramah pun hilang, pahala raikan ukhuwwah pun hilang, sebab niat dah tak betul.

.

Jadi saya belajar, hadis di atas perlu diamalkan bersama sikap jujur pada diri sendiri. Kerana soal iman di dalam hati, dan hanya kita yang tahu, siapa Allah di hati kita, untuk menilai siapa kita di sisi Allah.

Bersama-sama ini, ada dua golongan yang Allah ceritakan di dalam Quran, kisah dua golongan yang kedua-duanya tidak dapat melunaskan suatu perkara kebaikan, namun reaksi mereka berbeza. Dan tentu sahaja balasan Allah juga berbeza.

Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya) dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): Api Neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

[9:81]

.

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).

[9:92]

.

Jadi kita berada di golongan yang mana ketika membuat pilihan? Jika terpaksa tidak hadir ke program-program agama, gembirakah kita, atau sedihkah kita hingga berjujuran air mata? Kadang-kadang kita rasa, daripada buang duit pergi program agama, lebih baik simpan duit beli kereta besar, nanti boleh digunakan untuk mengangkut orang pergi daurah dan sebagainya…

Hanya Allah dan kita sahaja yang tahu…

Jujurlah pada hati dan diri, sejujur Ka’ab bin Malik. Ketika seluruh orang munafik yang tidak ikut berperang dalam perang Tabuk, mencipta pelbagai alasan untuk melepaskan diri dari Nabi, Ka’ab dengan teguh hati, berlaku jujur dan tidak memberi alasan. Biarpun akibatnya beliau dipulau seisi negeri, namun pengajarannya berbekas di hati dan mendidiknya menjadi mukmin sejati.

Bak kata imam di masjid Asakusa, aturannya mudah, berlaku jujur, membawa kebaikan, dan membawa ke syurga. Tidak jujur, membawa keburukan, mendekatkan diri dengan neraka.

Jadi akhirnya, senang atau susah berlaku jujur?

.

Nota : artikel ini sepertimana artikel lawak sinis lagi menghiris, tidak pernah diniatkan untuk kita saling menghukum siapa benar dan salah antara kita… Cuma seruan untuk kita muhasabah dan jujur pada diri sendiri, kerana itulah kunci kebaikan, dan jalan untuk amal diterima Tuhan…

One thought on “Utopia (6) : S.I.M.P.L.E

  1. sila2 dengar…nice video…

    “….because its deep down inside, and the only one who can sense it is who?… yourself……
    if its in there, its in there….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s