Biar Merangkak Sekalipun,Mereka Sanggup!

Anda pernah bermain luncur ais(Ice-Skating)?Sejuk bukan lantainya?Anda pernah tidur di kampung dan mandi air telaga? Anda sanggup mandi pada pukul 6 pagi dengan air mata air?Air sungai?Fuh,memang sejuk dan kesejukan itu pada hakikatnya,tidak mampu menandingi kesejukan musim sejuk di negara 4 musim seperti Jepun.Sampai sahaja kami di Jepun pada 21-3-2010(esok genap 2 bulan),cuaca sangat sejuk dan kesejukan itu diakui oleh semua orang Jepun,walhal bulan 3 adalah waktu pertukaran musim,dari musim sejuk ke musim bunga dan sepatutnya suhu agak stabil,tidak sejuk dan tidak panas.Tiada siapa yang berani keluar waktu malam tidak berbaju,pastinya ramai yang berbaju tebal.Apa yang ingin gambarkan ialah tahap kesejukan yang kami alami sebelum anda menggambarkan situasi sambungannya.

Baiklah,sekarang teruskan dengan bayangan kesejukan tadi dan dalam keadaan sejuk itu,adakah anda sanggup berjalan 2km jauhnya untuk suatu sebab yang anda belum ketahui?Tatkala embun pagi mencucuk-cucuk badan,anda sanggup?Tatala awan tiada,hanya cahaya bulan menyinari kegelapan malam,anda sanggup berjalan sejauh itu?Dan anda mesti ulang-alik dari rumah sebanyak 2 kali sehari,sanggup?Kalau saya, tidak sanggup.

Tapi,para sahabat sanggup! [pullquote]Tapi,para sahabat sanggup![/pullquote]

Jom kembali 1431 tahun dahulu,kita bayangkan bagaimana struktur masjid nabawi.

Masjid Nabawi 1431 Tahun Dahulu

-Tiada karpet atau alas:

“Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan).” (Riwayat al-Tabarani).

-Tiada pintu dan dinding:

“Adalah anjing-anjing kencing, datang dan pergi dalam masjid di zaman Rasûlullâh saw. tetapi para shahabat — Beliau — tidak menyiram sedikit pun dari yang demikian itu”.
(H.R. Al-Bukhârî. Lihat Fathul-Bârî juz I hal. 278)

-Tiada atap zink atau asbestos:

Sahabat dalam majlis ilmu,duduk rapat-rapat sehingga daun yang jatuh tidak mencecah tanah

Daripada 3 bukti yang saya nyatakan di atas,dapat disimpulkan bahawa Masjid Nabawi 1431 tahun dahulu,tidak ubah seperti sebuah pondok yang ada di dusun durian,sangat uzur.Tidak berdinding,tidak berlantai,tidak beratap untuk menahan sinar terik matahari.

Madinah Negara 4 Musim

Walaupun musim bunga dan musim luruh tidak terasa sangat di Madinah,tapi  bahang kepanasan dan kesejukan sangat terasa.Mana tidaknya,mencari segumpal awan menutupi bumi dari terik matahari sangat sukar,bahang matahari terus menusuk kulit dan kesejukan malam menggigit-gigit kulit sehingga terketar-ketar.

Bayangkan bagaimana para sahabat sanggup ke Masjid untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh secara berjemaah.Dalam kesejukan embun malam,mereka berjalan menuju ke masjid yang terletak jauh dari rumah mereka.Kejap,bayangan anda belum sempurna,jangan bayang sahabat memakai baju sejuk berkulit tebal Uni-Qlo atau Nike,tidak,sahabat hanya memakai sehelai jubah untuk menutup aurat mereka.Ingat,golongan awal yang memeluk Islam kebanyakannya bukan dari bangsawan atau pembesar-pembesar,tapi golongan hamba-hamba yang tidak mempunyai baju yang cukup untuk dipakai.Ya,dengan baju yang tidak cukup itu,mereka melangkah kaki di waktu pagi untuk solat berjemaah.Bayangkan lagi,sahabat yang tidak menyarung baju yang sempurna itu,berjalan kaki ke Masjid di waktu pagi tatkala MUSIM SEJUK!

Cukup tentang musim sejuk,kita berubah musim ke musim panas dan waktu Subuh telah habis,sekarang masuk waktu Solat Fardhu Zohor.Musim panas,tiada awan,matahari sedang membakar apa sahaja yang ada disekelilingnya tapi mereka(sahabat) bergegas ke Masjid untuk solat berjemaah.Tiada atap asbestos untuk memantul balik bahang matahari, yang ada hanya pelepah tamar,cukup sebagai pelindung kepad cahaya,bukan habanya.Lagi tidak selesa apabila Saidina Umar mula mengeluarkan pedangnya,membetulkan saf,bahu bersentuh bahu dan kaki bersentuh kaki.Merimaskan! Tapi itulah yang dikejar oleh sahabat.

Masjid Sekarang

Saya adalah bayi 1989,sepanjang hidup saya 21 tahun,saya menyaksikan dengan mata saya sendiri bagaimana Masjid yang dulunya dilengkapi dengan kipas berhabuk ditukar dengan Penghawa Dingin.Saya menyaksikan dengan mata sendiri pintu kaca yang lutsinar ditampal dengan pelekat hitam(tinted).Masjid yang cukup selesa dan mampu memberi kekusyukan kepada kita.Persoalannya,kenapa Saf Solat Subuh di Masjid jarang mencecah 3 saf penuh walaupun kita ke masjid dengan motor atau kereta,sampai di masjid,masjid cukup selesa,bersih dan bercayaha,tidak gelap gelita seperti zaman nabi tapi kenapa susah sangat kita nak ke Masjid atau Surau?

Kadang-kadang,kita ke masuk ke masji dan kita sengaja solat di tepi dinding dan paling belakang,sebabnya kita tidak ingin solat berjemaah.Kita takut ada orang mencuit kita,kita tidak mahu masa kita dibazirkan dengan solat berjemaah. Ya,bila solat berjemaah,solat yang sepatutnya mampu dihabiskan seminit dua menjadi 5-6 minit,kalau main game online,1 level dah tu!


Pahala Solat Berjemaah

Sabda baginda “Solat seseorang dalam berjemaah melebihi solatnya bersendirian di rumah ataupun di pasar dengan 20 darjat.”(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Sabda Rasulullah,”Solat berjemaah menyamai 25 solat,maka apabila seseorang itu solat di tanah lapang yang luas,lalu dia menyempurnakan ruku’ dan sujudnya,nescaya ia dapat menyamai sampai 50 solat.”(HR Abu Daud dari Abu Sa’id Al-Khudri)

Mungkin analogi RM27 dan RM1 tidak memberi apa-apa kesan kepada anda tapi cuba bayangkan,di akhirat nanti,bila ditimbang pahala dan dosa,dosa melebihi pahala kita hanya satu atau dua sahaja.Tatkala itu baru kita menyesal, “alangkah bagusnya kalau aku di dunia dulu tunaikan solat berjemaah,mesti pahala ku melebihi dosa.”

Tidak kisahlah tentang 27 pahala,50 pahala kerana hakikat dosa dan pahala itu Allah yang beri.Allah berhak tidak memberi dosa kepada seseorang dan Allah juga berhak memberi pahala banyak mana kepada seseorang.27 atau 50 tidak menjadi masalah,apa yang penting,ALlah menjanjikan pahala yang banyak kepada mereka yang solat berjemaah, itulah realiti.

Maka,saya seru kepada semua termasuk diri saya sendiri,mulai hari ini,mari kita tekad untuk berubah,berubah untuk solat berjemaah!Kalau tidak boleh kelima-lima solat Fardhu,untuk permulaan,satu pun tidak mengapa,janji kita berubah dari sifar kepada satu.Kalau tidak dapat takbirratul ula(takbir pertama),makmum masbuq(terlambat) tidak mengapa, janji kita solat berjemaah.Supaya,di akhirat nanti,kita tidak malu berhadapan dengan Rasulullah dan supaya bila ditanya oleh baginda siapa kita,kita mempunyai hujah,

“Aku umat mu,aku tunaikan solat seperti engkau tunaikan wahai Rasulullah”

” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

10 thoughts on “Biar Merangkak Sekalipun,Mereka Sanggup!

  1. salam..tahniah untuk entri yg mantap ni…tp kalau x silap saya yg dikatakan oleh ustaz,angka 27 itu merujuk kepada darjat dan bukan pahala…jd setiap darjat pahalanya sangat banyak…masya-Allah..skim cepat “kaya” pahala ni…

  2. btul23..walaupon hakikatnya kita dh tau, tp still xdpt nk laksanakan..semoga Allah ampunkan dosa saya dan tuan.

  3. entri yang mampu menginsafi khilaf diri.thumbs up to da writer..memang betul byk kemudahan yang kita dapat sekarang tapi kita abaikan semua kemudahan tu.x guna dengan sebaiknya.kalau semua kemudahan tu hilang mungkin baru akan kita hargai.dulu kat JAD surau dekat siap lif lagi tu pn x rmi yang berjemaah..bila kembara dibumi sakura ni semua kemudahan tu sangat2 dirindui..teringin kembali bersama dlm saf yang panjang mengaminkan doa yang sama..

  4. kemampuan sahabat untuk ke masjid walaupun terpaksa merangkak adlah tidak lain tidak bukan kerana iman dan yakin mereka yang tinggi terhadap janji2 Allah. seperti kita hari ni, student, kita sanggup naik kapal terbang selama berbelas2 jam untuk menimba ilmu di negara orang, walaupun kita tau negara tu sejuk, makan susah tak macam kat negara sendiri, tapi kita sanggup. sebab apa?? sebab kita yakin dengan imbuhan masa depan yang bakal diperolehi. jadi doc @ engineer dpt gaji mahal jadi kita teruja. tp sebab iman kita (sy terutamanya) sangat lemah, maka kita buat tak heran dengan imbuhan yang dijanjikan Allah. jadi mari kita usahakan iman kita, semoga menghasilkan kekuatan utk membuahkan amal yang berkualiti…

  5. “sebab kita yakin dengan imbuhan masa depan yang bakal diperolehi. jadi doc @ engineer dpt gaji mahal jadi kita teruja. tp sebab iman kita (sy terutamanya) sangat lemah, maka kita buat tak heran dengan imbuhan yang dijanjikan Allah”

    soudesune..
    mari muhasabah dan usaha tambahkan keyakinan kita pd janji2Nya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s